16 Mei 2013

Novel : Ke Mana Hilangnya Aris? (Part 3)



------------------------------------------------------------------------------

Bab 1: Kisah Silam Lalu? 

      Cahaya terus bangkit tanpa mengendahkan sesiapa sahaja. Dia terus berlari pantas menuju ke dapur. Cahaya terkedu seketika apabila melihat Kak Eki menyembunyikan diri. Cahaya pun turut sama tunduk seolah-olah ingin sembunyikan diri. Cahaya kebingunan. Kenapa Kak Eki perlu tunduk seperti ketakutan? Cahaya bermain soalan di fikiran tetapi fikirannya melayang entah ke mana apabila melupakan situasi yang sedang berlaku.

      "Kak Eki..kenapa Akak ni takut semacam je? Akak buat apa tu?", soal Cahaya ketika dia sedang duduk di lantai.

      "Cahaya...keadaan sekarang tidak selamat. Aaa... Emm... perlu ke Akak beritahu pada Cahaya kenapa Akak berbuat demikian tadi?", Kak Eki menyoal Cahaya semula.

      "Mestilah nak, Akak ni pun... Kalau tak, Cahaya tak akan tanya soalan macam ni pada Akak. Hmm... Akak tu je mengelabah tak tentu hala, kan, kan, kan?", Cahaya memerli Kak Eki.

      "Aarrkk?? Eh, taklah! Mana ada. Maksud Akak.. haihh... suruh mereka turun bawah. Mereka boleh beri jawapan pada Cahaya nanti. Cahaya akan tahu puncanya, ok?", Kak Eki mengangkat ibu jari, menunjukkan sebagai "Terbaik!!".

      Cahaya menaiki anak tangga satu per satu. Sambil Cahaya menaiki tangga, Cahaya teringat pada pesanan Kak Eki. Cahaya berfikir panjang dan mencari di sebalik kata-kata Kak Eki. Tetapi, lamunannya diketepikan kerana Cahaya ingin jawapannya dengan segera. Apabila Cahaya tiba di hadapan muka pintu, Cahaya terus mengetuk pintu itu berulang kali.

      Namun, setelah 20 minit Cahaya berusaha mengetuk pintu tersebut dan malang sekali ketukannya seolah-olah tidak dipedulikan oleh mereka. Cahaya mula terasa sakit hati. Tetapi, Cahaya tetap berusaha. Cahaya memegang tombol pintu dan menendang pintu itu sekuat hati. Sambil menjerit " Wwaaarrrggghhhh!!!!!" seperti orang yang tidak keruan.


      Patutlah mereka tidak mengendahkannya. Mereka memekakkan telinganya sendiri. Ada yang sedang main PS2 ada juga yang main PSP, mendengar lagu dan bermain permainan komputer. Hanya 4 orang sahaja yang berada dalam bilik santai itu. Masih 4 orang lagi tidak kelihatan, kemungkinan ada antara daripada mereka berada di bilik bacaan dan bilik uji kaji.


      Kebiasaanya, bilik uji kaji adalah tempat utama Rizq dan Dhafiz akan berada di situ untuk melakukan eksperimen misteri mereka. Manakala, Rin dan Mutiara berada di bilik bacaan sama ada mengulangkaji pelajaran atau membaca buku. Cahaya tercengang di muka pintu dan terlupa apa yang ingin disampaikannya mengenai pesanan daripada Kak Eki. Salah seorang daripada mereka menegur Cahaya. Cahaya sekilas memandang.


      "Kenapa dengan kamu ni, Cahaya? Marah semacam je..", tegur Syaz'Fang dengan selamba.


      "Kenapa abang tanya saya??? Yang saya ni jenuh duk lama-lama ketuk pintu selama 20 minit, sampai nak naik jemu tengok pintu je... Kadang-kadang, rasa macam nak tembak je.. pintu ni! Padan muka!! Memanglah saya marah, abang. Abang tu asyik memekakkan telinga..", Cahaya tersentuh hati apabila Syaz sengaja memerlinya.


      "Abang? Huh! Ok.. Abang Syaz tak akan buat lagi. Janji! Hah..kenapa ketuk pintu tadi? Ada apa??", Syaz sedaya upaya menenangkan keadaan dan perasaan Cahaya. Syaz tidak mahu kecewakan hati Cahaya kerana Cahaya masih lagi seorang budak-budak dan belum matang.


      "Janjilah sangat! Nanti Cahaya beritahu kat Kak Eki baru tau... Biar kena tembak dengan senapang gajah! Padan muka!! Suka memerli orang yang lebih muda. Dan lagi satu, salah ke Cahaya nak panggil panggilan 'Abang'? Kan Cahaya lebih muda daripada abang, jadi Cahaya bukannya tak tahu jaga adab", Cahaya berterus-terang pada Syaz. Syaz terkedu apabila Cahaya memberi amaran padanya.


      Kalisa yang berada di situ, tergelak kecil apabila dia mendengar kepetahan kata-kata Cahaya. Lalu, Kalisa mendekati Cahaya. Cahaya tersentap. Cahaya memandang Kalisa. Kalisa tersenyum ria. Cahaya turut membalas senyuman tersebut. Cahaya terasa hatinya lega. Manakala, Syaz mengeluh lega kerana keadaan sudah aman dan tenang.


      "Adik, maafkan Akak ye? Kalau Kak Kalisa tak perasan yang ada orang sedang ketuk pintu. Sebab ada orang pasang lagu kuat-kuat jadi.. Akak pun ikut sama dengar lagu tu..", pujuk Kak Kalisa.


      "Siapa yang pasang lagu kuat-kuat?", Cahaya menyoal.


      "Abang Syaz lah... Siapa lagi, kan?", Kak Kalisa menuding jari ke arah Syaz menunjukkan Syaz yang bersalah.


      "Abang!!! Sudah-sudahlah tu!! Kata janji tak buat lagi! Abang tipu! Saje nak lukakan hati Cahaya, kan? Abang langsung tak endahkan Cahaya! Taulah Cahaya ni budak kecil! Tak matang! Abang boleh buat tak peduli je!", Cahaya mula menangis dan meninggalkan bilik itu dengan serta-merta.


      Apabila mendengar bunyi tangisan yang kuat, Rin dan Mutiara yang baru keluar dari bilik bacaan segera bergegas. Bunyi tangisan itu semakin lama, semakin hilang entah ke mana. Rin tercari-cari suara tangisan itu. Mutiara memandang ke arah Syaz dan Kalisa. Syaz seperti menundukkan kepala seolah-olah dia telah melakukan kesilapan.


      "Kenapa tadi ada bunyi menangis? Tolong jawab!", Mutiara mula tegas.


      "Cahaya menangis gara-gara kecil hati dengan Syaz. Puas Cahaya ketuk pintu. Tapi, Syaz tak pedulikan bunyi ketukan itu", Kalisa menjelaskan keadaan.


      "Syaz, takkan budak kecil tu, kamu tak boleh nak jaga hati dan perasaan dia? Apa punca boleh jadi macam ni?", Mutiara bertanya lagi.


      "Eerrr..eerrr...emm...ini silap saya. Saya cuai, Kak Mutiara. Saya pasang lagu sampai habis volumenya. Maafkan saya", Syaz mula menunduk, memandang ke bawah sambil menguis-kuis.


      "Tiada makna kamu nak maafkan pada kami, Syaz. Kamu bukannya buat silap pada kami. Seharusnya pada Cahaya. Dia kan lebih muda daripada kita. Mungkin dia panggil kita ada sebab. Syaz, tolong pujuk kembali perasaan Cahaya. Cahaya, budak yang kita perlu lindunginya. Kita tak nak Cahaya terlibat dalam hal Ririnda. Ririnda akan ancam sesiapa sahaja, sekiranya sesiapa yang rapat dan tinggal bersama dengan Rin. Rin pun tak tahu apa masalah sebenar dengan Ririnda. Salah adik dia... Adik dia tu segera terkam Rin. Rin elaklah.. Haihh...Kisah silam lalu..", Rin terus-terang.


      "Hmm... Cahaya perlu tahu yang Ririnda bila-bila masa akan ancamnya. Kan?", Syaz berfikir sambil memegang dagunya.


      "Tak masuk akal!", Rizq mencelah.


      Semua memandang ke arah Rizq dan Dhafiz. Nampaknya Rizq dan Dhafiz baru selesai membuat eksperimen di bilik uji kaji.


      "Abang! Dah siap dah?", soal Rin.


      " Dah. Penat...fuhh!! Terbaik!!", Rizq mengangkat ibu jarinya.


      "Tak masuk akal? Maksudnya?", soal Kalisa.


      "Kita tidak boleh biarkan Cahaya tahu pasal ni!", Dhafiz mencelah.




  Muka Surat : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6  

------------------------------------------------------------------------------

Sinopsis 

      Kak Eki dan Kak Uki masih belum pulang ke kediamannya untuk membantu Cahaya demi mencari Aris. Mereka merantau semata-mata urusan sebegitu. Khabarnya, Mutiara baru sahaja nampak wajah seorang budak lelaki yang mirip dengan wajah Aris. Cahaya masih kebingungan. Dhafiz dan Rizq juga turut membantu.

      Namun, di sebalik pencarian Aris telah menimbulkan masalah besar antara mereka berdua. Kemunculan Ririnda yang berusaha untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya serta ingin rampas Permata Berlian Siber dan ingin takluki Bandar Siber Metropolitan atau nama khasnya Trukyi-Do Cyber.

 Apakah tujuan sebenarnya untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya?
 Dapatkah Cahaya menentang musuh barunya?
 Berjayakah Kak Eki dan Kak Uki mencari Aris selama 6 bulan merantau?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...