31 Mac 2013

Aktiviti Masa Cuti Sekolah!!


WALLPAPER SCENE "BOBOIBOY COMBO" EPISOD 13

Isnin - Rabu 25-27 Mac 2013,

 Gantikan alih tugas ibu sejak Jumaat (sebelum cuti sekolah selama seminggu). Tak dapat kesemua kerja sekolah untuk dibuat semasa cuti sekolah disebabkan sakit (sakit perut sangat-sangat!! macam kena pulas kain basah). Hmm...mesti kena marah dengan guru bermatapelajaran Ikin, tapi guru bertugas dah tahu yang Ikin memang sakit masa tu.


Khamis 28 Mac 2013,

 Mengadap depan laptop bukan 24 jam, ok? (tak pernah lagi ada orang buat macam tu). Mestilah blogging. Kalau bosan buka facebook atau kalau ada mood, melukislah. :)

Jumaat 29 Mac 2013,

 Kunjung rumah arwah adik Embah Wedak (nenek Ikin sebelah abah). Oh, panggilan Embah tu panggilan datuk/nenek untuk orang Jawa. Ikin berketurunan Melayu-Jawa. Muka Ikin pun macam orang Jawa.

 

 

 

Sabtu 30 Mac 2013,

 Cuba selesai soalan susah Matematik (!!!!) Ikin bukan tak suka Math, tapi otak je yang buat Ikin jadi tak berapa nak faham Math. Sebab tu, nak cuba selesai sebenarnya Ikin ni malas nak buat sebab fikir guna otak. Berkebun di halaman bersama ibu.

Ahad 31 Mac 2013,

 Waiting Oh My English Season 2!!! Hope Boboiboy pun Season 3! I want buy Majalah Komik Boboiboy isu 11. Aaaarrrggghhh!! I can't waiting.

ITULAH AKTIVITI IKIN MASA CUTI SEKOLAH. HEHE...TAK BALIK KAMPUNG SEBAB KAMPUNG JAUH, KAT PERAK. LAGIPUN KALAU BALIK KAMPUNG KAT PAHANG PUN TAK BOLEH JUGA SEBAB RUMAH SEDANG DIBAIKPULIH. DUDUK RUMAH DUK ONLINE PUN BEST JUGA! KORANG PULA APA AKTIVITI MASA CUTI SEKOLAH.  CERITALAH DENGAN IKIN JUGA!
- SHARING IS CARING! -

1 ulasan:

Fara_nym | Hyoukurona berkata...

Ohooho...Fara pernah menghadap laptop drlama 36 jam! Selalunya 24 je! xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...