Hai, semua! Apa khabar.. sihat? Hah.. seperti dijanjikan dalam entri yang 4 hari lepas (29 Julai). Ikin dah janji yang Ikin nak tunjukkan kad raya yang Ikin design sendiri. Ikin minat dalam bidang kreativiti terutamanya dalam mengedit dan mendesign menggunakan Microsoft Word sahaja. Pada mulanya, Ikin tak terfikir nak buat kad raya sendiri tapi bila tengok kad raya dijual, rasa cemburu pula. Jadi apa kata, Ikin belajar buat sendiri, kan? Ibubapa Ikin lah yang menyokong dan mendorong Ikin untuk capai kejayaan dalam menyiapkan proses pembikinan kad raya sendiri. Nak tengok hasilnya? Lihat foto-foto di bawah, okay?
Kad raya berlatarkan warna ungu
Kad raya berlatarkan warna merah, merun, ungu, biru dan hijau
Ikin mula-mula buat kad raya sendiri tujuannya untuk hantar kat kawan-kawan tapi.. tak tahu nak bagi siapa? Baru seorang je yang Ikin dapat hantarkan kad raya kepada rakan sekelas Ikin iaitu Ahmad Nabil (adik comel). Lagi satu kat Izlyn Hazmira, tapi tak sempat siapkan. Jadi, terlepas nak hantar. Kiranya Ikin buat untuk suka-suka je. Tapi, pada masa tu juga, kawan-kawan sekelas Ikin serbu nak tengok kad raya yang Ikin buat. Diaorang sarankan supaya jual kad raya. Hahaha.. Pada mulanya, takde niat pun nak jual kad raya. Lepas itu, 2 orang kawan sekelas Ikin senyap-senyap tempah kad raya dengan Ikin. Buat bisnes, hohoho!!! Okay, jangan nak over sangat. 2 tempahan? Kena siapkan lah nampaknya, hari ini (2 Ogos 2013) terlewat pergi sekolah. Huhu.. mujurlah ada bacaan surah Yassin. Tergesa-gesa wo.. nak print kad raya semua tu. Ikin guna High Quality untuk printkan kesemua tempahan kad raya tu. Aduh, deh.. Bagi diaorang, lawa-lawa lah kiranya. Hakikatnya.. pada Ikin masih macam.. waaarrrghhh!!! Ada stroke putih. Kena minta tunjuk ajar dengan abah lah. Lepas itu, semuanya nak beli kad raya Ikin. Ikin cakaplah kad raya dah habis sebab ada orang dah buat tempahan. Diaorang terus tempah kad raya dengan Ikin. Banyaknya tempahan, oo!! Lebih kurang dekat 60 kot?? Hah?!! Tapi, inilah rezeki tak disangka-sangka daripada Allah, kan? Terima kasih, Ya Allah.. (bersyukur). Nampaknya kena senaraikan kat sinilah. Kena siapkan selepas minggu kedua raya. Setiap satu kad berharga RM 0.50. Maaf, tempahan hanya untuk dalam kalangan rakan sekolah je.
Senarai Tempahan
Nama Farhana Azhar
Pilihan Warna Merun (10) dan Ungu (7)
Gambar/kartun Upin & Ipin
Tag rakan RAHSIA
Jumlah 17 kad raya (RM 8.50)
Nama Ain Hidayah
Pilihan Warna Ungu (5) dan Biru (5)
Pilihan Warna Ungu (5) dan Biru (5)
Gambar/kartun Upin & Ipin dan Boboiboy (Berbeza-beza kad raya)
Extra Kad raya warna biru (1), letak tag nama rakan RAHSIA
Jumlah 10 kad raya (RM 5.00)
Nama Balqis Kashfi
Pilihan Warna Ungu (3), Hijau (3) dan Merun (7)
Nama Balqis Kashfi
Pilihan Warna Ungu (3), Hijau (3) dan Merun (7)
Gambar/kartun Upin & Ipin
Tag rakan RAHSIA
Jumlah 13 kad raya (RM6.50)
Nama Masturina Zulkefli
Pilihan Warna Merah Jambu (1), Ungu (4) dan Hijau (5)
Pilihan Warna Merah Jambu (1), Ungu (4) dan Hijau (5)
Gambar/kartun Upin & Ipin
Tag rakan RAHSIA
Jumlah 10 kad raya (RM 5.00)
Nama Najwa Syuhada
Pilihan Warna Merah Jambu (1), Biru (2), Kuning (takde) [Biru-Ungu] dan Ungu (2)
Pilihan Warna Merah Jambu (1), Biru (2), Kuning (takde) [Biru-Ungu] dan Ungu (2)
Gambar/kartun Boboiboy
Extra Letak ayat kad raya (RAHSIA)
Jumlah 6 kad raya (RM 3.00)
Nama Ain Fatirah
Pilihan Warna Ungu (4)
Pilihan Warna Ungu (4)
Gambar/kartun Boboiboy dan Upin & Ipin
Jumlah 4 kad raya (RM 2.00) [SUDAH BAYAR]
Nama Husnina Auni
Pilihan Warna Biru-Hijau (1)
Pilihan Warna Biru-Hijau (1)
Gambar/kartun Upin & Ipin
Jumlah 1 kad raya (RM 0.50)
Gambar/kartun Upin & Ipin
Nama Adila Lotfi
Pilihan Warna Merun (1)
Pilihan Warna Merun (1)
Jumlah 1 kad raya (RM 0.50) [BELUM BAYAR]
All this backgrounds credit to Fiqah Yassin
Khat 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'
(Klik untuk lihat lebih jelas)
Gambar atau kartun
Oklah, itu sahaja Ikin nak sampaikan dalam entri ni. Nanti, Ikin update tentang adik sebaya kesayangan Ikin. Itupun kalau sempat. Tak lama lagi nak raya, kan? Hoorey!!! Sukanya saya. Teringin nak makan lemang dan rendang daging. Urmm.. lapar pula. Hahaha.. puasa, puasa. Jumpa lagi! Assalamualaikum.. ^ω^ #smile
Bahan Kreativiti Ikin Asyiqin (Kad Raya)
Latar Belakang Kad Raya
All this backgrounds credit to Fiqah Yassin
Khat 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'
(Klik untuk lihat lebih jelas)
Khat sebelah kiri (without stroke) dan khat sebelah kanan (with stroke-color)
Pelita Buluh versi kartun
(with stroke-color)
Gambar atau kartun
Animasi yang menyambut Hari Raya sahaja (with stroke-color)
2 ulasan:
Selamat Hari Raya Ikin~! :D
Waaahhh! cantik sangat kad2 raya tu ;D Tapi kenapa murah sangat? 50 sen je? Mahalkanlah sikit sebab cantik XD kalau saya, saya buat,... satu Rm.1 XD
@Fiqah Yassin
Selamat Hari Raya juga, Kak Fiqah! =D Mula-mula, ikut harga 'standard'. 4 keping=RM2.00 . Tahun depan, InsyaAllah.. baru 4 keping=RM4.00 . Belum improve lagi, bahagian kad tu. Ehehehe.. nanti nak buat kad hari jadi pula.
Catat Ulasan