22 Disember 2012

Perkara Yang Paling Saya ....


Minta maaf banyak-banyak kalau ada buat anda tersinggung. Ini dari hati dan pendapat saya.


Perkara yang paling saya benci dalam dunia!
1.K-Pop
Band Korean Pop yang gedik,mengada,konon muka comel..padahal buat pembedahan plastik. Macamlah saya tak tahu(selalu tengok surat akhbar). Ada saya terdengar lagu K-Pop sesat mana ntah. Ya Allah Ya Rabbi. Sakit telinga tau!

2.Justin Bieber
Opss! Stop-stop..ni lagilah saya benci. Kalau dikatakan peminatnya kata konsert Justin Bieber ni gempak. Heh! Gempaklah sangat.. Dengar je suara nyanyi,terjerit-jerit sampai tekak suara nak hilang apa ke faedahnya. Ada kala peminat Justin Bieber kata suaranya sedap. Uwekk! Geli telinga mendengarnya.

3.Oppa Gangnam Style
Saya benci Gangnam Style!! Ntah pape..Bila keluar je lagu tu. Lagu tu makin kuat dan nak pecahkan speaker laptop yang saya guna!! Sengaja je ni,kan!!? Ingat Gangnam Style tu hebat sangatlah! Tarian tu tak kaw langsung la!!

4.Artis Barat,Korea dan Jepun
Remeh bebenor bab yang ni. Lagilah saya benci. Pakai seksi,menunjuk-tunjuk pula tu. Fesyen stylelah sangat..paling remeh sekali!

5.Drama,kartun,lagu dan filem Inggeris,Korea dan Jepun
Benci sesangat! Drama, kartun, lagu dan filem yang tak memberi effect pengajaran dan panduan utama pada diri sendiri, agama, masyarakat, negara dan dunia. Serabut betul!

6.Gosip
Wow! Apa ni..nak gosip berbagai pula. Gosip biasanya melibatkan macam kes artis(jangan sibuk dengan kes orang lain),politik(mungkin juga),cemburu(memang pun) dan mereka cerita atau kisah palsu(sah-sahlah kan?).

7.Buat muka baby face
Tak reti nak bersyukur sampai nak buat muka baby face.

8.Tiada belas kasihan
Hei..memang tiada belas kasihan sebab takde prihatin pun pada mereka yang kurang berupaya. Saya tak boleh tolong orang. Sebab duit tak mencukupi nak tolong orang.

9.Bahasa kesat
Kenapa perlu guna perkataan b***h, s***i, s**l, b**i dan sebagainya? Kenapa? Dah memang takde bahasa rasmi dengan betul?

10.Bercinta
Paling benci bab yang ni! Bercinta? Sedar ke tak ni? Ishh,ishh,ishh..ingat-ingat. Kalau baca dalam buku, cinta ada batas..macam ni
Tak boleh berborak dalam henpon sebab suara tu aurat kita
Tak boleh keluar berdua-duaan,berdosa jadinya!
Jangan sesekali nak pegang-pegang tangan.
Janganlah renung mata lelaki/perempuan yang bukan mahram. Berdosa.
Berpeluk-peluk pun berdosa
Itu jelah yang dapat saya kongsikan ilmu agama sikit-sikit.


Perkara yang paling saya suka dalam dunia!

1.Kalimah Allah dan Muhammad SAW
Bila pandang je 2 kalimah tu,tenang hati Ikin. Sangat cantik dan indah kalimah itu. Alhamdullillah.

2.Boboiboy
My favourite thing! Semestinya animasi Boboiboy. Telah membawa pengajaran iaitu berkawan tak mengira bangsa atau agama. Sikap keperamahan diperap dan boleh diikuti. Dalam Boboiboy Musim 2, Boboiboy mempunyai musuh,Fang. Kalau ada musuh buat silap, selidik terlebih dahulu sebelum kata. Tak pasal-pasal jadi tuduhan.

3.Majalah Muslim Teens, Ana Muslim, Majalah Komik Boboiboy dan kesemua majalah berkaitan Islam
Majalah yang saya sebut tadi saya memang suka sangat. Majalah yang sebut je yang suka,yang lain saya benci! Memberi info dan menambah ilmu agama Islam.

4.Ulat buka(Suka baca komik, majalah, novel, dunia sains, kisah Islam dan cerpen tebal)
Okay,saya pernah jadi pengawas perpustakaan SK Temin,Jerantut. Saya dilantik atas sebab minat saya pada buku. Tapi bukan pada buku sekolah,ye?

5.Warna pink,ungu, kelabu muda, putih dan hijau muda
Haa..5 warna je..Sebab dengan 5 warna ni saya lebih berprihatin dengan kekemasan dan kesesuaian.

6.Sugar Glider
Sebab ia makhluk Allah yang paling comel!

7.Berblogwalking,berblogging dan berfacebook
Memang saya suka tapi jarang ONLINE...


Perkara yang paling-paling saya sayang sekali!

1.Allah SWT
Allah lah segala-galanya. Syukran. Tanpa-Nya,siapalah kita maka,tidak wujudlah satu umat pun di atas muka bumi hak milik Allah ini. Sungguh tinggi cinta saya pada Allah. Setinggi-tinggi langit ketujuh. Saya  Allah SWT.

2.Nabi Muhammad SAW
Idola utama saya dan sunnah-sunnah yang saya lakukan sangat banyak. Saya ikut sunnahnya sebab rasa cinta saya pada baginda SAW sangat dijunjung tinggi. Saya pernah tangis kerana baginda. Teringin nak bertemu baginda dalam mimpi. Sangat sebak dan terharu dengan sifat soleh baginda. Saya  Nabi Muhammad SAW.

3.Malaikat
Malaikat sentiasa ada bersama kita antaranya malaikat yang mencatat perkara yang jahat dan baik. Rasanya Malaikat Raqib dan Atiq..maka Ikin sentiasa yakin bahawa malaikat memang ada di sisi kita walaupun kita tak boleh lihatnya.

4.Al-Quran dan Hadis
Dengan kedua-dua kitab ini,ajaran dan penampilan identiti Islam masih teguh dan berpegang janji,"Tanpa ajaran dua kitab dalam jiwa hamba-Nya maka,siapakah aku sebenarnya?

5.Hari Kiamat
Ikin kadang-kadang timbul perasaan cinta dan teringat pada Hari Kiamat. Kadang-kadang terasa rindu pun ada. Cuma takut sikit je..

6.Ibu bapa, keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, umat Islamku dan semua makhluk Allah
Tak pernah lupa pada yang ni. Walaupun ada yang tak puas hati dan tak berkawan dengan Ikin. Tapi Ikin tak pernah berfikiran negatif untuk bermusuh dengan sesiapa. Bagi Ikin,"Nothing to worry. It's just test from Allah SWT. Do not care about the whispers of Satan. InsyaAllah..You will be a mettled and patient muslim always."

7.Mengumpul koleksi, reka dan hias keychain dan button lencana
Ikin suka kumpul koleksi barangan Boboiboy, Ana Muslim, Muslim Teens dan cenderamata. Nak reka button lencana dan keychain sendiri tapi takde modal.


Perkara yang paling saya impi dan inginkan!

1.Pergi Makkah/berhaji, melawat Gua Hira, ziarah Makam Baginda SAW dan dapat pegang Hajarul Aswad
Sangat teringin. Lokasi utama dituju! Bilalah dapat pergi. Rindu Kaabah di sana :)

2.Bertemu Baginda SAW di dalam mimpi
Dah lama impikan,sebab nak dapat nasihat dan ilmu agama dari Baginda SAW. Namun,Ikin bukan insan pilihan Allah lagi untuk menemukan dengan Baginda SAW.

3.IPhone dan Laptop
Ikin nak sangat. Sebab boleh main game Superkick Boboiboy dan Pocoyo. Kalau laptop pula,nak letak info dan foto berkaitan animasi Boboiboy. Semuanya berkaitan Boboiboy dan Fang! :)

4.Rakan Islam sejati
Nak sangat..sebab boleh tukar-tukar info Islam dengan dia. Tapi belum ditemui. Agak-agak ada tak yang betul-betul bercirikan Islam sejati? InsyaAllah..ada punya.



 Akhirnya,telah siap entri yang panjang berjela-jela ni http://i805.photobucket.com/albums/yy331/momoirobox/clickable%20smilies/001gif.gif

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...