8 Julai 2013

Dah Lama Tak Berblog? Fuhh!!


Hahaha.. dah dekat 2-3 minggu (hujung minggu) tak berblog dan update entri, kan?
Nanti kena tarik pendapatan dari pihak Nuffnang, memang nahaslah.. Nak dijadikan
ceritanya.. uhh.. sebab tak dapat update entri adalah internet tak dibayar. Jadi, Ikin
nak ambil kesempatan untuk mengasah bakat melukis Ikin.. Nak tengok lukisan Ikin?
Nantikannya, ye? Nampaknya, blog Ikin belum ada sambutan yang baik macam si Fara
kita.. dia dapat LIKE yang banyak. Follower lagi lah.. tapi, tujuan Ikin berblog bukan
nak memiliki ramai follower atau blogger popular. Tetapi.. nak berkenalan secara meluas.

Proses Making FanArt!


Ada ke benda nak Ikin ceritakan pada korang? Rasanya takde kot.. Eh! Ada.. (Ikin
nak tengok Attack On Titan Episode 14).. Sebenarnya, Ikin nak update pasal kisah
dan plot OC-OC Ikin.. Rindu kat Aris (Baby OC), kan? Nanti jap.. tengah godek-
godek kat NOTEPAD ni.. tunggu, tau!! Boleh? Boleh?? Hehehehe.. terima kasih!!

----------------------------------------------------------------------------------------



KISAH DAN PLOT CERITA

Finale Story of Ririnda and Lenrinto
(OC's Finale Story)

p/s : Klu bagi finale story, tau! Takut nanti Ikin tak sempat nak habis satu novel tu.. kan?

 
 Scroll ke bawah untuk baca Finale Story of Ririnda and Lenrinto, ok?

 Set Seni Fotografi-Edit dari Sis Ikin..

    Nampaknya Ririnda telah tertumpas ke tangan musuh lama mereka. Ririnda lemah dan akhirnya dia mati. Namun, dia tersedar semula. Dia tersedar di tempat yang gelap. Dia tidak boleh lihat dan tidak boleh berkata-kata. Satu cahaya terang-benderang menyuluh kegelapan tempat itu. Terdengar suara adik kembarnya," Rin... bangun Rin.. Len di sini". Rin hanya diam terkaku. Muncul satu suara yang amarah, "Awak manusia yang kejam dan paling jahat di dunia!! Kami tak akan memaafkan kamu.. melainkan kamu dapat memori sebenar kamu semula!".

    "Kami tak akan benarkan kamu dilahirkan semula ke dunia kami!! Pergi kamu, budak jahat!!". Rin sedih dan cuba untuk bangun. Dia terlihat suatu cermin yang besar. Dia mendekati dan akhirnya dia berjaya mendapatkan memori sebenarnya. Dia dahulu berpakaian seperti puteri. Namun, kerana trauma terhadap kematian adik kembarnya. Dia telah disuntik oleh seorang lelaki misteri dengan bahan beracun yang membolehkan memori sebenarnya hilang supaya Rin tidak dapat mengingati peristiwa hitam lalu.

    Rin hanya menangis kerana dia bersikap keji dan mementingkan diri sendiri. Andainya dia dilahirkan semula pasti dia akan disayangi oleh masyarakat. "Sa-saya... hilang memori. Suntikan itu sangat beracun.. Ma-maafkan saya dan lahirkan saya semula ke dunia!! Adik saya.. mati dibunuh.. Berilah saya peluang kedua!! Maafkan.. saya hee...maafkan saya. Saya sangat menyesal atas dosa yang saya lakukan..". "Kami tak akan maafkan kamu.. Tetapi, kami akan tukarkan kemaafan kamu kepada sebuah lagu.. Maka, kamu dilahirkan semula". Tiba-tiba, satu gelombang cahaya menerpa ke arah Rin.

    Ririnda membuka mata. Dia menyedari bahawa dia kelihatan berpakaian seperti geng muzik! Kerana ia untuk meraikan kelahiran semula Ririnda ke dunia mereka. Mereka gembira dan tersenyum. Lagu tersebut memberikan peringatan padanya. Tiada kemaafan melainkan untuk peringatan. Tiba-tiba, terdengar suara seperti adiknya iaitu Len (Lenrinto). Ririnda menoleh ke arah suara tersebut dan dia menangis apabila kemunculan adiknya telah muncul di depan matanya sekarang. Dia terus memeluk Len sekuat hati. Akhirnya, Ririnda dan Lenrinto bersatu semula.


Kisah Sebenar Ririnda dan Lenrinto
(Ririnda and Lenrinto's Real Story Life)

p/s : Klu bagi kisah sebenar, tau! Jom bongkarkan rahsia sebenar OC Kembar Ikin!

 Scroll ke bawah untuk baca Kisah Sebenar Ririnda dan Lenrinto, ok?

 Set Seni Fotografi-Edit dari Sis Ikin.. 
    Dahulu, sebuah kerajaan Roses Country telah mendapat sepasang anak kembar iaitu lelaki dan perempuan. Namanya diberikan iaitu Elizanie Ririnda Arlelt dan Erizakie Lenrinto Arlelt. Mereka sangat comel dan manja. Mereka anak raja dan permaisuri yang baik dan peramah. Bapanya, Erwin Arlelt manakala ibu mereka, Aliciana Arlelt. Apabila usia mereka semasa 6 tahun, Rin dan Len keluar mencari makanan dengan wang pemberian bapanya. Rin dan Len lebih gemar makan PopCorn Chicken dan Roti Tuna. Mereka juga selalu minum minuman buah-buahan iaitu Jus Oren dan Laici. Mereka sering bersantai di bawah pohon yang redup dan teduh.
    Len menanya soalan pada kakaknya,"Rin.. Len nak tanya, boleh? Apa cita-cita Rin?". "Rin nak jadi seorang puteri yang boleh mengantikan tempat ibu untuk mengawal keamanan kerajaan. Len pula?", jawab Rin. "Len nak jadi seorang juruterbang. Boleh bawa Rin jalan-jalan, kan?", kata Len. Tiba- tiba, satu suara yang lemah-lembut memanggil nama mereka,"Elizanie! Erizakie! Jom pulang..". Rupa-rupanya, ibu mereka yang memanggil anak-anaknya untuk pulang. Len dan Rin segera mendapatkan ibunya. Mereka pulang bersama. Len dan Rin segera mandi dan menyiapkan diri untuk jamuan makan malam sempena Hari Ulangtahun Rin dan Len yang ke-6 tahun. Semasa jamuan, seorang tetamu misteri tidak diundang telah membawa pistol dengan penuh kejahatan.
    Rin perasan keadaan tetamu tersebut. Rin segera menarik tangan Len dan berlari menuju ke arah bapanya. "Papa!! Tetamu tu bawa pistol, papa!!!", jerit Rin. "Hahahaha... anak papa ni, tak mungkinlah", jawab bapanya yang merupakan raja kepada Roses Country. "Papa!!! Rin tak akan tergesa-gesa memberitahu pada papa kalau ada kejadian misteri bakal berlaku! Papa!! Rin tak tipu.. Rin jujur. Rin dan Len kan anak papa!!", tegas Rin. "Hah?!! Kalau macam tu, mana lelaki tu?". Tetamu misteri itu hanya bersebelahan dengan raja, bapa Rin dan Len. Rin terkejut dan menjerit. Namun, tembakan das peluru dilepaskan pada raja. Raja tersebut tersungkur dan pengsan akibat tembakan tersebut terkena pada bahu sebelah kirinya.
    Len terus memeluk badan Rin dan membawanya lari ke tempat yang lebih selamat. Rin menjerit, "Papa!!! Len!! Mama!!? Jangan tinggalkan mama!! Len!! Mama!!! Mama!!!! Rin di sini!!!". Ibunya telah ditawan oleh tetamu misteri. Akibat ibunya meronta-ronta, tetamu misteri terlepas tembakan dengan tidak sengaja. Rin dan Len berjaya memboloskan diri. Rin yang melihat kejadian itu terus menjerit halus, "Hah?!! Mama!!! Hee.. papa.. Kenapa malam ini adalah malam paling malang bagi kita, Len. Len? Len!!". Len tiada di sisi Rin. Rin menangis teresak-esak. "Hei! Len di sini lah! Nasib baik kita sempat lari, tau!". "Adik tau tak!! Papa masih di sana! Adik jahat! Adik tinggalkan papa macam tu je!! Kakak benci adik!!". Rin terus berlari ke istana semula untuk membunuh tetamu jahat itu.
    "Rin!! Jangan pergi sana!!", jerit Len. Len terpaksa memberanikan diri untuk menumpaskan tetamu tersebut. Len segera sambar parang yang tajam. Len pantas melibas dan menikam ke perut tetamu itu. Akhirnya, tetamu itu mati jua. Len segera mencampakkan parang itu berdekatan lelaki tersebut. "Rin!!", panggil Len. "Hee..papa! Papa bangun!! Mama dah takde!", Rin menangis. Len pula cuba mengejut ibunya, "Mama! Len di sini..". Ibunya separuh sedar. Malangnya, ibunya terus menghembus nafas terakhir di atas pangkuan Len. Sementara itu, bapanya masih hidup. Rin berhenti menangis. "Anak papa.. Rin.. mana Len? Bukankah Len itu adik yang kamu selalu ada di sisi? Papa juga nak kamu dan Len bersama.", ungkap raja.
    "Papa!! Hah?!! Mari Len angkat papa!", kata Len. "Terima kasih.. ya, Rin dan Len. Papa sayang kamu berdua..". Keesokan harinya, raja telah dirawat selama enam hari berturut-turut. Rin dan Len semakin matang akibat peristiwa itu. Mereka merupakan anak yatim semenjak kematian ibunya. "Kalau mama ada kan, pasti riuh! Len.. Rin rindukan suara mama!". Len pantas mengambil rakaman video di dalam laci biliknya dan memasang pada televisyen. "Tengok rakaman ni sampai habis. Len nak ambil minuman sekejap, ye?". Set rakaman bermula. Video tersebut mengisahkan waktu kelahiran Rin dan Len. Rakaman itu dirakam oleh bapanya sendiri. Rin menangis kesedihan sehingga video itu tamat. Rin terfikir bahawa Len begitu lama untuk mengambil minuman.
    Sebenarnya sudah lama Len mengambil minuman dan hanya mengintai tingkahlaku Rin. Apabila video itu tamat, Len pun masuk ke dalam bilik dan buat-buat seperti tidak tahu. "Rin? Kau menangiskah? Maaf kerana lambat. Len tadi sedang menjenguk papa di kamar", Len terpaksa menipu. "Papa.. okey ke sekarang?", soal Rin. "Sudah okey, papa sudah diberi ubat tadi..", Len terpaksa berbohong sekali lagi. Tahun kemudian tahun, kini Rin dan Len sudah berusia 11 tahun. Nampaknya, Rin tidak lagi bersedih kerana merindukan ibunya. Len telah berjanji bahawa Len akan menjaga Rin jika bapanya sudah tiada. Nampaknya, bapa mereka sekarang kelihatan sembuh dengan baik sekali. Rin dan Len dihantar ke sekolah yang biasa kerana mereka perlu melalui kehidupan yang selesa.
    "Rin.. esok Hari Ibu, tau! Ibu saya nak bawa saya jalan-jalan! Seronoknya!!", kata kawan Rin. "Mama saya dah lama meninggalkan kami. Len pun begitu. Kami sudah menjadi anak yatim. Hanya papa kami sekarang yang kami miliki.. Kami juga rindukan mama kami. Mama janji yang mama nak jadikan saya permaisuri dan Len akan jadi raja. Tapi, kami masih kecil. Mama lah yang hantar kami ke tadika. Papa sibuk.. waktu malam, papa akan bermain dengan kami. Sekarang, papa sudah mempunyai pemandu dan pengasuh khas untuk kami. Mereka adalah abang dan kakak angkat kami. Papa yang selalu memahami kami apabila mama sudah tiada. Kalau papa ada urusan di luar, abang dan kakak angkatlah yang akan menjaga kami.. Dulu, mama je yang asuh kami berdua. Mama yang baik tak akan pernah biarkan anaknya sakit atau ditimpa kesusahan. Kami sayang mama kami..".
    "Hah?? Maafkan saya.. saya tak tahu yang kamu sudah tidak mempunyai ibu lagi? Macam mana ibu kamu...". "Mama saya mati akibat ditembak oleh tetamu misteri. Ceritanya sangat panjang..". Waktu persekolahan tamat, Rin berjalan pulang ke istana dengan Len. Nampaknya, pemandu dan pengasuh khas tidak mengambil mereka kerana Rin dan Len ingin berjalan pulang dengan sendiri. Mereka tiba di sebuah kiosk dan membeli sedikit makanan. Len dan Rin berborak sepanjang masa dan mereka tiba di tempat yang lengang ketika itu. Tiba-tiba, lelaki misteri datang menghampiri mereka. Lelaki itu terus membelasah Len sehingga mati. Rin menjerit ketakutan dan lelaki itu terus mengeluarkan jarum suntikan. Lalu, menumbuk muka Rin menyebabkannya pengsan.
    Jarum disuntik ke dalam lengan Rin. Suntikan tersebut ialah racun amnesia. Rin separuh sedar. "Eh?? Siapa budak laki ni? Emm.. kena selamatkan ni..", Rin terus mengangkat Len ke sekolah. Nampaknya, mayat Len ditinggalkan di sekolah. Rin terus melarikan diri entah ke mana dengan beg sekolahnya. "Si-siapa nama saya? Siapa saya? Kenapa saya rasa pening je..". Rin teringat lantas membuka zip begnya dan melihat namanya, "Elizanie Ririnda Arlelt? Hah?? Sedap betul nama saya.. Rin je lah nama panggilan saya..". Rin berjalan dengan terhuyung-hayang dan pengsan di depan sebuah rumah. Sepasang suami isteri telah melihat kejadian itu dan terus membawanya ke dalam rumah. Sepasang suami isteri mempunyai anak tunggal iaitu Emylia Jean.
DI SITULAH BERMULANYA KISAH HIDUP BARU RIRINDA YANG JAHAT.. SEBENARNYA DIA MENGALAMI AMNESIA YANG TERUK. RIRINDA DAHULU BAIK DAN PERAMAH ORANGNYA!


Kediaman Asal OC-OC Ikin
(OCs's Real of Residence )


p/s : Jom ketahui kediaman asal mereka! Jom selongkar identiti kediaman sebenar!!

  
 Scroll ke bawah untuk baca OCs's Real of Residence, ok?

 Set Seni Fotografi-Edit dari Sis Ikin..
 Kak Eki  Bandar Mitame, Kerajaan Roses Country
 Eren (adik Eki)  Bandar Mitame, Kerajaan Roses Country
 Kak Uki  Bandar San' Tosyi
 Rochobot  Bandar San' Tosyi
 Cahaya  Kota Markata, Kerajaan Orkeed Country
 Aris (adik Cahaya)   Kota Markata, Kerajaan Roses Country
 Syaz'Fang  Bandar Strawberi, Kerajaan Balsam Country
 Rizq  Bandar Strawberi, Kerajaan Balsam Country
 Erin  Bandar Strawberi, Kerajaan Balsam Country
 Syafifi  Bandar Gemilang, Kerajaan Daisy Country
 Raihani  Bandar Mitame, Kerajaan Roses Country
 Ririnda  Kota Tinggi Egret, Kerajaan Roses Country
 Lenrinto  Kota Tinggi Egret, Kerajaan Roses Country
 Emylia  Bandar Chrysanthemum, Kerajaan Roses Country
p/s : Cuma seorang OC je yang berasal dari negara kerajaan lain iaitu Syafifi (Fifi).  Kebanyakkannya berasal dari negara kerajaan yang sama..
 K. kekal  Taman Floral Siber, Bandar Siber Metropolitan, Kerajaan Orkeed Country.
 Tarikh  Tahun 980
 Menyertai SKUAD  METALOID COPS

***K. kekal  Kediaman kekal

 Ok! Itu je.. nak dikongsikan pada minggu ini! Assalamualaikum W.B.T. 

3 ulasan:

Vanila Fiqa berkata...

ni mesti ikut sikit lagu Kagamine Len and Rin kaaannnn? XD XD Samala dengan saya, cerita yg saya nk buat tu kebetulan sama sikit dengan Ikin~ XDDDDDd

IkinAsyiqin (BoboiboyFang Fan) berkata...

@Kak Vanila Fiqah

Hahaha.. ada sikit je.. bahagian "Finale Story of Ririnda and Lenrinto" tu hampir sama dgn konsep lagu "Re-Birthday". Yg lain.. Ikin reka sendiri :D

Genre/plot : aksi lawan/band muzik
*Mereka (OC-OC Ikin) menyertai S.K.U.A.D. Metaloid Cops dan membina skuad sendiri iaitu Skuad Siber-Loid yg sebahagian drp S.K.U.A.D. Metaloid Cops.. *ini konsep hampir sama dengan Attack On Titan iaitu Recon Cops. Lebih kepada mempunyai kuasa sendiri dan berlawan menggunakan pedang yang dinamakan sebagai Shining Blue Sword/Pedang Biru Bersinar.

Nisha berkata...

^U^ Jom Join! 28 hadiah menarik! Top refferal akan mndapat Rantai Moustache dan HADIAH PILIHAN SENDIRI! Let's Join! :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giler-by-anis.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...