1 Februari 2013

Hari Merentas Desa! Today is Go Green!


Hello, semua peminat Boboiboy! Ikin rasa peninglah..Sebab lari waktu matahari tengah panas. Yelah,kan..mana taknya.. Pukul 8.50, mula berlari. Tapi Ikin memang excited masa tu! >3<

 SEBELUM BERMULA MERENTAS DESA BAGI TINGKATAN 2

 Heheh..Ikin nak sangat dapat nombor 6-10. Mula Tingkatan 2-5 bagi lelaki dan diikuti Tingkatan 1-5 bagi perempuan. Akhir sekali, Peralihan dan Tingkatan 1 bagi lelaki. Masa Tingkatan 2 bersedia nak memulakan merentas desa. Ikin pilih bahagian depan. Senang nak berlumba.

TIPS SEJENAK DARIPADA YING

 Hai! Saya Ying! Kuasa saya wor.. lari laju! Sebelum korang berlumba, pastikan korang pilih bahagian depan. Ini memudahkan larian korang! Jika dibelakang, mungkin sukar untuk memintas. Tetapi, ada kala berlari di bahagian depan, boleh menimbulkan kelakuan tolak-menolak. Pastikan jarak daripada mereka agak jauh sedikit sahaja..


 SELEPAS WISEL DIBUNYIKAN

 Heheh.. Bila bunyi je alat wisel dibunyikan, Ikin terpaksa pantaskan. Padahal.. perancangan Ikin.. nak jalan secara berjogging je.. Ikin cuba pecut tau.. Last-last, jadi penat. Berapa kilometer je..dah penat. Ikin cuba lari secara berjogging. Kemudian, ada orang pintas Ikin. ISHH! Geramnya. Ikin pecutlah. Dah la penat. Ikin memang tak puas hati. Ikin nak pintas juga orang tu. Ikin berhenti. Eeeii! Tapi nasib baik, Ikin still boleh lari.

TIPS SEJENAK DARIPADA YING

 Jika hendak berlari, pastikan langkah kaki korang adalah luas. Semakin luas langkah larian korang, semakin pantas pecutan korang. Heheheh..


 KETIKA BERLARI JARAK YANG JAUH

 Tracknya agak jauh berbanding peserta lelaki. Kalau perempuan (4 km) dan lelaki (6 km). Takdelah memenatkan. Kira perempuan ni insan beruntunglah.Walaupun jaraknya jauh, tapi ini adalah perkara paling menyeronokkan! Hari Merentas Desa adalah hari paling best. Kadang-kadang nak lari pun boleh jadi semput tau. Alhamdullillah, Allah makbulkan doa Ikin supaya diberi tenaga yang lebih. Masa latihan hari tu, sakit pinggang jadinya. ADUYAI! Lepas itu, keluar dari Kg.Paya Rajin terus ke sekolah.

TIPS SEJENAK DARIPADA YING

 Sekiranya hendak berlari, pastikan larian korang adalah langkah besar. Ketika lari, Ying sarankan lari sambil menghembus nafas. Sedut melalui hidung dan hembus melalui mulut. Ulang beberapa kali supaya tiada sebarang kepenatan. Ini membolehkan saluran pernafasan korang tidak terhenti atau tersekat!


 YAY! HAHAHAHA!

 Masa tengah tamatkan larian (sampai track penamat). Ella (nama gelaran), rakan sama tingkatan tengah berlenggang turun bukit padang, nak ke track penamat. Ikin cuba pecut. Yang Ella tu, try pintas juga. Tenaga dah dikumpul, inilah masanya Ikin pecut-sepecut-pecutnya! Heheh..Ella ketinggalan belakang sedikit je. Masa tu, Ikin cari lorong ikut tingkatan. Ikin pecut dapat ambil nombor. Yay! Dapat nombor 13! Nombor sama hari lahir Ikin (13 April)! Walaupun dapat nombor 13 (tak kisah pun kalau tak dapat nombor 6-10). Asalkan bawah nombor 15. Heheh! Ikin tunggu Intan. Ikin tercari-cari kelibat dia. Rupanya, dia penat. Bukan penat je..dia lemah (muka merah macam nak pengsan tau!) Ikin sebagai seorang rakan. Jadi, Ikin tolong papahkan dia. Balqis pun tolong papah juga. Ikin bagi Intan minum air. Lega sikit tengok Intan dah okay.

TIPS SEJENAK DARIPADA YING

 Selepas selesai berlari, pastikan berjalan terlebih dulu bagi membetulkan degupan jantung kembali normal. Jika korang berhenti dan terus duduk. Ini menyebabkan degupan jantung terhenti dan boleh membawa kematian sekiranya tidak sempat diselamatkan. Pastikan minum air secukupnya bagi mengumpul tenaga semula setelah kehilangan peluh yang banyak!


p/s  Pemenang diumumkan dari nombor 1-15 mengikut tingkatan. Yay! Ikin dapat pingat sebab Ikin dapat nombor 13! Tak jangka padahal tahun lepas dapat nombor 23. Jadi, langkah 10 nombor untuk dapatkan nombor 13 dalam KEJOHANAN MERENTAS DESA BAGI TAHUN 2013!


<3 CREDIT IN THIS ENTRY!

YING
 Sebagai pemberi tips yang terbaik! Terima kasih atas segala TIPS yang Ying berikan. Sangat berfaedah!

7 ulasan:

Fara_nym (Isnym) berkata...

wah! hebat nya! Fara dapat no 1.~.~

Ikin Asyiqin (BoboiboyFang Fan) berkata...

Eh, ye ke? Tahniahlah Fara :D Hebat,hebat..kat sekolah Ikin mmg dah ada org yg lari laju itu tak boleh menang tu. Kalau setiap Merentas Desa, dialah yang asyik juara je. Sungguh mengkagumkan!

aMirror berkata...

Wahhhh!!tahniah,and thanks for those tips..huhu..sngat berguna untuk Mira

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum w.b.t...
wow..berguna sangatt..mentang mentang esok dah merntas desa..hrap mnang lerr..aslkan dpat no. 1-20 tu dh memadai..trima kasih tuk tips tips ni

Aisyah Hafizah berkata...

utglah perempuan 4km je. dkt skolah saya perempuan 6km

Aisyah Hafizah berkata...

utglah perempuan 4km je. dkt skolah saya perempuan 6km

Qurratu Aini berkata...

Hari selasa minggu depan sekolah saya akan ada merentas desa...takut x dpt nombor heheh..sbb thn lps dpt nmbr 15..doakan ain semoga berjaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...