3 Ogos 2013

Projek Ramadhan Bahagian 2 : Buat Kad Raya



Hai, semua! Apa khabar.. sihat? Hah.. seperti dijanjikan dalam entri yang 4 hari lepas (29 Julai). Ikin dah janji yang Ikin nak tunjukkan kad raya yang Ikin  design  sendiri. Ikin minat dalam bidang kreativiti terutamanya dalam mengedit dan mendesign menggunakan Microsoft Word sahaja. Pada mulanya, Ikin tak terfikir nak buat kad raya sendiri tapi bila tengok kad raya dijual, rasa cemburu pula. Jadi apa kata, Ikin belajar buat sendiri, kan? Ibubapa Ikin lah yang menyokong dan mendorong Ikin untuk capai kejayaan dalam menyiapkan proses pembikinan kad raya sendiri. Nak tengok hasilnya? Lihat foto-foto di bawah, okay?

Kad raya berlatarkan warna ungu

Kad raya berlatarkan warna merah, merun, ungu, biru dan hijau

Ikin mula-mula buat kad raya sendiri tujuannya untuk hantar kat kawan-kawan tapi.. tak tahu nak bagi siapa? Baru seorang je yang Ikin dapat hantarkan kad raya kepada rakan sekelas Ikin iaitu Ahmad Nabil (adik comel). Lagi satu kat Izlyn Hazmira, tapi tak sempat siapkan. Jadi, terlepas nak hantar. Kiranya Ikin buat untuk suka-suka je. Tapi, pada masa tu juga, kawan-kawan sekelas Ikin serbu nak tengok kad raya yang Ikin buat. Diaorang sarankan supaya jual kad raya. Hahaha.. Pada mulanya, takde niat pun nak jual kad raya. Lepas itu, 2 orang kawan sekelas Ikin senyap-senyap tempah kad raya dengan Ikin. Buat bisnes, hohoho!!! Okay, jangan nak over sangat. 2 tempahan? Kena siapkan lah nampaknya, hari ini (2 Ogos 2013) terlewat pergi sekolah. Huhu.. mujurlah ada bacaan surah Yassin. Tergesa-gesa wo.. nak print kad raya semua tu. Ikin guna  High Quality  untuk printkan kesemua tempahan kad raya tu. Aduh, deh.. Bagi diaorang, lawa-lawa lah kiranya. Hakikatnya.. pada Ikin masih macam.. waaarrrghhh!!! Ada stroke putih. Kena minta tunjuk ajar dengan abah lah. Lepas itu, semuanya nak beli kad raya Ikin. Ikin cakaplah kad raya dah habis sebab ada orang dah buat tempahan. Diaorang terus tempah kad raya dengan Ikin. Banyaknya tempahan, oo!! Lebih kurang dekat 60 kot?? Hah?!! Tapi, inilah rezeki tak disangka-sangka daripada Allah, kan? Terima kasih, Ya Allah.. (bersyukur). Nampaknya kena senaraikan kat sinilah. Kena siapkan selepas minggu kedua raya. Setiap satu kad berharga RM 0.50. Maaf, tempahan hanya untuk dalam kalangan rakan sekolah je.


 Senarai Tempahan 

 Nama  Farhana Azhar
 Pilihan Warna  Merun (10) dan Ungu (7)
 Gambar/kartun  Upin & Ipin
 Tag rakan  RAHSIA
 Jumlah  17 kad raya (RM 8.50)

 Nama  Ain Hidayah
 Pilihan Warna  Ungu (5) dan Biru (5)
 Gambar/kartun  Upin & Ipin dan Boboiboy (Berbeza-beza kad raya)
 Extra  Kad raya warna biru (1), letak tag nama rakan  RAHSIA
 Jumlah  10 kad raya (RM 5.00)

 Nama  Balqis Kashfi
 Pilihan Warna  Ungu (3), Hijau (3) dan Merun (7)
 Gambar/kartun  Upin & Ipin
 Tag rakan  RAHSIA
 Jumlah  13 kad raya (RM6.50)

 Nama  Masturina Zulkefli
 Pilihan Warna  Merah Jambu (1), Ungu (4) dan Hijau (5)
 Gambar/kartun  Upin & Ipin
 Tag rakan  RAHSIA
 Jumlah  10 kad raya (RM 5.00)

 Nama  Najwa Syuhada
 Pilihan Warna  Merah Jambu (1), Biru (2), Kuning (takde) [Biru-Ungu] dan Ungu (2)
 Gambar/kartun  Boboiboy
 Extra  Letak ayat kad raya (RAHSIA)
 Jumlah  6 kad raya (RM 3.00)

 Nama  Ain Fatirah
 Pilihan Warna  Ungu (4)
 Gambar/kartun  Boboiboy dan Upin & Ipin
 Jumlah  4 kad raya (RM 2.00) [SUDAH BAYAR]

 Nama  Husnina Auni
 Pilihan Warna  Biru-Hijau (1)
 Gambar/kartun  Upin & Ipin
 Jumlah  1 kad raya (RM 0.50)

 Nama  Adila Lotfi
 Pilihan Warna  Merun (1)
 Gambar/kartun  Upin & Ipin
 Jumlah  1 kad raya (RM 0.50) [BELUM BAYAR]


    
Bahan Kreativiti Ikin Asyiqin (Kad Raya)


 Latar Belakang Kad Raya 

      

      

      

      

      
All this backgrounds credit to  Fiqah Yassin 


 Khat 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' 

   

(Klik untuk lihat lebih jelas)
Khat sebelah kiri (without stroke) dan khat sebelah kanan (with stroke-color)

 Pelita Buluh versi kartun 


(with stroke-color)

 Gambar atau kartun 

   
Animasi yang menyambut Hari Raya sahaja (with stroke-color)
    


Oklah, itu sahaja Ikin nak sampaikan dalam entri ni. Nanti, Ikin update tentang adik sebaya kesayangan Ikin. Itupun kalau sempat. Tak lama lagi nak raya, kan? Hoorey!!! Sukanya saya. Teringin nak makan lemang dan rendang daging. Urmm.. lapar pula. Hahaha.. puasa, puasa. Jumpa lagi! Assalamualaikum.. ^ω^ #smile

2 ulasan:

Vanila98 berkata...

Selamat Hari Raya Ikin~! :D
Waaahhh! cantik sangat kad2 raya tu ;D Tapi kenapa murah sangat? 50 sen je? Mahalkanlah sikit sebab cantik XD kalau saya, saya buat,... satu Rm.1 XD

Rara Ariiqin berkata...

@Fiqah Yassin

Selamat Hari Raya juga, Kak Fiqah! =D Mula-mula, ikut harga 'standard'. 4 keping=RM2.00 . Tahun depan, InsyaAllah.. baru 4 keping=RM4.00 . Belum improve lagi, bahagian kad tu. Ehehehe.. nanti nak buat kad hari jadi pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...