10 Mac 2013

Barang kesayangan Ikin!!


Lalalala..kali ni atas permintaan Fara.
Sebab dia nak Ikin update pasal cerita menarik :3

Fail Keras ala-ala Beg
 Fail ni nampak kat luar je biasa.. Cuma ada sticker Ana Muslim . Well..Ikin kan minat Ana Muslim juga. Tak semestinya Boboiboy. Yang membezakan Boboiboy..animasi. Ana Muslim, majalah muslim.. Ikin beli beg fail ni guna duit sendiri je.. Ikin nak bawa beg fail ni masa Rombongan Lawatan sambil Belajar ke Kuala Terengganu. Beg fail ni agak feminim! Sebab.. ada corak bunga-bunga.

Ha! Tengok ni. Ada poster Boboiboy dan Fang! >.<
 Dalam beg fail ni siap hias lagi tau. Of course lah..sticker Ana Muslim dan poster karakter Boboiboy. Kat dalam sarung transparent tu Ikin letak semua poster A4 dan A3 dari kesemua Majalah Komik Boboiboy. Perasan tak, bawah poster (ada gambar Boboiboy, Fang dan Naga Bayang) tu ada macam sesuatu kan? Itulah gambar header blog Ikin. Saja je nak letak. Hahaha..  Alamak! Ada cermin mata Ikin kat situ.

Beg Rilakkuma Bear!
 Ikin suka beg ni sebab ruangan dalamnnya besar. Boleh letak macam-macam. Letak Action Figure Boboiboy boleh, novel boleh..Ipad pun boleh. Beg ni tampak feminim teens sikit. Ada dua pemegang dan satu lagi lagi sandang. Comel gitu.. :D

Beg feminim jenama Sasha
 Ikin suka beg feminim Sasha sebab ada dua kombinasi warna iaitu merah jambu dan putih. Beg ni hadiah sempena Birthday Ikin yang ke-13 tahun. Sayang rasanya kalau diserahkan pada orang lain, kan?

Jam, Henpon, Dompet feminim Ikin!
 Perasan tak dompet hitam tu? Sama macam dengan beg feminim Sasha tadi, kan?  Bukan beli dengan set sekali. Ikin beli dompet tu kat Perak. Kampung halaman Ikin kat Perak juga. Di Bagan Datoh , roda-roda kat Pasar Malam di Jeti, Perak masa balik kampung. Masa tu takde beg feminim Sasha lagi. Ikin beli dompet hitam tu waktu usia 12 tahun. Dompet merah jambu pula, Ikin beli kat Kompleks Pertama , Kuala Lumpur. Ikin beli masa umur 12 tahun juga. Henpon Samsung Corby 2 dan casing Hello Kitty pula.. Ikin tak beli henpon tapi abah Ikin yang belikan. Hahahaha!! Ingat lagi peristiwa tu (masa tu usia 12 tahun). Ikin sedih (kira merajuk ke?) sebab takde henpon. Tak kiralah saiznya kecil ke, kira ada juga. Malas nak ganggu henpon ibu Ikin. Abah pun beli. Masa tu kitaorang nak hantar abang sulung Ikin nak balik ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh (hantar kat stesen bas je sebab dia seronok naik bas). Casing tu pula, Ikin beli di Kompleks Pertama juga. Ikin pilih..of course lah warna merah jambu dan ungu (warna favourite Ikin!). Sebab tu adalah warna karakter Yaya (merah jambu) dan Fang (ungu). Jam tangan Slap pula.. tau tak Jam tangan Slap tu macam mana? Tali jam tu kalau pukul pada mana-mana, mesti akan bergulung. Tak yah beria nak lubang-lubang. Gerenti ketat!  Ikin beli masa bercuti dengan family kat Langkawi (usia 13 tahun). Warnanya mestilah merah jambu dan ungu. Sebab apa? Sebabnya macam casing juga.

Keychain kesayangan Ikin!
 Jom, Ikin nak cerita sikit ni!:D

 Keychain Strawberi  Ikin beli waktu nak balik kampung, keluarga Ikin ikut lalui Cameron Highlands. Rindunya!!! Sejuk dan dingin.. Ikin beli kat Kedai Cenderamata Cameron Highlands. Beli yang jenis lampu.

 Keychain Skateboard  Ikin pilih sebab Ikin minat skateboard! >3< Ikin pilih lepas tu, ada abang tu bagi kertas nak ukir nama apa. Ikin tulislah nama Ikin_BBBFang. Bukan ehem, ehem (faham-fahamlah).. eh.. tapi nama Boboiboy dan Fang. Kat belakang skateboard tu siap tulis 'Langkawi 2012' . Itulah kenangan kat Langkawi.

 Keychain Kasut Converse  Sama juga, beli kat Langkawi. Sukanya!! >3< Masa umur 12 tahun, ada cikgu tu tegur pasal keychain Kasut Crocks Ikin, " Haihh..kasut siapalah yang awak bawa ni.." .Kasut? Bukan keychain ke cikgu? Heheheh..sengih semacam je. Kasut pun kasutlah. Janji Style!! Heheh..

 Keychain Gitar ala-ala Sape  Ni hadiah sempena kepada sesiapa yang dapat jawab semua soalan dengan betul. Cikgu Effa (orang panggil cikgu tu Cikgu Comel / Chumell) yang belikan. Ikin dapat jawab semua juga dengan betul. Ikin pilih warna merah jambu sebab warna favourite Ikin..

 Keychain Sekolah SK Temin  Memandangkan Ikin dah jejak ke Alam Menengah, jadi masa Majlis Sekolah Rendah pasti ada kenangan untuk disimpan, kan? Cikgu SK Temin akan bagi pada setiap pelajar Tahun 6 2011 (je). Setiap orang akan dapat pencil case, keychain, mekanikal pensel (pensel picitlah) dan buku nota. Masa tu Ikin dapat pencil case warna merah.  I hate red! Ikin pujuk Nazilah sebab nak tukar pencil case kat je. Dia kata tak nak pada mulanya. Ikin kata pencil case je. Barulah tukar. Buku nota je warna biru pula.. Masa balik tu, Balqis (classmate Ikin tahun 6) dia nak tengok isi dalam pencil case, Ikin tunjuk je. Dia kata nak tukar buku nota. Sebab pencil case dia warna biru, kira nak sedondon. Dia punya warna merah jambu. Aarrgghhh..thanks Allah. Akhirnya dipertemukan jua untuk tukar warna kegemaran.

 Keychain Botol Mineral  Ikin beli masa kat Cameron Bharat. Keluarga Ikin berhenti jap kat situ, hirup udara segar. Kat situ ada Ladang Teh. Kat Kedai Cenderamata macam-macam ada. Ada banyak keychain!! Ni kemaruk keychain dah. Hahaha..mestilah. Keychain Pepsi ada, keychain Coca-Cola ada, keychain..macam-macamlah. Sampai rambang mata! Hahaha.. Cikgu Hosni (guru kelas tingkatan 2 Cemerlang, guru kelas Ikin). Cikgu tu suka sangat main keychain Ikin. Sampai kan cikgu tu tanya, "Selamat ke minum ni?". Aikk?? Tak selamat cikgu, sebab penutup tak boleh nak buka. Ketat sangat. Hahahah..

Buku Nota Memori
 Buku Nota Corak Batik tu ada memori masa Ikin kecil lagi dan Tahun 6 (2011). Buku Memori kat tengah tu Ikin pindahkan gambar kenangan masa Tahun 6 (2011) dan sewaktu Ikin usia 5 tahun dari buku corak batik tadi ke dalam Buku Memori (tengah). Dalam tu Ikin isi tutorial, kenangan, cerita semasa Ikin dan macam-macamlah. Buku merah tu buku melukis, masih tak digunakan lagi.

Barangan Boboiboy!!
 Ikin kumpul sendiri je. Majalah Komik Boboiboy tu Ikin beli sendiri. Perasan tak yang ada tanda harga pada Majalah Komik Boboiboy? Ikin beli kat MyNews.com / 7-Eleven. 2 buah Buku Mewarna pula, Ikin beli kat MyNews.com juga. Ikin beli sebab Ikin nak belajar teknik mewarna dengan cantik. Buku Belajar Boboiboy pun ada, Ikin beli sebab Ikin nak faham dan tingkatkan bahasa Inggeris Ikin. Action Figure Boboiboy Tanah pula..Ikin akan sentiasa bawa.  Yang botol Boboiboy's Flavour Fruit Drink, Ikin sekarang dah kumpulkan kesemua perisa! Yay!!

2 ulasan:

Fara_nym (Isnym) berkata...

wah! byk nya!!! nanti Fara nak buat jugak! tapi terlampau byk! xD

Ikin Asyiqin (BoboiboyFang Fan) berkata...

Biar pun terlampau banyak, asalkan kita sayang dan jaga barang-barang hak milik sendiri XD Hehehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...