22 Jun 2013

Novel : Ke Mana Hilangnya Aris? (Part 5)



------------------------------------------------------------------------------

Bab 1: Kisah Silam Lalu? 

      Cahaya termenung sejenak apabila mendengar jeritan halus adiknya. Fifi dan Rizq hanya memerhati kelakuan Cahaya seperti diselubungi keresahan. Fifi menepuk kuat pada bahu Cahaya. Cahaya terkejut dan menjerit kuat sehingga Kak Eki mendengar dan terpaksa memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk memastikan keadaan Cahaya. Rizq dan Fifi tercengang dan terkenyit-kenyit matanya kepada Kak Eki.

      "Takkan.. peristiwa ni.. berlaku sekali lagi?! Aaarrrgghhh!!!! Tak nak! Mana Aris?! Mana dia! Lelaki tu.. Cahaya masih ingat lagi.. rupa dia sangat ganas dan kejam! Heee... tidak.. Aris.. Akak harap adik sentiasa... hee.. se..la..mat.. jangan apa-apakan adik saya!! Tunggulah, kau! Lelaki jahanam! Aku kenal engkau.. Aku tak akan lepaskan engkau kali ini! Jagalah engkau!", Cahaya teresak-esak menangis kerana Cahaya dapat merasakan adiknya seperti diapa-apakan.

      "Kenapa ni, Cahaya?", pujuk Kak Eki.

      "Dia teringat peristiwa lalu dia, kot?", teka Rizq.

      "Cahaya.. Cahaya, okay? Cahaya.. jangan nangis.. kami simpati pada Cahaya sebab.. Aris adalah harta terakhir di dunia ni dan tiada mempunyai sesiapa lagi. Kak Fifi.. faham.. tentang masalah Cahaya. Insya-Allah, kalau diizinkan oleh Allah untuk pertemukan. Kita akan jumpa, ye? Lagipun, Kak Eki belum dapat apa-apa berita untuk lakukan tugas tentera. Adik bersabar, ye?", ungkap Fifi.

      "Terima kasih, Kak Eki.. Kak Fifi dan Abang Rizq. Cahaya harap supaya dipertemukan. Mama dan papa Cahaya mati dibunuh oleh lelaki jahat tu! Cahaya kecewa..", Cahaya berterus-terang.

      "Eh? Bila masa lelaki bunuh mama dan papa Cahaya? Bukan ke.. dia pernah serbu dan serang 
Kota Markata, Orkeed dulu? Macam mana dia boleh sampai ke kawasan Bandar Orkeed? Jauh tu, wei!!", Rizq memberi penjelasan.

      "Emm.. memang dialah yang paling hebat dalam pembunuhan. Malangnya, kita memang  sukar untuk hapuskan dia. Satu je kelemahan dia. Dia akan mati bila pangkal leher dia kerat. Macam tak logik!", Cahaya mengulas.

      "Itu bukan tak logik. Itu namanya ilmu orang sesat hutan. Abang rasa.. semua kelemahan manusia pada jantung je.. dia je pada pangkal leher. Memang perkara paling tak masuk akal lah!", Rizq menyokong penyataan Cahaya.

      "Hmm.. senang je nak hapuskan dia. Tapi, tempat persembunyian je sukar ditemui.. Memang jahat!", Fifi mengomel.

      "Eh? Kak Eki, kenapa berhenti? Nanti lambat.. rugikan masa kita je..", perli Cahaya.

      "Amboi.. Akak nak join dengar tak boleh, ke? Ok lah, macam tu.. Akak risaukan Cahaya je..", jawab Kak Eki.

      Perjalanan yang terhenti tadi kini mula bergerak. Rizq dan Fifi bakal memegang Pingat Pemegang Kesemua Tali Berwarna Terawal kerana mereka berjaya menghabiskan kesemua peringkat latihan tali pinggang berwarna. Kini, mereka dinobatkan Tokoh Taekwendo Senior Terawal. Rizq dan Fifi merupakan anak yatim piatu akibat kematian ibu bapanya semasa serangan di Taman Floral Siber pada masa dahulu.

      Namun, kehadiran Kak Eki, mereka tak pernah mengalah untuk mencuba sesuatu demi mencipta kejayaan sendiri. Akhirnya, lokasi tiba lebih awal pada masa ditentukan. Cahaya terkesima dengan keluasan dewan tersebut. Pendaftaran dimulakan. Kak Eki mengambil tempat untuk mendaftar Rizq dan Fifi.

      Pandangan mata Cahaya seperti memerhati kelibat seorang budak kecil yang sedang tunduk akibat kemurungan. Cahaya dapat mengenali jam tangan pemberian istimewa daripada mama dan papanya. Cahaya sudah menemui adiknya. Cahaya cuba menoleh sekali lagi. Memang benar! Itulah adiknya, tetapi seorang lelaki menarik tangan budak kecil itu dan terus beredar.

      "Ti-tidak.. adik. Kenapa.. Aris tak kejar kat Kakak, Aris? Siapa mereka? Hee...", Cahaya menangis sekali lagi.

      "Hei! kenapa ni, Cahaya. Ada sesuatu mencurigakan, ke?", soal Rizq.

      "Ada! Cahaya nampak Aris! Tapi, ada lelaki tu bawa lari dia.. Entah ke mana.. hee..", Cahaya terus menangis.

      "Cahaya.. kami semua faham. Nanti kami akan carikan, ye?", pujuk Rizq.

      "Baiklah..", Cahaya menjawab dengan perasaan hampa.

      Acara pembukaan dimulakan. Acara itu hanya untuk peserta yang masih baru memiliki tali pinggang berwarna kelas terbawah. Manakala, Rizq dan Fifi adalah peserta kelas paling teratas. Kak Eki membawa Rizq, Fifi dan Cahaya bersiar-siar ke Kompleks Dagangan Dunia Siber. Tampaknya, kelibat adiknya muncul sekali lagi. Tapi, Cahaya merahsiakannya.

      Fifi segera menarik tangan Cahaya apabila Fifi ternampak Kedai Buku Sri Permata. Cahaya tersengih-sengih sambil tertawa. Cahaya sangat suka membaca buku. Setelah lama berada di situ, mereka pun selesai membeli beberapa buah buku untuk dibaca. Kak Eki sudah puas membawa mereka bersiar-siar dan kini mereka perlu pergi ke dewan tersebut.

      Rizq dan Fifi perlu mengambil pingat tersebut. Pingat tersebut berjaya disarungkan ke leher mereka. Cahaya dan Kak Eki menepuk tangan dengan kuat sekali. Mereka sangat ceria dan tersenyum riang. Mereka kelihatan penat dan pulang ke kediaman semula. Mereka tiba di hadapan pintu rumah.

      "Hah! Syok ke..? Hehehe!! Akak tengah tengok drama..", Hani menyambut kedatangan Kak Eki, Rizq, Fifi dan Cahaya.

      "Tak, bukan syok tapi gembira. Tengok ni. Hehe..", Rizq menunjukkan pingatnya.

      "Eleh.. benda kecil tu pun, kau nak over...", Hani cemburu.

      "Cih! Cemburu lah tu..",Rizq memerli.

      "Ye.. jomlah masuk rumah dah malam ni, oi. Heheh..", Hani memerli semula.

      "Mana Abang Syaz, Abang Dhafiz dan lain-lain, Kak Hani?", soal Cahaya.

      "Ada.. diaorang tu busy human la tu.. ada je perkara nak buat..", jawab Hani.

      "Dhafiz buat eksperiman la tu.. Tak ajak Rizq pun", Rizq berpura-pura merajuk.

      "Abang Rizq.. kan abang ambil pingat anugerah? Abang lupa, eh?", kata Cahaya.

      "Yelah! Heheh..", gelak kecil Rizq.

      Dhafiz dan Syaz sibuk mengikuti perkembangan eksperimen yang tertanggung. Mutiara dan Rin sibuk mengulangkaji pelajaran matapelajaran Sains. Kalisa pula sedang melayan kerenah kucing kesayangan Kak Uki dan Cahaya, Elite Alicia. Kucing berbulu putih gebu dengan tompokan oren pada bulunya juga.

      Mereka masuk ke dalam rumah. Rizq menyusul masuk ke kamarnya untuk membersihkan diri serta menghadap ke Allah. Kak Eki pula terus menyimpan barang dapur dalam kabinet khas di dapur. Fifi pergi beredar mendekati Kak Kalisa yang sibuk membelai Elite. Manakala, hanya Cahaya dan Hani sahaja yang terus berbual.

      "Akak... akak buat apa?", soalan pertama ditujukan oleh Cahaya.


  Muka Surat : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6  

------------------------------------------------------------------------------

Sinopsis 

      Kak Eki dan Kak Uki masih belum pulang ke kediamannya untuk membantu Cahaya demi mencari Aris. Mereka merantau semata-mata urusan sebegitu. Khabarnya, Mutiara baru sahaja nampak wajah seorang budak lelaki yang mirip dengan wajah Aris. Cahaya masih kebingungan. Dhafiz dan Rizq juga turut membantu.

      Namun, di sebalik pencarian Aris telah menimbulkan masalah besar antara mereka berdua. Kemunculan Ririnda yang berusaha untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya serta ingin rampas Permata Berlian Siber dan ingin takluki Bandar Siber Metropolitan atau nama khasnya Trukyi-Do Cyber.

 Apakah tujuan sebenarnya untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya?
 Dapatkah Cahaya menentang musuh barunya?
 Berjayakah Kak Eki dan Kak Uki mencari Aris selama 6 bulan merantau?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...