------------------------------------------------------------------------------
Bab 1: Kisah Silam Lalu?
"Lebih baik, Cahaya mengetahuinya! Dia masih belum kenal rupa Ririnda. Ada benarnya Syaz kata itu. Ririnda akan hapuskan kita bila-bila masa dengan menggunakan senjata bahayanya! Lekas kejar Cahaya! Hani minta tolong! Tolong cari Cahaya sebelum Ririnda nampak. Ririnda berada di kawasan perumahan ini!", Hani memberi amaran.
"Kenapa kau tak cakap awal-awal?", Syaz menyoal.
"Aku baru tahu! Apa kau ingat aku main PS2 tu untuk saje-saje? Aku siasat guna PS2 je..", Hani terus-terang.
"Hah? PS2?! Mustahil!! Kau tipu, eh.. Hani?", Syaz seolah-olah tidak mempercayainya.
"Oh! Terima kasih.. kerana sampaikan maklumat pada kami!", Mutiara lekas menarik tangan Rin untuk mencari kelibat Cahaya.
Sementara itu, Cahaya hanya berada dalam dakapan Kak Eki. Kak Eki sentiasa melindungi Cahaya. Mereka senyap-senyap menuruni. Akhirnya, mereka dapat melihat kelibat Cahaya. Kak Eki terus memberi isyarat supaya diam dan bersembunyi dengan segera. Mereka tidak tahu apa-apa tetapi akur akan kata-kata Kak Eki.
"Kak.. kenapa kita perlu menyorok?", Cahaya masih menyoal.
"Meh, sini... Ririnda! Dia sedang mencari kita. Kak Eki minta Cahaya supaya bekerjasama, boleh?", Kak Eki berbisik pada telinga Cahaya.
"Ok..", ringkas jawapan Cahaya.
Apabila keadaan tenang, mereka segera bangun dan berlari ke tempat lebih selamat iaitu bilik perbincangan ataupun bacaan. Mereka melabuhkan punggung untuk mendengar bagi misi seterusnya.
"Syaz, kenapa kamu buat pada Cahaya macam ni. Mujurlah dia tidak meraung tadi. Sepatutnya kamu kena jaga Cahaya. Dah lah adik dia hilang. Ni nak Cahaya hilang pula? Akak tak sanggup, Syaz. Kami amat memerlukan Syaz. Syaz pandai dalam strategi, kan?", Kak Eki masih memujuk Cahaya.
"Cahaya, janganlah menangis. Abang tak sengaja. Bukan niat abang pun. Cahaya tahu kan, semua manusia dicipta bukannya insan yang tersempurna tau. Macam diri abang ni, kan? Itulah kekurangan abang. Takkan Cahaya tak nak terima kekurangan abang?", Syaz menyesal atas kesilapannya sebentar tadi.
"Tak kata pun yang abang ni, the prefect boy! Hahahaha!! Gurau je. Cahaya dah besar lah.. dan siapa Ririnda tu?", ujar Cahaya.
Mereka memberitahu perkara sebenar tentang Ririnda. Akhirnya, Cahaya tahu kenapa Kak Eki menyembunyikan diri. Kak Eki tak mahu adik-adiknya terancam. Cahaya akan berusaha untuk menentang Ririnda apabila tiba masanya.
"Hmm! Cahaya akan hapuskan dia! Berani nak hapuskan abang-abang dan kakak-kakak Cahaya, ye? Siapa dia? Cahaya tak takut pun. Berapa umur dia, Kak Eki?"
"Baru 12 tahun.. tapi belagaknya macam budak dewasa. Dia mahir dalam bab senjata. Kena hati-hati. Adik dia umur 10 tahun tapi dah mati. Kasihan...", kata Kak Eki.
"Akak dan yang lain memang takde memiliki kuasa, ke? Sekarang kan dah canggih.. Emm?", Cahaya mengangkat bahu.
"Hmm.. hanya ada satu harapan. Kita perlukan bola kuasa. Itu je.. Bola kuasa hanya ada satu je di dunia ini! Ia amat unik dan hebat sekali! Tapi, kita tiada peluang..", ujar Kak Eki.
"Kita kena usaha, Akak! Usaha! Akak, Cahaya akan cari bola kuasa tu sampai dapat! Di mana bola kuasa tu boleh kita cari?", Cahaya terburu-buru.
"Ia hanya berada di Bandar San'Tosyi", jawab Kak Eki.
"Jauh ke bandar tu? Bandar San'Tosyi tu kat mana, akak?", Cahaya bertanya soalan seperti penyiasat misteri.
"Emm..err... sebenarnya ia mengambil masa 6 hingga 7 bulan untuk ke sana. Lagi pun, bola kuasa tu ada pemiliknya. Dia yang tolong jagakan. Tapi, kita semua tak kenal sama sekali pun. Hmm..", Kak Eki mula menunduk.
"Eh! Dah senja lah... kan? Hahaha.. tak sedar lah pula! Akak.. kita nak makan kat luar, ke? Lapar!", Cahaya ketawa kecil.
"Ok! Lagi pun hari ni cuti, kan? Esok.. akak nak daftarkan Rizq dan Fifi dalam Pertandingan Taekwendo Antarabangsa. Cahaya nak ikut?", ujar Kak Eki.
"Nak ikut! Nak ikut!", teruja Cahaya.
Pada pagi keesokkan, nampaknya Cahaya lebih pantas bersiap dan menunggu di bilik ruang tamu. Cahaya merasa sunyi apabila keseorangan. Lalu, Cahaya mengambil senaskah majalah kegemarannya iaitu 'Idola Ceria Gempak!' . Cahaya membacanya sehelai demi sehelai muka surat. Sehinggalah sehelai muka surat yang begitu tertarik baginya.
"Gadis berkemahiran IT?! Dan... apa benda sebelah dia tu? Macam robot je? Comelnya!!!", Cahaya mengomel.
"Apa?!! Bola kuasa?! Ini ke? Siapa dia ni? Emm.." Cahaya membelek-belek pada biodata gadis tersebut.
"Uki? Adik Kak Eki, ke? Kak Uki? Kak Eki? Hmm... robot kesayangan.. Rochobot. Identiti robot ni misteri dan dirahsiakan? Hanya mereka yang berkelayakan untuk tahu tentang keistimewaan robot ni?", Cahaya terkedu.
"Helo! Haihh.. baca apa tu? Maaflah sebab lama menunggu.. hehe", Fifi tersipu-sipu malu.
"Lama? Adik rasa baru sekejap je baca. Baca ni, hah.. Nah!", Cahaya menghulurkan majalah yang dibaca tadi kepada Kak Fifi.
"Comel lah, robot ni!!! Aaarrrrggghhh!!! Dik.. adik ada nampak Abang Rizq, tak? Tadi kan dia dah keluar dari bilik", kata Fifi.
"Abang Rizq? Ada! Kat balkoni, kot? Dia tengah baca buku lah tu. Baca buku Sains Fiksyen.. ", balas Cahaya.
"Oh, ye!", Fifi memetik jarinya seolah-olah mendapat satu idea yang bernas.
"Hah, Fifi.. Cahaya! Dah siap?", tanya Kak Eki sambil menuruni anak tangga.
"Siap!!", jawab Fifi dan Cahaya dengan serentak.
"Rizq?", soal Kak Eki.
"Kat balkoni ni.." sambil melambai-lambai tangan kepada Kak Eki.
Rizq menutup bukunya dan bingkas bangun. Manakala, Cahaya dan Fifi turut bingkas dan berlari menuju ke pintu rumah. Kak Eki membawa pelbagai barangan di dalam beg berwarna merah jambunya. Selesai itu, pintu rumah dan segala yang terdapat di dalam rumah sudah diperiksa terlebih dahulu.
Mereka mula menaiki kereta. Kak Eki membaca bismillah sebelum memulakan perjalanannya. Cahaya terasa sesuatu yang memang mencurigakan. Namun, dia melupakannya. Cahaya menadah tangan untuk membaca doa untuk memohon supaya dilindungi dan dilupakan segala keresahan yang dialami.
"Akak!!! Tolong Aris!!!", hati Cahaya tersentap apabila terdengar bisikan halus adiknya padahal adiknya hilang entah ke mana dan tidak diketahui lokasinya setelah ia diculik.
------------------------------------------------------------------------------
Sinopsis
Kak Eki dan Kak Uki masih belum pulang ke kediamannya untuk membantu Cahaya demi mencari Aris. Mereka merantau semata-mata urusan sebegitu. Khabarnya, Mutiara baru sahaja nampak wajah seorang budak lelaki yang mirip dengan wajah Aris. Cahaya masih kebingungan. Dhafiz dan Rizq juga turut membantu.
Namun, di sebalik pencarian Aris telah menimbulkan masalah besar antara mereka berdua. Kemunculan Ririnda yang berusaha untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya serta ingin rampas Permata Berlian Siber dan ingin takluki Bandar Siber Metropolitan atau nama khasnya Trukyi-Do Cyber.
Namun, di sebalik pencarian Aris telah menimbulkan masalah besar antara mereka berdua. Kemunculan Ririnda yang berusaha untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya serta ingin rampas Permata Berlian Siber dan ingin takluki Bandar Siber Metropolitan atau nama khasnya Trukyi-Do Cyber.
Apakah tujuan sebenarnya untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya?
Dapatkah Cahaya menentang musuh barunya?
Berjayakah Kak Eki dan Kak Uki mencari Aris selama 6 bulan merantau?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan