22 Disember 2012

Segmen Siapa Paling Jujur


Ya Allah..bulan ni memang banyak segmenlah. Kalau ada masa Ikin join segmen tu yang ada.



Klik to join


 Apa akan you buat kalau tiba-tiba ada budak kecik tumpahkan kuah kari kat baju paling you sayang
 Kalau Ikin,Ikin akan terkejut dan pergi tukar baju. Sebab Ikin takde baju kesayangan pun. Ikin akan basuh baju tu sampai hilang bau. Ikin tak suka marahkan budak kecil kecuali adik Ikin sendiri.

Pernah tak you terkentut kuat sampai ada orang dengar
 Oh..yang ni pernah. Kalau terkentut kuat sampai orang dengar,cuma adik Ikin je dengar(budak kecil memang sensitif bunyi dan bau kentut. KAH! KAH! KAH!). Tak pernah lagi kentut kuat kat depan orang ramai.

Pernah tak you korek hidung tiba tiba ada orang perasan
 Pernah. Selamba je korek hidung. Abang Ikin tegur,"Eeeii..habatnya korek hidung". Ikin tak malu pun korek hidung depan orang. Kalau ada orang perasan pun Ikin coverlah macam tengah garu hidung. Haha!

Bila kali terakhir you menangis ? Sertakan bila masanya tu dan sebab apa
 Kali terakhir Ikin menangis masa Ikin baca entri tentang Kak Syamimi. Sebab beliau jatuh sakit tak sembuh-sembuh dan telah bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dalam mimpi. Sangat terharu bila dengar Kak Syamimi bertemu dengan Baginda SAW. Masa tu..ntah tak ingat bila.

Mase kecik kecik , ape budak budak sebaye you selalu ejek you
 Seriously memang takde orang ejek Ikin waktu kecik-kecik dulu. Tapi kalau waktu remaja pernahlah. Kawan Ikin ejek Ikin dengan budak Alex tu. Mentang-mentanglah Ikin sama beg dengan budak tu.

Berapa berat badan you sekarang
 Emm..tak ingatlah pula. Tapi yang pasti dulu 45-48 kg. Tak taulah turun berat badan,ke..

Ape you akan buat kalau you tengah marah gilaa
 Kembang kempis dulu dada tu. Kalau tak,masuk bilik..baca buku atau tengok cerita Boboiboy. Jadi syok pula. Heheh!

Matapelajaran paling k.o masa sekolah
 Matematik. Sebab otak pun tengah K.O. bila tengok soalan matematik. Walaupun Ikin dah ketuk kepala tu sampai banyak-banyak kali. Nanti gila pula jadinya.

Adakah you pernah bergaduh masa sekolah dulu sampai bertekak memaki mengherdik musuh you . ceritakan
 Ikin bergaduh dengan kawan Ikin. Dia langsung tak nak undang Ikin masa jamuan kecil-kecilan dia. Dia kata kena bawa makanan sendiri baru boleh join jamuan tu. Macam mana nak join,kalau tak bagitau tarikh jamuan? Ikin marah sangat-sangat. Tapi kawan Ikin sorang lagi ni menangis. Kawan Ikin tadi macam benci je. Peduli apa,kan? Tapi hari saban hari,kitaorang jadi kawan baik. Rindu kawan Ikin yang tadi.

Orang pertama you jatuh hati masa sekolah rendah dan mase darjah berapa(tak perlu letak nama)
 Masa darjah 2,budak tu mula-mula peramah tapi di sebaliknya sombong. Ikin benci budak tu sampai bila-bila. Sombong sangat!

You pertama kali couple masa umur berapa
 Couple? Tak pernahlah. Seriously tak bohong-bohong,memang tak pernah. Tak sukalah couple-couple ni.

Berapa lame you penah kapel dgn seseorang dan tahun bila
 Ikin tak akan pernah couple dengan sesiapa. Tak sukalah couple-couple ni.

Last you putus sebab apa
 Ikin tak akan pernah couple dengan sesiapa. Jadi,Ikin tak tahu macam mana rasa berputus.

Adakah you pernah buat your mother menangis dan kenapa
 Ikin tak pernah tengok ibu Ikin menangis depan mata Ikin. Jadi tak tahulah, kalau ada..mungkin ibu Ikin tak nak adik beradik Ikin tengok ibu Ikin menangis. Kalau Ikin perasan,cepat-cepat Ikin pujuk ibu Ikin.

Bila dok sorang sorang , ape mesti you buat
 Duk layan cerita Boboiboy/dengar lagu guna earphone(sambungan ke laptop)/baca buku/update entry/chat dengan kawan kat Facebook/share gambar Boboiboy.

Keputusan upsr you
 Syukur pada-Nya. Dapat 3A2B je. Okaylah tu.. daripada takde A langsung,kan? Tapi yang penting BI mesti dapat A!

You nak kawen masa umur berapa dan kenapa
 Aduyai...Ikin ni jenis malas nak layan bab kahwin. Okay,Ikin setkan usia 26-28 tahun. Sebab..Ikin nak capai perkara yang paling penting, pelajaran dan pekerjaan. (Tak sabarnya nak alami dunia dewasa!)

You selalu berangan tentang ape
 Ikin selalu berangan nak jadi ahli Animonsta Studios, ada kedai sendiri dan jual barangan Blue -T Kids dan Boboiboy, dapat bawa ibu bapa pergi Makkah dan meminta pendapat dengan Baginda SAW.

Perkara yang you paling tak suka tapi ia selalu berlaku dalam hidup you
 Setiap kali nak solat,asyik nak menguap je! Padahal sebelum dan selepas solat..takde pula nak menguap berbagainya. Habis tak khusyuk Ikin punya solat. Haishhh...

Perkara paling you suka tapi pernah berlaku sekali je dalam hidup you
 Berusaha dapat A dalam BI. Hanya sekali je dapat A dalam matapelajaran BI itupun masa result UPSR. Tapi lepas tu,hancur berkecai dapat B je..

Blogger yang paling you suka dan sebab ape you suka dia
 Fara dan Kak Fiqah. Sebab blog diaorang sangatlah tersusun,cantik dan superb! Tema blog Fara dan Kak Fiqah berkaitan animasi Boboiboy. Sama macam blog Ikin.

Sesuatu yang you tak suka bila blogwalking
 Iklan Nuffnang dan Churp-Churp yang ada floating-floating. Susah nak baca entri orang lain. Letaklah iklan Nuffnang dengan Churp-Chrup kat sidebar.

Mase tahun bila you pertama kali buat facebook dan apa yang buat you terasa nak buat facebook
 Masa darjah 6. Baru tau Facebook tu perkara menyeronokkan. Haishh..ketinggalan zaman rupanya Ikin ni. Apa yang buat Ikin terasa nak join sekali adalah dapat berkenalan dengan orang jauh dapat berkongsi info.Kalau kawan rapat kita nak pindah,buatnya dia takde nombor henpon..macam mana? Mesti pakai Facebook,kan?

You selalu bangun tidur pukul berapa
 Tengok mata..kalau mata tu jenis bulat macam mata ikan. Tidur pukul 3-4 pagi la..kalau waktu cuti sekolah. Kalau waktu persekolahan pula,tidur pukul 10-12 malam. Yang pastinya cukup 6 jam bukan 7 jam.

Kritikan terhadap blog saya
 Waa...sangatlah cantik..tersusun. Paling suka font entri tu sangat lawa. Nak tanya boleh? Apa nama font tu? Good Job!!

 Demi Allah,Ikin jawab memang jujur. Takde nak cover malunya. Semuanya jujur dari hati 
http://i805.photobucket.com/albums/yy331/momoirobox/clickable%20smilies/060gif.gifIkhlas dan segala kejujuran dari Ikin Asyiqinhttp://i805.photobucket.com/albums/yy331/momoirobox/clickable%20smilies/060gif.gif

Tag to
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...