29 Mei 2013

Kyaaaakk!! Hahaha..


- My Favourite Characters in Boboiboy - 


Tajuk entri tu bunyi lain macam je.. kan? >_o

 Ikin dah letak iklan Nuffnang dan ChurpChurp di dalam blog. Kenapa? Sebab.. kalau rezeki Ikin dapat pendapatan daripada kedua-dua tu, insya-Allah.. Ikin nak tambah koleksi-koleksi barangan Boboiboy. Dalam laci tu, penuh dengan macam-macam sampai tak muat nak letak barangan Boboiboy. Mujurlah.. ada laci adik Ikin. Ikin main masuk jelah dalam laci tu.. Wakakaka..

Barangan Boboiboy 

Barangan Boboiboy yang tersusun rapi dalam laci

Barangan Boboiboy yang disusun keluar dari laci

Majalah Komik Boboiboy (Perfect of All Issue!)

Set Alat Tulis + Buku Nota Kecil

Set Alat Tulis + Bekas Pensel (Non-HD)

Bekas Pensel ver. 4 Karakter Superhero

Buku Nota Kecil + Pensel Warna (Non-HD)

Buku Nota Besar + Buku Mewarna/Belajar

Buku Tulis Panjang (Buku Penulisan)

Fail ver. Boboiboy

Sketch Book ver. Boboiboy (Perrggghh!!)

Botol Minuman "Boboiboy Flavoured Fruit Drink"


dan yang paling penting sekali...

 
 
 
 

Action Figure Boboiboy Tanah!
*Maaf, tak sempat beli sebab dah habis stok..


Itulah kesemua barangan Boboiboy yang Ikin sedang gigih nak mengumpul. Bukan sesuatu yang senang. Ikin mengumpul duit saku sekolah dua minggu (Sehari, RM 2.00). Dapat bonus RM 20.00 masa jalan-jalan ke Kuala Lumpur. Huahaha.. Ikin akan simpan duit tu semata-mata nak beli barangan Boboiboy. Shopping untuk barangan Boboiboy je.. Itulah hobi Ikin. Suka mengumpul barangan kesukaan. Bila pergi Pasaraya TF Jerantut (ada jualan barangan Boboiboy), tengok-tengok.. Alamak!! Oh, tidak..nak habis dah.. Cepat-cepat ambil.. masa tu pulak ada pengumuman, "Kepada para pelanggan, pasaraya ini akan ditutup sebentar lagi. Sila pastikan anda...", tak sudi Ikin nak sambung pengumuman tu. Mengelabahnya mencari barangan Boboiboy.

Ah! Lantaklah...ambil jelah mana-mana. Kadang-kadang, otak selalu pesan kat Ikin,"Ambil yang rasa ia mencukupi..". Maksudnya, ambil satu dulu.. kalau buku nota tu dah ada 2 kat rumah. Belilah satu dulu. Nanti beli lagi, kan? Janji ada set penuh yang betul. Tak nak terlepas dengan barangan Boboiboy. Ikin ni kan PEMINAT FANATIK BOBOIBOY. Hahaha!! Cuma Action Figure je..belum dapat set penuh. Aaarrrgghhhh!! Tolonglah.. nanti kalau dah jualan Action Figure Boboiboy Halilintar dan Fang. Nanti..bertambahlah nilai perbelanjaan di situ. Kenalah usaha lebih.. sebab tu Ikin letak iklan Nuffnang dan ChurpChurp kat dalam blog ni. Ikin tak suka mengharapkan duit ibubapa kecuali duit saku yang Ikin berusaha kumpul.

Duit saku tu asal dari duit ibubapa, kan? Bapa kerja dan serahkan sedikit duit simpanan kepada ibu untuk kegunaan perbelanjaan sekolah anak-anak. Ibu pula memberi duit saku kepada anak buat perbelanjaan makan dan minum kat sekolah. Logiklah, kan? Jadi.. Ikin dah bingung dah. Haisshh.. tidak!!! Ikin nak beli lagi barangan Boboiboy!! *Heee..sedih, wo..* Ikin terasa.. s-s-siapakah gerangan yang cuba menghabiskan barangan Boboiboy. Janganlah habiskan.. mana lagi tempat yang Ikin nak beli melainkan situlah satu-satunya lokasi paling strategik. Berbulan-bulan menunggu barangan Boboiboy sampai ke negeri Pahang, barangan Boboiboy selalunya dijual kat Selangor je.. Ikin pun nak beli juga. Tapi, Alhamdullillah.. Dapat juga! Yay!!

4 ulasan:

Fara_nym | Hyoukurona berkata...

pencil box sama lah! pembaris sama...tapi isu 13 tak ada lah~ Fara dah beli! >.<

Rara Ariiqin berkata...

Huahahaha >.< Majalah Isu 12 baru beli.. tiba-tiba keluar Isu 13.. Haissh.. berkuranglah duit ni..

Vanila98 berkata...

banyaknya XD saya pun ada juga beli, tapi beli buku nota je~ :3
And then sekali with patung boboiboy, aha ;D

Rara Ariiqin berkata...

XD Ahahahaha...itu pun dapat tahu masa tgh beli barang dapur. Saje nak lalu kat bahagian alat tulis. Tak tau pula ada barangan Boboiboy kat situ. Apa lagi, terus ambil buku nota kecil (RM 1.30 je). Minta abah belanja. Huahahahah XD Pergi sekali lagi, meng-pau set alat tulis pula (RM3.50). Minta ibu bayar. Padahal Ikin ada bawa duit (RM 5.40). Saje.. boleh beli barangan lain --> 1 Buku Nota Kecil dan 2 Buku Nota Besar (Buku Latihan).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...