17 Februari 2013

Tips: Perlukah Kita???




PERLUKAH KITA LETAK 'ASSALAMUALAIKUM'? 

 Sememangnya adalah wajib. Kita sebagai umat Islam, kita patut ikut adat Islam. Macam saya..bukan tak nak tulis perkataan assalamualaikum dalam tulisan jawi macam ni
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة. Cuma sukar nak cari. Bila dah jumpa, saya nak edit tulisan kepada warna-warni. Ada shadow disebalik tulisan jawi tu. Namun, gagal. Terpaksalah edit guna perkataan asal. Mudah untuk difahami.


PERLUKAH KITA MENGONGSI ILMU?

 Apa tujuan kita hidup di bumi? Untuk bersuka ria? Untuk mematuhi perintah. Huhuh..saya ni golongan lalai dalam melaksana perintahNya. Saya kan hamba yang lemah padaNya. Semua tidak sempurna. Saya selalu kongsi ilmu, cuma yang ada nak terima atau tak nak terima je. Kadang-kadang, ada mengata..saya ni kedekut ilmu. Bukan..cuma masa je tak mengizinkan. Kalau mereka bersabar, InsyaAllah..akan sampai ilmu tu.


PERLUKAH KITA MENUTUP AURAT?

 Aurat adalah perkara utama bagi kaum Hawa. Rambut dan bahagian yang tidak sepatutnya didedahkan pada kaum lelaki Ajnabi. Bila kat Akhirat nanti, aurat kita tidak akan ditutup lagi dah. Malah, mereka langsung tidak hirau akan aurat mereka. Mereka hanya hendak keputusan sama ada mereka adalah ahli Syurga atau Neraka.


PERLUKAH KITA MENGETAHUI JIN YANG MENYAMAR HAIWAN?

 Ya! Kita cegah dari godaan syaitan. Syaitan adalah musuh yang nyata! Cara kita nak kenali sama ada ia adalah jin yang menyamar dalam bentuk haiwan ialah ...
1. Melihat matanya sama ada ia berkelip atau tidak.
2. Jika ia tidak berkelip, bermakna ia adalah jelmaan jin.
3. Maka, anda jauhi darinya, jangan dihalau atau dibunuh.

PERLUKAH KITA MEMBENCI SESEORANG?

 Jangan engkau membenci seseorang, maka bencilah perbuatan mereka terhadap sesuatu.
Usah, korang benci dia jika dia menyakiti hati anda.
Maka, sepatutnya anda membenci perbuatannya sahaja.
#KataMutiaraAsyiqin


PERLUKAH KITA MEMPUNYAI CINTA?

 Ya..memang semua orang ada cinta. Cinta jenis manakah itu?
1. Cinta kepada sesama makhluk
2. Cinta kepada Allah dan Nabi 
3. Cinta kepada di dunia dan akhirat 
4. Cinta kepada keagamaannya 
Yang bertanda  adalah cinta yang patut diutamakan :3


" السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة "

2 ulasan:

Fara_nym | Hyoukurona berkata...

ikin ambil assalamaualaikum jawi tu dari FAra kan? >.<

Rara Ariiqin berkata...

Ha'ah :D Susah nak cari.. jadi Ikin ambil dari Fara :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...