13 Jun 2013

Novel : Ke Mana Hilangnya Aris? (Part 2)



------------------------------------------------------------------------------
Bab 1: Kisah Silam Lalu? 

      "Mereka adalah kanak-kanak yang telah diselamatkan akibat kehilangan ibubapa dan diculik kerana bandar berhampiran Taman Floral Siber dulu kucar-kacir dan tak tenteram. Ada tiga orang yang baru menetap di sini sebab mereka tersesat dan bukan berasal dari bandar dan daerah ini. Mari Akak memperkenalkan mereka pada Cahaya, ye?", panjang lebar Kak Eki berujar.

      "Baiklah, Akak!", Cahaya kelihatan ceria semula.

      "Ehem!! Adik-adik..!! Mari sini. Akak nak kenalkan kamu semua. Kita ada tetamu baru iaitu..Cahaya!", Kak Eki mempersembahkannya.

      "Cahaya? Sedapnya nama dia! Hai! Nama saya, Eryssa Sya'Fifi. Call me Fifi boleh? Saya baru berumur 9 tahun. Selamat berkenalan!!", ungkap Fifi dengan teruja.

      "Cahaya? Oh..manisnya nama dia. Nanti, akak tunjukkan bilik untuk Cahaya, ye?", ujar si gadis bertudung merah jambu bernama Rin.

      Semakin ramai yang ingin berkenalan dengan Cahaya. Cahaya kini tersenyum riang kembali. Dia sangat gembira kerana dapat berkenalan dengan rakan-rakan barunya. Cahaya masih belum puas untuk mengetahui kesemua nama rakan-rakan barunya. Mereka bersikap baik dan bertoleransi sesama lain.

      "Hai, Cahaya! Nama saya Nurul Mutiara Raihana. Ini kembar saya, Muhammad Dhafiz.. Panggil kami, Mutiara dan Dhafiz. Umur kami, 13 tahun", terus-terang Mutiara.

      "Hai, saya pula Rin, Riana Erin dan saya ada kembar..namanya Rizq Emir. Panggil dia, Rizq je", ujar Rin.

      "Helo! Saya Mutiara Raihani. Just nama je hampir sama dengan Kak Mutiara tapi bukan adik-beradik. Panggil saya Hani", Hani memperkenalkan dirinya.

      Cahaya sudah tahu nama-nama mereka. Tetapi masih lagi dua orang belum ketahui namanya. Siapakah mereka. Cahaya memandang raut wajah Kak Eki. Pasti Kak Eki akan tersenyum manis apabila Cahaya memandangnya.

      "Akak..", kata Cahaya dengan nada perlahan.

      "Oh, ye..lagi dua tu berada di bilik atas, diaorang sibuk. Waktu sekarang, waktu makan malam. Makan malam dah siap terhidang. Jom!", balas Kak Eki.

      Sudah lama mereka berkenalan sehingga mereka tidak menyedari bahawa sudah menjelang waktu senja dan akan menyambut waktu malam. Mereka bersiap untuk makan malam dan berjamah bersama-sama. Cahaya adalah tetamu baru. Jadi, dia agak terasa kekok dengan suasana sebegini. Cahaya terasa kekenyangan dengan keenakan makanan itu. Setelah itu, Cahaya terasa mengantuk dan terus masuk tidur.

      Agak lama juga, Cahaya mengelamun sehingga kehadiran Kak Eki tidak disedari olehnya. Kak Eki cuba memetik jari dengan kuat agar Cahaya berhenti mengelamun. Apabila Cahaya terdengar, dia menggeleng kepala berkali-kali serta menangkup mukanya untuk menahan bersin. Entah kenapa tiba-tiba terasa hendak bersin. Cahaya menoleh ke tepi. Rupa-rupanya, Kak Eki yang memberhentikan lamunannya.

      "Cahaya.. mana yang lain? Sunyi je?", soal Kak Eki.

      "Entahlah, Akak.. Cahaya pun tak tahulah apa yang mereka sedang buat..", Cahaya kelihatan murung diulit perasaan bingung.

      "Kenapa ni, Cahaya? Cahaya macam tengah runsing je. Ke...Cahaya tak suka menetap di sini?", soalan yang diaju oleh Kak Eki.

      "Mana ada..Cahaya suka lah. Cahaya bingung je", balas Cahaya.

      "Kenapa?", jawab Kak Eki dengan ringkas.

      "Adik Cahaya..dia kena culik oleh penjahat misteri", katanya dengan amarah seolah-olah membenci terhadap penjahat tersebut.

      "Hah? Jagalah kau, penjahat!! Tak habis-habis nak menyusahkan orang. Mujur Akak tak lihat wajah dia, kalau tak dah lama Akak cari dia dan belasah! Cahaya, jangan risau. Nanti, Akak tolong carikan, ye?", Kak Eki turut amarah dan tegas terhadap perbuatan penjahat itu.

      "Terima kasih, Akak!!!", berlinangan air mata mengalir apabila Kak Eki sanggup membantunya.

      "Jangan nangislah, Cahaya. Emm..kalau macam tu, Akak masuk dapur dulu, ye?", Kak Eki meminta izin daripada Cahaya.

      Cahaya hanya menangguk sahaja. Walaupun, Kak Eki berusaha untuk mencari Aris yang sudah 2 tahun menghilangkan diri namun Cahaya masih diulit segala kebingungan. Cahaya meneruskan lamunannya. Tiba-tiba... PRAAAANNNGGG!!! Bunyi sesuatu mengundang kerisauan terhadap Cahaya. Cahaya gelisah apabila bunyi tersebut datang dari dapur. Apakah yang terjadi pada Kak Eki. Cahaya merasakan sesuatu yang bakal mencurigakan mereka semua.


 Muka Surat : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 

------------------------------------------------------------------------------

Sinopsis 

      Kak Eki dan Kak Uki masih belum pulang ke kediamannya untuk membantu Cahaya demi mencari Aris. Mereka merantau semata-mata urusan sebegitu. Khabarnya, Mutiara baru sahaja nampak wajah seorang budak lelaki yang mirip dengan wajah Aris. Cahaya masih kebingungan. Dhafiz dan Rizq juga turut membantu.

      Namun, di sebalik pencarian Aris telah menimbulkan masalah besar antara mereka berdua. Kemunculan Ririnda yang berusaha untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya serta ingin rampas Permata Berlian Siber dan ingin takluki Bandar Siber Metropolitan atau nama khasnya Trukyi-Do Cyber.

 Apakah tujuan sebenarnya untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya?
 Dapatkah Cahaya menentang musuh barunya?
 Berjayakah Kak Eki dan Kak Uki mencari Aris selama 6 bulan merantau?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...