26 Mei 2013

Tips: Cara Nak Buat Novel (my version)



 Boleh tak..klik sini, sini dan sini, kejap? 030
* Tunggu sampai habis loading, ok?

 
Kak Ain Maisarah, novelis idola di hati remaja....
Kenal, tak Akak Ain? Mesti lah, kan? Ikin pun baru tahu pasal ni. Ye, lah.. Novelis top di hati remaja. Ikin pula dapat tahu pun daripada Kak Fiqah dan Kak Nur. Hero Sri Bangsar.. tak silap Ikin lah. Ikin tengok FanArt Kak Nur kat DeviantArt. Susah tak, nak jadi novelis? Ada kalanya mesti susah nak buat muka surat yang mencecah beratus-ratus. Bagi Ikin, Ikin dah jinak dalam bidang penulisan. Cuma masa je tak mengizinkan sebab masa untuk luangkan Ikin jadi suntuk. Sibuk dengan kerja lah kiranya, kan? Hehe.. Apa? Tak tahu cara nak buat novel? Haa.. Ikin ajarkan, ye? Tapi, Ikin ajar korang guna cara Ikin.

  Idea Yang Logik

 Sebelum memulakan bab-bab novel, korang sediakan "Notepad" terlebih dahulu. Isikan kesemua maklumat macam watak, sinopsis dan macam-macam lah. Idea tu mesti logik dan ada kena-mengena dari awal bab hingga akhir bab. Jangan pula, awal cerita memang best dah... Dah kemuncak akhir cerita ni. Bila akhir bab, muncul kisah lain. Jadi jalan cerita awal bab tadi tergantung macam tu je, kan?


  Kuat Imaginasi

 Ha.. ni paling penting! Orang yang kuat imaginasi dan suka berkhayal je boleh mengolah cerita panjang-panjang, kan, kan, kan? Mana tau, masa korang buat kerja tu tetiba je korang mengelamun sesuatu. Hah! Dapat idea dan jalan cerita yang mantap. Bila orang baca novel kita, pembaca tu akan dapat membayangkan situasi melalui pembacaan novel tu, kan? Macam mana nak mengelamun supaya imaginasi kita jadi kuat dan kreatif? Jawapannya, kita kan suka berkhayal, macam fikirkan sesuatu. Ala... kita nak kenakan orang, kita pun fikirkan.. "Agak-agak.. dia marah ataupun menangis.. ". Kita pun terbayang macam mana dia menangis dan marah. Macam tulah maksudnya... Imaginasi Ikin ni memang dah semula jadi. Suka berangan dan berfikir jauh. Kehkehkeh!!


  Tema Novel

 Ha.. bab ni paling penting juga. Kalau kita nak buat novel, mestilah ada tema, kan? Janganlah main buat je tanpa ada tema. Pilihlah sekurang-kurangnya 3 tema sudah cukup. Tema novel Ikin berkaitan dengan aksi, kekeluargaan dan skuad siber (penyelamat dan band nyanyian). Sebab tu, watak-watak novel Ikin ada pakaian khas dan headphone lebih kurang macam Vocaloid lah... Ikin hanya akan gunakan sekali je yang novelnya bertemakan cinta. Lepas tu, barulah ada terbitan yang mengenai kisah silam lalu..(Kalaulah sempat siapkan segera. Hmm...)


  Pemilihan Hero & Heroin Novel

 This is my favourite topic! Ikin suka bab yang ni! Hero dan heroin dalam novel.. Ikin cuma gunakan OC-OC Ikin, OC-OC Kak Fiqah dan OC Fara. Jadi, kesemua OC-OC tadi tu ialah 15 OC! Huahahaha!! Banyak, kan? Tak pun, sikit je.. Tapi, watak utamanya Elyssa Cahaya dan Aris Azhar (Cahaya). Nak tengok biodata mereka? Klik sini.. jangan lupa, klik butang pink-bulat (Pilih mana-mana 5 butang pink-bulat tu). Hero dan heroin mesti ada kena-mengena dengan setiap bab. Jangan abaikan watak hero dan heroin korang dalam setiap bab novel. Maksudnya, mesti ada watak hero dan juga heroin korang tu, tau..(wajib!).


  Pengunaan Ayat

 Ikin suka guna nama watak dan kata ganti nama. Kebiasaannya, Ikin guna lebih kepada nama watak. Sebab.. nanti takut korang tak boleh nak bezakan. Ni dialog siapa.. Siapa nama orang tu? Jadi, pembaca tu akan bingung dan keliru. Nak guna kata ganti nama memang boleh. Hanya untuk mengambarkan dia seorang je.

 Contoh (mengelirukan) : Rizq baru sahaja selesai bersarapan manakala, Syaz menyudahkan tugasannya di bilik bacaan. Setelah, Kak Eki penat mengemas di dapur, dia terus memanggilnya untuk menolongnya mengangkat barang-barang. *Hah?! Memanggilnya? Siapa? Rizq ke Syaz? Atau...dia sendiri?*

 Contoh (memahami) : Rizq baru sahaja selesai bersarapan manakala, Syaz menyudahkan tugasannya di bilik bacaan. Setelah, Kak Eki penat mengemas di dapur, dia terus memanggil Syaz untuk menolong Kak Eki mengangkat barang-barang. *Oo..cakaplah "Syaz". Secret bebenor...huehuehue*


  Rangkap Novel

 Cuba baca balik mana-mana novel *Ikin tahu, korang akan terjah novel Kak Ain Maisarah dulu, kan? Huahaha..Tepuk tangan sikit..". Rangkap dia tak akan berpanjang-panjang berjela-jela macam karangan yang korang pernah buat tu, kan? Pendek je sebenarnya. Macam ni..

 SCROLL KE BAWAH! =v=
CONTOH 

      Kalisa yang berada di situ, tergelak kecil apabila dia mendengar kepetahan kata-kata Cahaya. Lalu, Kalisa mendekati Cahaya. Cahaya tersentap. Cahaya memandang Kalisa. Kalisa tersenyum ria. Cahaya turut membalas senyuman tersebut. Cahaya terasa hatinya lega. Manakala, Syaz mengeluh lega kerana keadaan sudah aman dan tenang.

      "Adik, maafkan Akak ye? Kalau Kak Kalisa tak perasan yang ada orang sedang ketuk pintu. Sebab ada orang pasang lagu kuat-kuat jadi.. Akak pun ikut sama dengar lagu tu..", pujuk Kak Kalisa.

      "Siapa yang pasang lagu kuat-kuat?", Cahaya menyoal.

      "Abang Syaz lah... Siapa lagi, kan?", Kak Kalisa menuding jari ke arah Syaz menunjukkan Syaz yang bersalah.

      "Abang!!! Sudah-sudahlah tu!! Kata janji tak buat lagi! Abang tipu! Saje nak lukakan hati Cahaya, kan? Abang langsung tak endahkan Cahaya! Taulah Cahaya ni budak kecil! Tak matang! Abang boleh buat tak peduli je!", Cahaya mula menangis dan meninggalkan bilik itu dengan serta-merta.

      Apabila mendengar bunyi tangisan yang kuat, Rin dan Mutiara yang baru keluar dari bilik bacaan segera bergegas. Bunyi tangisan itu semakin lama, semakin hilang entah ke mana. Rin tercari-cari suara tangisan itu. Mutiara memandang ke arah Syaz dan Kalisa. Syaz seperti menundukkan kepala seolah-olah dia telah melakukan kesilapan.
Faham, tak? Baca betul, betul, tau. Jangan cakap, "Betul, betul lah ni..".
Haishh.. sempat lagi main-main, ye? Ishh, ishh.. ishh.. tak patut, tak patut...


  Bab-bab dalam novel

 Apa? Bab-bab? Apa ke benda tu? Tak faham, ke? Meh, tengok kat sini.. Nampak, tak.. yang ada tulis bab 1, bab 2.. dan lain-lain? Hah.. itulah bab-babnya..

=v= Sekarang apa lagi? Jomlah kita mulakan!! Yay..

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Panduan menulis novel terbaik...

Tetapi,, nak tanya sikit.. bagaimana peringkat permulaan novel ini "diletakkan" ... dari peringkat apa sampai ke pringkat apa....

Unknown berkata...

Good....

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Kak Ikin, nak tanya.. Kalau kita nak tulis novel, nak guna tulisan apa?

Tanpa Nama berkata...

assalaamulaikum.. kak ikin saya nak tanye kalau kita nak tulis novel ade x laman web khusus untuk novel kalau ada tolong bagi tahu yer kak..

Tanpa Nama berkata...

wattpad salah satu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...