22 Jun 2013

Novel : Ke Mana Hilangnya Aris? (Part 6)



------------------------------------------------------------------------------

Bab 1: Kisah Silam Lalu? 

      "Aaa.. kadang-kadang, baca buku. Lepas tu, bagi makan kat Si Elite Gebu tu.. lepas itu, tengok drama Sebenarnya Saya Isteri Dia.. Akak suka watak Tiz Zaqyah dengan Izzue Islam. Hahaha!! Rugi.. tak tengok..", terus-terang Kak Hani menjelaskan jawapannya.

      "Oklah.. adik nak mandilah.. Kak Mutiara dengan Kak Rin ada dalam bilik bacaan, ke?", Cahaya sempat menyoal satu pertanyaan.

      "Ada, kot.. tak taulah.. kalau tengah solat ke apa ke..", jawab ringkas Hani.

      Waktu makan malam kian tiba. Masing-masing sedang mengambil tempat untuk bersila dan bersimpuh menghadap makanan. Bacaan doa makan dibaca oleh Cahaya. Alunan bacaannya sungguh mengalunkan dan merdu bunyinya. Mereka pun mengaminkan doa makan tersebut. Mereka makan bersama-sama dengan berkongsi satu dulang.

      Mereka sangat mesra pada waktu makan malam. Selesai makan, Mutiara dan Kak Uki sibuk membasuh pinggan. Manakala, Cahaya dan Fifi mengemas dulang. Fifi dan Rin mencuci peralatan dapur dengan berhati-hati. Kadang-kala, mereka saling berketawa-derai. Banyak kisah lucu diceritakan oleh mereka. Kelihatan sungguh mesra di kalangan mereka.

      Walaupun Cahaya tidak mempunyai mama, papa dan adiknya untuk menghiburkan si hati permatanya tetapi, kehadiran kakak-kakak dan abang-abang angkat mampu membuatnya tersenyum riang sentiasa. Walaupun, Cahaya lah anak yatim piatu yang paling muda namun, hati dan jiwa sangat kental dan bersemangat mengalahkan orang dewasa.

      Mereka kagum dengan kecekalan Cahaya dalam kehidupannya walaupun sudah kehilangan ibubapa dan adik bongsunya sewaktu usianya belum matang. Cahaya mempunyai bakat yang tinggi dalam serangan. Kalau difikirkan dahulu, Cahaya boleh pantas melarikan diri daripada serangan lelaki misteri.

      Walaupun, lelaki misteri cuba mengejarnya. Namun, Cahaya pantas menghilangkan diri. Nampaknya, Kak Eki mendapat satu idea dalam menentang Ririnda. Kak Eki memanggil kesemua adik-adiknya untuk berbincang. Kelihatannya berita yang misteri bakal didengari oleh mereka. Mereka segera bergerak ke bilik perbincangan. Apabila mereka sudah tiba di bilik perbincangan, mereka pun melabuhkan punggung di atas kerusi beroda.

      "Ok.. Kak Eki rasa, tak perlulah sembunyikan diri daripada Si Ririnda tu. Lagipun, Akak dapat tahu sedikit info tentang dia. Dia jadi macam tu sebab kematian adik kembar dia. Jadi..", Kak Eki menjelaskan.

      Namun, Syaz mencelah dalam penjelasan Kak Eki,"Aikk?! Saya tak tahu apa-apa pun yang dia ada adik kembar? Bukan ke, adik dia tu cuma Emylia je.. ke?".

      "Itu adik angkat lah.. kisah silam lalu! Adik kembar dia ditukarkan dengan adik angkat iaitu bukan anak dalam kalangan raja tapi anak golongan rakyat. Namanya, Erizakie Lenrinto. Diaorang tu anak diraja pada masa dulu.. Akak dulu berasal dari Bandar Na'Shingeki atau Bandar Kerajaan Biru. Dulu, kecoh sebab anak diraja hilang satu lagi pasangan kembar", omel Kak Eki.

      "Hilang?!! Anak diraja?!! Mustahil lah..", kata Syaz dengan tercengang.

      "Tiada mustahil. Akak dah lama tahu pasal perkara ni. Tapi, kenapa baru sekarang imbas kembali memori lalu. Tak mungkin.. ada peristiwa lain juga berlaku dahulu..", balas Kak Eki.

      "Habis itu? Apa perancangan kita? Nak lawan macam tu je, ke?", soal Hani.

      "Tak, Cahaya dan Fifi.. bahagian serangan utama. Syaz dan Hani pula bahagian serangan kedua..", jelas Kak Eki.

      "Serangan kedua? Akak..", Syaz mengomel.

      "Eh, Abang Syaz kan pandai taekwendo! Takkan dengan Si Ririnda tu, abang dah nak mengalah. Ishh!!", perli Hani.

      "Ok lah.. Kalisa pula, bahagian senjata dan alat canggih. Mutiara dan Hani juga turut bantu Kalisa dan korang mengawal keadaan sekeliling, tau! Rizq dan Dhafiz, kamu berdua dalam bahagian plan dan strategi, dapat?", bincang Kak Eki.

      "Dapat!!!!", jawab mereka serentak dengan begitu keyakinan.

      "Kak! Adik rasa macam tak sedap hati lah pula! Kak Ririnda ada sekitar kawasan ni lah.. Macam mana nak lawan? Senjata pun takde..", ujar Cahaya.

      Kak Eki menekan butang pintu misteri. Pintu itu terbuka dengan sendiri. Mereka kelihatan tercengang dan kagum apabila melihatnya. Hani sangat suka apabila melihat ada banyak koleksi senjata yang disimpan oleh Kak Eki. Kak Eki menunjukkan pelbagai senjata yang disimpan  sejak dia menganggotai Skuad Angkatan Siber semasa usia 16 tahun lagi.

      "Hah?!!! Banyaknya senjata tu!", terkesima Rizq.

      "Apa? Rizq ingat akak baru masuk Skuad Angkatan Siber, ke? Akak mula masuk sejak akak usia 16 tahun lagi..", kata Kak Eki.

      "Jadi.. akak tak bersekolah ke masa tu?", soal Syaz.

      "Eh, kan masa tu ada serangan misteri kat Bandar Kerajaan Biru dulu, kan? Sekolah dah musnah, macam mana nak belajar, kan Kak Eki", jawab Fifi.

      "Uh? Hah.. betul!", Kak Eki seperti teringat kembali memori lalu.

      Sebenarnya, Kak Eki dihantar ke Pusat Pertahanan Skuad Angkatan Siber dengan paksaan ayahnya atas kehilangan adik bongsu lelaki Kak Eki seperti peristiwa Cahaya. Adiknya, Eren Fazreen yang diculik dengan sekelip mata. Eren masih kecil dan bayi pada ketika itu. Kak Eki benar-benar tidak mahu untuk menyertai.

      Tetapi setelah menjalani latihan dengan penuh kental pada usia 17 tahun, dia berjaya mengalahkan 20 orang Skuad Angkatan siber dalam Seni Pertahanan Karate. Dia mula dinobatkan sebagai Ketua Skuad Angkatan Siber pada usia 18 tahun. Walaupun masih muda namun, dialah paling mahir dalam tindakan serangan yang terpantas.

      Nampaknya, tiada sesiapa yang boleh menduduki carta ranking paling teratas kecuali Kak Eki. Kak Eki mula dapat tugasan yang banyak dan berjaya selesaikannya pada usia 19 tahun sehinggalah sekarang. Kak Eki bakal dianugerahkan sebagai Ketua Pengerusi Senior Skuad Angkatan Siber. Nampaknya, tiada sesiapa yang akan memegang pangkat "Ketua" lagi.

      Sekiranya, ahli-ahli tersebut perlu menjumpai Kak Eki untuk menjalani latihan paling mencabar. Semua ahli-ahli takut akan ketegasan Kak Eki walaupun dia lah paling muda dalam kalangan ahli-ahli Skuad Angkatan Siber. Kak Eki semakin sibuk selepas menjaga keselamatan adik-adik angkat disebabkan serangan yang pernah berlaku di Taman Floral Siber.

      "PRAAAAAAANNNNGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!".

      "Ah?!!!! Bunyi apa tu!?", Cahaya terkejut seperti sesuatu berlaku.


  Muka Surat : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6  

------------------------------------------------------------------------------

Sinopsis 

      Kak Eki dan Kak Uki masih belum pulang ke kediamannya untuk membantu Cahaya demi mencari Aris. Mereka merantau semata-mata urusan sebegitu. Khabarnya, Mutiara baru sahaja nampak wajah seorang budak lelaki yang mirip dengan wajah Aris. Cahaya masih kebingungan. Dhafiz dan Rizq juga turut membantu.

      Namun, di sebalik pencarian Aris telah menimbulkan masalah besar antara mereka berdua. Kemunculan Ririnda yang berusaha untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya serta ingin rampas Permata Berlian Siber dan ingin takluki Bandar Siber Metropolitan atau nama khasnya Trukyi-Do Cyber.

 Apakah tujuan sebenarnya untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya?
 Dapatkah Cahaya menentang musuh barunya?
 Berjayakah Kak Eki dan Kak Uki mencari Aris selama 6 bulan merantau?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...