19 Ogos 2013

Tips : Bila Target Dicapai, Benda Lain Buat Masalah?!


     Apa khabar, semua? Mood bad / happy? Share dengan Ikin. Heheh.. Setiap orang mesti mempunyai target dan impian untuk dicapai, kan? Tak kiralah melibatkan wang ke.. otak ke, aaa..~ macam-macamlah. Dapatkah korang capai target atau impian tersebut? Ataupun hanya angan-angan sahaja..?

Tips Untuk Capai Target 
1. Buat senarai  terlebih dahulu *ini wajib!
2. Cuba capai satu target. Jika tidak boleh, rujuk senarai target semula.
3. Fikir secara mendalam, sama ada target kita.. adakah begitu mudah ataupun sukar?
4. Dahulukan target mudah, lakukan secara perlahan-lahan dan sabar.
5. Sekiranya target anda berjaya, anda 'tick' kan SELESAI!
6. Sekiranya juga anda tidak berjaya melakukannya. Anda perlu berusaha, berusaha dan berusaha lagi. Kerana.. usaha itu merupakan tangga kejayaan..! Kan, kan, kan?

Target Terbahagi kepada 3 
1. Melibatkan kewangan
2. Melibatkan daya pemikiran dan minda (otak) seseorang
3. Melibatkan keupayaan seseorang
4. Ada lagi ke..?? Ha! Pandai-pandailah korang pikir sendiri..


Target Melibatkan Kewangan 
 Contohnya, korang nak beli sesuatu. Tapi, korang takde duit. Macam mana korang nak beli? Takkan korang cari ikhtiar dengan cara meminta-minta wang dengan ibubapa? Malu lah sikit.. Duit ibubapa untuk masa hadapan kita. Kalau nak beli tu, carilah jalan penyelesaian cara nak kumpul duit sedikit demi sedikit, lama-lama jadi gunung. Hahah!! Ubah pepatah sikit~ Dengan cara apa? Aha!! Tengok klip video khas daripada Yaya! (terbitan siri Apa Kata Yaya! oleh Animonsta Studios)..

Sila tonton.. untuk pengetahuan lanjut, ye?

Jadi.. rajin-rajinlah menyimpan duit saku. Tak susah pun, kumpul RM 1 untuk satu hari, kan? Nanti.. boleh beli barang guna duit sendiri.. tak perlu susahkan ibubapa kita. Ini untuk memupuk amalan berdikari korang.


Target Melibatkan Daya Pemikiran dan Minda (Otak) Seseorang 
 Hah?! Aha!! Apa target kita sebagai blogger? Nakkan banyak follower, kan? Nak design blog cantik-cantik, kan? Nak kita jadi blogger yang kreatif dan berimaginasi jauh, kan? Macam-macamlah yang kita nak.. betul tak? Jadi, tak susah pun. Korang ke cari inspirasi dan gabungkannya.. maka, korang akan dapatkan capai target korang, okay?


Target Melibatkan Keupayaan Seseorang 
 Seperti Dato' Lee Chong Wei, jaguh pemain badminton Malaysia kita tu..~ Beliau bertekad nak kalahkan Lin Dan iaitu pemain handal dari China. Beliau (Lee) akan berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti kegagalannya. Walaupun bukan rezekinya untuk memenangi pingat ataupun tidak, tetapi beliau tidak berputus asa. Olahraga bagi OKU ada. Walaupun mereka.. OKU, namun semangat mereka begitu kental untuk merangkul pingat-pingat yang membawa kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia. Siapa sangka? Itu adalah rezeki mereka.. (?) Kan? Jadi, kalau kalah dalam sukan ke.. acara ke.. atau sebagainya. Jangan cepat mengaku kalah. Kalau target atlet adalah ingin mengharumkan dan membanggakan nama negara, apatah lagi kita? Target atlet-atlet bukan mudah untuk mengapainya. Begitu mudah bagi kita, tetapi mereka begitu perit untuk berusaha. Berikan sokongan dan semangat! ^ω^


Apa kaitan tajuk akhir "Benda Lain Buat Masalah?!"
 Hah! Sebab.. ada je tak menjadi, bila kita buat sesuatu. Macam nak marah, bengang, stress!! Dan nak pecah otak jadinya, kan? Hadapi semua itu. aarrghh! Tak boleh, kan? Macam Ikin juga.. target nak beli nombor henpon dah capai, cuma henpon (Yaya_Fang) Ikin tu menggila sekejap. Sekejap tu tak tau lah bila..? Melepaslah nak simpan lagu mp3. dalam henpon Ikin tu.. Menyesal tak kesudahannya..~ Mujurlah sabar.. kan? Hmm..

Berfikir sebelum bertindak. Utamakan langkah-langkah dengan cara bijak!

Jumpa lagi! Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...