11 Mac 2013

Nak joinlah Skuad Boboiboy!


Barangan Skuad Boboiboy

 Kelab Keahlian Skuad Boboiboy telah dilancarkan pada Disember 2012 lalu. Sehingga kini Skuad Boboiboy telah mempunyai rakan ahli lebih dari 5,000 orang. Kelab ini ditubuhkan bagi tujuan menghargai sokongan peminat-peminat dan memberi pelbagai faedah. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan untuk rakan ahli sertai.

Syarat-syarat penyertaan

 Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang meminati Boboiboy.
 Umur 5 tahun hingga 18 tahun. Haruslah mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga dalam bentuk tulisan.
 Yuran keahlian sebanyak RM15 seorang untuk seumur hidup.

Bagaimana nak mendaftar

 Mendaftar terus di mana-mana acara Boboiboy.
 Pendaftaran secara online. Melayari www.monsta.com atau www.facebook.com/boboiboy atau emailkan kepada skuadbbb@animonsta.com.
 Bagi pendaftaran secara online, kos penghantaran kit keahlian Skuad Boboiboy sebanyak RM8 akan dikenakan.
 Slip pembayaran dan borang hendaklah dihantar melalui pos ke alamat ini:
Animonsta Studios Sdn.Bhd.,
G-03 SME Technopreneur Centre 3,Block 3740,
Cyber 8, Persiaran APEC 63500 Cyberjaya, Selangor.
 atau melalui email,skuadbbb@animonsta.com.

Faedah menjadi Skuad Boboiboy

 Percuma kad keahlian Boboiboy
 Percuma Baju T-Skuad Boboiboy
 Percuma pek permulaan pra bayar Tunetalk yang bernilai RM8
 Diskaun 10% bagi pembelian mana-mana produk Boboiboy dengan harga RM15 ke atas di butik Boboiboy atau di mana-mana acara yang disertai oleh Boboiboy
 Diskaun yuran kemasukan ke tempat berikut:
 Melaka Wonderland
 Lost World of Tambun, Ipoh
 Nur Ain Optometrist

:iconkittydividerplz::iconkittydivider2plz::iconkittydivider3plz::iconkittydivider4plz::iconkittydividerredplz: 

:3 Faedah akan dikemaskini oleh pihak Animonsta Studios
melalui Monsta Bulletin dalam Majalah Komik Boboiboy .... 


Sumber Inspirasi  Majalah Komik Boboiboy Isu 10

p/s: Yang pasti ibubapa Ikin mesti benarkan sebab itulah satu-satunya rancangan kegemaran Ikin! :D Takkanlah mereka nak halang apa yang Ikin minat, kan? Ibu Ikin tak kisah pun. Kalau boleh Ikin nak bayar yuran keahlian guna duit sendiri je.. Heheheh. Paling sedih , bila duit cepat lesap dari poket (habis berbelanja) yang bukan semata-mata produk Boboiboy. Macam beli alat tulis dan persekolahan..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...