17 Mei 2013

Idea dan Inspirasi!


Semua orang nak tahun macam mana Ikin dapat idea buat novel ni, kan? Yang sebenarnya, Ikin memang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang novelis apabila Ikin dah dewasa kelak. OPSS!! Itu cuma cita-cita sampingan je. Cita-cita yang tetap ialah menjadi juruanimasi. Jom, kita baca macam mana Ikin dapat idea dan inspirasi sebelum terbitnya novel-novel ini!

Idea 

 Ikin dapat idea masa nak buat novel ni, bila Kak Fiqah nak pinjam OC-OC untuk dijadikan sebagai watak dalam teks cerita dia. Ikin pun rasa teruja dan mula join dalam bidang novel.

 Ikin pernah tulis novel dalam 3-4 muka surat. Panjang kertas tu macam buku penulisan Bahasa Malaysia. Kan bukunya panjang?

 Ikin mula terlibat dalam bidang penulisan ni masa darjah 5 ataupun 6. Ikin suka baca novel dan cuba nak buat novel sendiri.

 Selalunya Ikin ni suka buat cerita atau karangan dulu baru buat rangka. Sebab.. kalau buat rangka dulu, nanti masa Ikin buat karangan tu akan jadi lain sebab ayat karangan tu memang hanya akan datang melalui imaginasi Ikin je. Tak boleh nak ikut rangka karangan tu dan sebab itu juga, Ikin ni boleh buat cerita panjang-panjang. Kawan-kawan Ikin suka baca cerita yang Ikin buat. Diaorang komen, cerita tu macam ni. Ada macam ni. Eheheh... Tapi, cerita kali ni dah best sikit.

 Nak buat novel? Susah, ke? Bagi Ikin, tak susah pun. Korang kena betul-betul faham tentang novel ni. Pengunaan ayat novel tidak sama dengan ayat karangan. Karangan akan guna 'kata ganti nama'. Kalau novel akan guna nama je dan tiada pengunaan 'kata ganti nama'.

 Novel ni lebih kepada imaginasi supaya pembaca dapat membayangkan jalan cerita novel tu.


Inspirasi 

 Gemar membaca novel dan ulat buku!

 Pernah menulis novel semasa usia 11 atau 12 tahun.

 Idola novelis : Semua novelis yang kemahiran dan kreatif (paling penting)

 Membaca dan perhatikan setiap perkataan serta ayat yang terkandung

 Baca secara berulang kali seperti 3-5 kali dalam setahun


Nak tanya apa-apa macam mana Ikin dapat idea dan inspirasi?
Tanya di ruangan komen pada bahagian entri ini! GOOD LUCK!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...