1. Jadikan sebagai komitmen
Seperti matlamat lain yang ingin anda capai untuk menurunkan berat badan adalah satu komitmen yang perlu dilakukan dengan sepenuh hati. Pertama, fikirkan kenapa anda ingin menurunkan berat badan? Tentulah untuk kepuasan diri anda sendiri dan bukanlah untuk orang lain. Ini memerlukan oerubahan drastik terhadap rutin makan, aktiviti harian dan tabiat yang menjadi kebiasaan.
2. Dapatkan sokongan emosi
Anda perlukan sokongan daripada pasangan, ahli keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja. Mereka perlu memahami bahawa anda ingin melakukannya dengan sepenuh hati.
3. Tetapkan matlamat yang realistik
Anda mahu hilang 20 kilogram dalam masa dua minggu? Itu tidak munasabah dan seharusnya berazam untuk berbuat demikian. Realistiklah dalam apa jua jangkaan atau anda akan hanya mengecewakan diri sendiri di kemudian hari.
4. Jadilah seorang yang aktif
Dengan bersenam selama 30 minit setiap hari, sebanyak empat kali seminggu dapat membantu menggandakan hasilnya. Cubalah berjalan atau berjoging di sekitar kawasan perumahan, 15 minit pada waktu pagi dan 15 minit lagi pada waktu petang.
5. Makan dengan sihat dan nikmatinya
Mengapa makan dengan sihat harus menjadi hidangan yang membosankan? Jika anda ingin mengurangkan berat badan dengan sihat dan menjaga berat badan, anda perlu mengamalkan tabiat pemakanan yang pada masa sama, masih membenarkan anda menikmati makanan tersebut. Jika tidak anda tidak akan terdorong untuk terus makan secara sihat. Wanita Malaysia disarankan untuk mengambil 2,000 kalori setiap hari. Manakala lelaki pula sebanyak 2,500 kalori setiap hari.
6. Ubah gaya hidup anda
Ya, anda telah pun mula mengubah gaya hidup anda seperti pemakanan dan aktiviti fizikal. Strategi penurunan berat badan yang berjaya bermakna anda mengubah cara hidup dan pemikiran.
Sumber Inspirasi : Akhbar Mingguan Malaysia (Kesihatan & Kecantikan)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan