7 Jun 2013

Cuti Sekolah Akan Berakhir!


Fuhh! Fuhh! Tengah bersihkan habuk kat blog ni.. Apa? Blog Ikin takde post entri? Ye, ke? Tipu kot.. Hahaha.. cuba tengok balik. Hah?! Takde? Eh, ha'ahlah.. Ikin balik kampung dengan keluarga kat Perak. Masa 1 Jun lagi dah pergi balik kampung.. Alololo.. kasihan blog Ikin..

Ikin saje nak godek-godek akaun Nuffnang Ikin.. tengok-tengok..

Dah jadi ahli Glitterati.. earn sikit sebab orang berblogwalking sikit je..

Itupun nasib Ikin sebab ada beberapa orang terjah blog Ikin. Kebanyakkannya Nuffnang sponsor iklan pada blog Ikin ialah SOCCER KIDS : MENCARI RAMLI (19). Ada muncul iklan kat TV3 tu.. takkan tak perasan kot.. pergi buka TV.. Hahaha.. Korang yang masih sekolah ni dah siapkan kerja, ke belum? Ikin belum siap.. banyak aihh.. Aduyai.. Apa nak jadi, berlapis nipis nak kena buat. Itupun baru hampir selesai 2 karangan dan 2 ringkasan padahal ada 3 karangan dengan 3 ringkasan.. Uhh..banyak sungguh. Ada kerja Matematik pula! Dahlah otak Ikin ni tak berapa nak normal nyanyuknya. Asal dapat kertas Matematik ni, rasa macam nak conteng je! Aaarggghh..

BI okay lagi.. tapi belum siap.. karangan. Umm.. banyaknya.. memang nampak sikit tapi bila balik dari kampung. Memang benda tu rasa. Erkk..nak pecah otak. 2 karangan dengan 1 ringkasan pun mengambil masa 1 hari nak siapkan. Dah projek KH tu tak siap!! Waarrrgghh.. Otak ni dah angan nak buat novel, semuanya hancur kerana peristiwa selama seminggu. Kalau tak, dah lama siapkan kerja sekolah tu. Mujurlah bercuti di kampung. Kalau tak, habislah.. tak siap kerja Ikin ni.. haishh.. Terbantut nak sambung si novel "Ke Mana Hilangnya Aris?"..

Masa kat kampung, kalau bosan main Tablet Galaxy abah Ikin. Main game "Temple Run". Seronok, weh!! Itupun adik Ikin tengah seronok main. Ikin pun join sekali. Adik Ikin ni baik dan rapat dengan Ikin berbanding daripada adik-beradik Ikin yang lain tetapi nakalnya.. Nauzubillah! Takyah nak katalah..cukup hiperaktif! Kadang-kadang, bawa lari laptop abah yang hitam bukan yang Ikin selalu guna untuk berblog sekarang ni. Yang tu laptop lain.. Ikin tengok jelah anime yang abang Ikin download tu.. Anime "Attack on Titan". Lagunya emm..memang best, itupun best sebab bila tengok je. Lepas habis tengok, tak layan dah. Nak buang perasaan bosan je.. Nak tau tentang anime "Attack on Titan"? Carilah kat Google.. Taip jelah..

Jumpa lagi! Ikin nak tidur.. Assalamualaikum.. InsyaAllah, nanti akan update novel sikit demi sikit, ye? Yo!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...