12 Mei 2013

Novel : Ke Mana Hilangnya Aris? (Part 1)



------------------------------------------------------------------------------
Bab 1: Kisah Silam Lalu? 

      Pada pagi yang sejuk didatangi angin sempoi-sempoi bahasa telah membelai pada tubuh Cahaya. Cahaya hanya keseorangan diri di ruang istirehat dalam kediaman rumah Kak Eki dan Kak Uki. Cahaya agak kekok dengan suasana baru apabila dia tiba rumah Kak Eki dan Kak Uki. Cahaya baru sahaja mengenali rakan-rakan yang menetap bersama-sama antaranya Rizq, Rin, Syaz, Fifi, Hani, Dhafiz, Mutiara dan Kalisa. Mereka sudah 6 tahun menetap bersama.

      Kecuali Dhafiz, Mutiara dan Kalisa. Kalisa baru sahaja menetap disebabkan dia tidak mempunyai kediaman dan telah tersesat di Bandar Siber Metropolitan. Manakala, Dhafiz dan Mutiara sudah menetap bersama selama 10 bulan kerana mereka juga berasal dari tempat lain dan bukan menetap di bandar ini. Kak Eki dan Kak Uki pula sudah lama menetap bersama-sama selama 14 tahun. Walaupun mereka bukan adik-beradik atau cuma keluarga angkat tetapi mereka berdua tetap gembira ketika bersama.

      Dalam mengelamun juga, Cahaya terimbau kembali kenangan dahulu semasa bermain bersama Aris. Aris merupakan satu-satunya adik bongsu lelaki kepada Cahaya. Ibubapa telah lama pergi meninggalkan sejak usia Aris 2 tahun lagi. Cahaya masih kecil dan tidak tahu apa-apa mengenai hidupnya. Dia dihantar ke sekolah oleh ibu saudaranya. Semasa Cahaya berada di tadika sekolah, Cahaya terdengar deringan loceng sekolah. Ini menandakan kecemasan sedang berlaku.

      Cahaya diam terkaku. Guru tadika memberi jeritan supaya melarikan diri bersama-sama. Kebakaran sekolah berlaku akibat tumpahan cecair di dalam makmal. Api semakin marak. Apabila Cahaya ternampak api tersebut maka, Cahaya lari sepantas yang boleh untuk menyelamatkan dirinya. Cahaya sudah jauh melarikan diri. Jauh dari kawasan sekolah. Kelibat sekolah entah ke mana, Cahaya kini tersesat. Cahaya hanya mampu merayau-rayau dan tidak pernah mengeluh setiap tindakannya. Cahaya mula mengomel sendirian.

      "Ke manalah, saya nak merayau ni? Apakah saya ni tersesat? Kalau ada mama dan papa, pasti saya tak macam ni. Mama, papa... kakak rindu mama, papa, Aris... Hmm...", Cahaya hanya tunduk semasa berjalan.

      Tiba-tiba, bunyi hon yang kuat menyebabkan Cahaya terkedu. Lalu dirinya disapa oleh pemandu tersebut. Mujurlah, pemandu tersebut adalah perempuan berhijab. Dia menanya sambil mengukir senyuman manisnya.

      "Eh, adik ni nak ke mana? Nama Akak, Eisya. Adik ni macam tersesat jauh, kan? Adik ada ibubapa?", soal Kak Eisya.

      "Mama, papa.....dah takde!!! Huuuwwaaaaarrggg!!", Cahaya menangis teresak-esak.

      "Eh..? Ok..macam ni. Biar Akak je asuhkan adik ye?", pujuk Kak Eisya.

      Kak Eisya mempelawa Cahaya dengan mesra agar Cahaya boleh menaiki kereta untuk pulang ke Kuala Lumpur. Apabila memandang Cahaya semula, Kak Eisya bertegur sapa kembali. Dia ingin membuatkan Cahaya terus ceria. Walaupun dia sudah bertahun-tahun menyara kanak-kanak namun, dia perlu tahu identiti mereka.

      "Dik...adik, siapa nama? Akak belum tahu..", soal Kak Eisya.

      "Cahaya. Elyssa Cahaya binti Al-Harris. Usia 5 tahun", ujar Cahaya.

      "Emm.. ", Kak Eisya hanya mendiamkan dirinya sahaja.

      Selama 5 jam, akhirnya mereka tiba di rumah. Kak Eisya mula menjemput Cahaya turun untuk melihat suasana dalam rumah. Ketika itu, rumah hanya didiami oleh Kak Eisya sahaja. Cahaya hanya menetap di situ selama 1 tahun kerana dia rindukan Aris. Kak Eisya terpaksa menghantarnya pulang. Mujurlah, ibu saudaranya tidak khuatir akan keselamatan Cahaya kerana Cahaya dijaga dengan baik oleh Kak Eisya.

      Selepas 2 tahun, bandar Orkeed kucar-kacir akibat kedatangan pedatang asing yang misteri. Sekali lagi, Cahaya melarikan diri kerana rumahnya telah dipecah masuk oleh pedatang asing misteri. Lelaki misteri itu sering peras ugut untuk dapatkan wang serta barang kemas. Jika tidak, kanak-kanaklah yang menjadi mangsa kepadanya iaitu menculik dan membawa lari.

      Kini, Aris sudah jatuh ke tangan penjahat tersebut. Apabila penjahat tersebut cuba menculik Cahaya namun, Cahaya berjaya memboloskan dirinya dengan menaiki teksi. Entah apa yang terjadi pada mereka. Cahaya tiba di Kuala Lumpur. Cahaya merasakan dirinya masih dikejar oleh lelaki misteri itu. Sudah jauh  Cahaya melarikan diri. Akhirnya, dia terselamat.

      Tetapi, Cahaya masih dalam keadaan berlari. Sehinggalah dia penat dan jatuh terjerungkup. Cahaya mendapati bahawa dirinya berada dalam kawasan perumahan. Cahaya berada di Taman Floral Siber. Apabila dia mendongak ke atas. Terlihat kelibat seorang gadis berhijab sedang menghulurkan tangannya untuk menolong Cahaya. Cahaya seperti kenal wajah gadis itu. Tapi dilupakannya.

      "Adik, siapa nama?" soal gadis itu.

      "Cahaya.. nama Akak... Eisya, ke?" teka Cahaya.

      "Eh!? Macam mana Cahaya tahu?", terkejut gadis itu.

      "Saya pernah terserempak dengan Akak.. dulu..", ujar Cahaya dengan senyuman manisnya.

      "Oh, begitu ceritanya.." gadis itu hanya menggangguk kepala berkali-kali.

      Mereka masuk ke dalam rumah. Nampaknya, suasana dalam rumah sangat bising. Rupa-rupanya, ada 9 orang yang menetap bersama-sama. Tetapi, siapakah mereka semua? Cahaya mula meggaru kepala yang tidak gatal. Cahaya menarik baju Kak Eki. Mukanya yang masam serta murung membuatkan Kak Eki termenung.

      "Kenapa ni, Cahaya? Cahaya... jangan takut, ye?", pujuk Kak Eki.

      "Cahaya panggil Akak, Kak Eki..ye?", Kak Eki tersenyum ayu kepada Cahaya.

      "Emm..okay. Tapi..siapakah mereka semua? Nampak ceria lah mereka tu!!", terkeluar soalan itu daripada mulut Cahaya.


 Muka Surat : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 

------------------------------------------------------------------------------

Sinopsis 

      Kak Eki dan Kak Uki masih belum pulang ke kediamannya untuk membantu Cahaya demi mencari Aris. Mereka merantau semata-mata urusan sebegitu. Khabarnya, Mutiara baru sahaja nampak wajah seorang budak lelaki yang mirip dengan wajah Aris. Cahaya masih kebingungan. Dhafiz dan Rizq juga turut membantu.

      Namun, di sebalik pencarian Aris telah menimbulkan masalah besar antara mereka berdua. Kemunculan Ririnda yang berusaha untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya serta ingin rampas Permata Berlian Siber dan ingin takluki Bandar Siber Metropolitan atau nama khasnya Trukyi-Do Cyber.

 Apakah tujuan sebenarnya untuk menghapuskan Dhafiz dan rakan-rakannya?
 Dapatkah Cahaya menentang musuh barunya?
 Berjayakah Kak Eki dan Kak Uki mencari Aris selama 6 bulan merantau?

2 ulasan:

Vanila98 berkata...

Oooooo sambung tau~ XD Thank you sebab sudi ambil watak kembar tak comel saya XD

Eh eh, agaknya kenapa si dia nak hapuskan diaorng ni ya? ;O wow suspen ni suspen! XD XD

Rara Ariiqin berkata...

Hehehe, OK! Sama-sama ^_^ Jumaat dan Sabtu nanti Ikin akan sambungkan novelnya :D

Klu Sinopsis :

Syaz'Fang meminta Rin mengantikan tempatnya dalam perlawanan taekwendo. Perlawanan itu melibatkan antara Riana Erin (Rin) dengan Emylia Ririnda iaitu adik kepada Elizanie Ririnda. Rin terpaksa melakukannya dengan bersungguh-sungguh kerana Rin adalah tempat penganti Syaz'Fang. Sementara itu, Syaz'Fang terlibat dalam misi yang tidak diketahui. Waktu terakhir, Emylia jatuh tersungkur. Nampaknya Emylia bakal kekalahan. Emylia terus berusaha kerana dia pernah mencabar Rin untuk sahut cabaran jikalau dia inginkan persahabatannya antara Rin, Rizq dan Syaz'Fang terus kekal.

Jika gagal, Syaz'Fang adalah hak miliknya. Rin tidak mahu rakan baiknya jatuh ke tangan Emylia. Emylia bangkit dan menerkam ke arah Rin. Malangnya, Rin sempat mengelak dan Emylia terkeluar dari gelanggang dan dia jatuh terhantuk pada lantai. Emylia mengalami hantukan yang kuat yang menyebabkannya mati. Gegaran otaknya tiada harapan untuk Emylia teruskan hidup. Akhirnya, Ririnda telah marah dan akan balas dendam pada Rin dan rakan-rakan Rin sekelilingnya kecuali Syaz'Fang kerana Ririnda tidak mahu hampakan impian Emylia..

Sejak itulah, Kak Eki selalu mempertahankan mereka dan Ririnda terpaksa berundur kerana Kak Eki adalah tentera yang paling tegas dan disegani. Ririnda mungkin tiada peluang untuk balas dendam tetapi dia akan berusaha demi mempertahankan kematian adiknya. Namun, Ririnda sudah berjaya mengupah seorang pemuda misteri yang bakal menentang mereka. Apakah kesudahannya? Nantikannya!! >.<

Diambil dari --> [ NOVEL : Aku Akan Hapuskan Kau!! ] (Bakal siap tahun depan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...