17 Mac 2013

Update semula!! (Boboiboy Episod 12)


Ok!! Ikin nak update semula tentang Boboiboy episod baru! :3
Diupdate semula dariKlik sini



Karakter-karakter kemunculan Final Episod 12 Bahagian 1























FREE SINOPSIS 

Dalam Promo Episod 12 Musim 2 (Finale Episode Part 1), Ejo Jo telah tiba di bumi dan mendarat di Sekolah Rendah Pulau Rintis (sekolah Boboiboy). Boboiboy menyedari bahawa kehadiran alien baru yang berdiri di pintu kapal angkasa adalah menyerupai kaum Ata Tiga (Geng Adudu). Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying bertindak untuk menentang alien baru tersebut. Tetapi, Ejo Jo bersiap sedia dengan robot tempur barunya untuk mengalahkan Boboiboy dan rakan-rakannya. Ejo Jo juga berniat jahat untuk merampas kuasa-kuasa yang dimiliki oleh Boboiboy dan rakan-rakannya serta bola kuasa (Ochobot). Ejo Jo memaksa Boboiboy dan rakan-rakannya untuk menyerahkan kuasa-kuasa mereka dan juga bola kuasa. Namun, Boboiboy menghalangnya. Boboiboy sedari bahawa niat alien baru tersebut adalah jahat seperti dirancang oleh Adu Du.

Papazola dan anak murid-murid 5 Jujur dalam keadaan bahaya kerana bangunan sekolah telah musnah akibat serangan senjata robot tempur Ejo Jo. Boboiboy tidak menyukai dan marah dengan perbuatan kejam Ejo Jo yang sanggup membahayakan nyawa rakan-rakannya dan guru serta memusnahkan sekolahnya. Boboiboy segera menukar kepada elemen Halilintar dan menggunakan gerakan kilat untuk serangan pantas. Malangnya, Ejo Jo dapat ketahui posisi Boboiboy dan robot tempur segera menghalangnya. Boboiboy juga bertukar kepada elemen Gempa untuk melindungi Fang daripada serangan robot tempur dengan mengeluarkan kuasa tanah pelindung. Robot tempur mengeluarkan senjata dan sedaya upaya menembak untuk menghancurkan tanah pelindung tersebut. Boboiboy menukarkan diri kepada elemen Taufan untuk mengeluarkan pusaran taufan yang kencang.

Sekolah Rendah Pulau Rintis musnah sedikit demi sedikit dan Papazola sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Yaya dan Ying menjerit kerana mereka tahu bahawa Gopal dalam keadaan bahaya semasa menentang robot tempur dan Ejo Jo. Sebaliknya, robot tempur Ejo Jo berkesempatan menyerang di belakang mereka. Yaya dan Ying terkejut dengan kehadiran robot tempur secara tiba-tiba. Boboiboy tetap sedaya upaya mengalahkan Ejo Jo dan robot tempur. Boboiboy sangat sedih disebabkan pertempuran yang  sengit dan sukar mengalahkan begitu sahaja. Papazola telah membawa anak murid-muridnya mencari jalan keluar untuk selamatkan diri. Tetapi, Amar Deep cuba larikan diri daripada runtuhan bangunan tersebut namun rekahan siling bangunan sekolah yang teruk telah menyebabkan runtuhan siling jatuh ke arah Amar Deep.


Persoalannya, 

 Berjayakah Boboiboy mengalahkan Ejo Jo dan robot tempur?
 Dapatkah Amar Deep selamatkan diri sebelum runtuhan siling menghempapnya?
 Apakah yang terjadi pada Gopal?
 Mengapakah Boboiboy begitu sedih?
 Apakah yang bakal terjadi pada episod seterusnya? (Episod 13- Episod Akhir Bhg. 2)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...