19 Mac 2013

Sinopsis Boboiboy Episod 12 Musim 2





FREE SINOPSIS 

Murid-murid kelas 5 Jujur segera melihat ke luar tingkap. Pintu kapal angkasa terbuka. Adu Du gelisah ketakutan bahawa Ejo Jo telah pun sampai ke bumi dengan begitu cepat. Manakala, Gopal kelihatan takut dan tertanya-tanya pada Boboiboy tentang objek misteri yang berada di langit . Amar Deep mengganggap bahawa ia adalah kapal terbang. Papazola mencelah dengan lawak jenakanya yang tidak serius dengan menekan butang kunci keretanya. Malahan, Papazola masih berlawak jenaka dengan pulang menaiki kapal terbang. Amar Deep, Suzy, Nana dan Amy bengang melihat lawak jenaka tak serius Papazola. Sebaliknya, Ying mengomel bahawa mereka sedang suspen tentang kemunculan misteri kapal angkasa, tetapi Papazola pula membuat lawak. Gopal turut mengomen tentang situasi tadi adalah tidak lawak bagi mereka. Yaya pun menjawab,"Apalah, cikgu..".

Ying mengatakan bahawa Papazola juga langsung tidak sensitif. Papazola berasa malu dan mengatakan ia cuma gurauan sahaja. Boboiboy cuba memerhati dengan peka. Akhirnya, Ejo Jo muncul jua di muka pintu kapal angkasanya. Boboiboy sudah syak memang sah ia adalah geng Adu Du. Ejo Jo terus lompat ke bawah dan mendarat di atas kereta Papazola. Papazola sedih kerana kereta kebenarannya telah rosak disebabkan Ejo Jo. Boboiboy mula bengang pada  Adu Du kerana Adu Du telah bawa gengnya. Adu Du jujurnya tidak pernah menganggap bahawa Ejo Jo adalah gengnya. Dahulunya, dia sangat bengang dan benci kerana Ejo Jo telah membuli dan juga menyebabkan Adu Du diusir dari Planet Ata Tiga.

Tetapi, Boboiboy tersalah faham dan mengganggap bahawa Adu Du tidak mengaku. Ejo Jo memanggil Boboiboy untuk bersemuka antara satu sama lain. Ying, Fang, Yaya dan Gopal berpakat untuk turut serta bersama Boboiboy. Semaktu Boboiboy dan rakan-rakannya hendak menjejak keluar dari kelas, Papazola sempat memegang bahu Boboiboy dan menyuruh mereka mengingati pesan cikgunya. Pada mulanya mungkin pesan tersebut bagi menguatkan semangat untuk mengalahkan dengan si Ejo Jo, rupa-rupanya Papazola memesan supaya memakai tag sebelum keluar kelas. Murid-murid kelas 5 Jujur tercengang dan terjatuh disebabkan kesuspenan Papazola.

Boboiboy, Fang, Yaya, Ying dan Gopal telah tiba di padang untuk bertemu dengan Ejo Jo. Ejo Jo sangat angkuh dan amat gembira kerana dapat bertemu dengan Boboiboy dan rakan-rakannya yang pernah mengalahkan oleh Adu Du. Ying mengatakan bahawa Ejo Jo berlagak perasan popular. Boboiboy menanya dengan amarah tentang kemahuan sebenar Ejo Jo atas sebabnya datang ke bumi. Ejo Jo ketawa dengan penuh kejahatan. Ejo Jo memaksa Boboiboy dan rakan-rakannya untuk menyerahkan kuasa-kuasa mereka dan juga bola kuasa. Belum sempat Boboiboy menghabiskan kata-katanya, disampuk pula oleh Adu Du. Adu Du turut tiba bersama Probe. Ejo Jo ketawa sekali lagi dengan penuh angkuhnya.

Ejo Jo mengatakan patutlah Adu Du sering kalah disebabkan pemakaiannya cara budak sekolah. Ejo Jo juga menyatakan Adu Du adalah lembik seperti Boboiboy dan rakan-rakannya. Adu Du membantah pendapat Ejo Jo malahan Adu Du lebih suka memakai pakaian mengikut sesuka hatinya. Adu Du amarah kerana Ejo Jo berani datang ke bumi. Adu Du juga menyuruh Ejo Jo pulang ke planetnya, Planet Ata Tiga kerana Ejo Jo hanya menyibuk dalam hal permusuhan antara Adu Du dan Boboiboy. Gopal juga mencelah antara perbualan Ejo Jo dan Adu Du. Gopal mengatakan bahawa Adu Du buang tabiat kerana menyuruh gengnya, Ejo Jo pulang. Ying turut sokong pendapat Gopal. Ying mengomel bahawa Adu Du adalah buaya daratan. Adu Du berkata kuasa-kuasa dan bola kuasa hanya Adu Du boleh rampasnya. Yaya berfikir bahawa Adu Du sudah insaf namun sangkaannya melesat.

Ejo Jo tidak suka jika orang lain menghalangnya untuk bertindak sesuatu. Ejo Jo segera mengeluarkan pistolnya dan cuba menembak ke arah Adu Du. Namun, Probe sempat menghalang dengan membaling baldi untuk menjatuhkan pistol Ejo Jo. Ejo Jo amarah dan geram dengan tindakan Probe. Probe memberi amaran supaya Ejo Jo tidak mengapa-apakan Adu Du. Ejo Jo marah dan mengatakan pada Probe,"Berani kau, robot kutip!!". Probe terkejut dengan kata-kata Ejo Jo kerana dilabel sebagai robot kutip. Probe membela dan mengaku dirinya sebenar adalah Robot Tempur Probe. Ejo Jo dengan sombongya mengganggapkan Probe tidak sedar diri. Ejo Jo segera berkomunikasi dengan komputernya untuk menurunkan robot tempur sebenar. Komputer Ejo Jo menurut arahan Ejo jo dengan segera. Robot tempur dihidupkan di sebuah bilik khas. Pintu kapal angkasa dibuka dan robot tempur dilepaskan. Robot tempur telah turun dan kedatangannya menyebabkan tanah bergegar.

Boboiboy dan Gopal cuba melindungi daripada terkena debu-debu tanah. Gopal tertanya-tanya tentang kedatangan robot misteri. Ejo Jo mempersembahkan robot tempur sebenarnya sebagai Petai. Tiba-tiba, adegan suspen perlawanan terhenti akibat nama robot tempur tersebut. Boboiboy mentertawa kerana nama robot tempur tersebut amat kelakar. Ying turut mentertawakan juga. Manakala, Gopal ketawa terbahak-bahak sehinggakan dia ingin tukarkannya menjadi sambal petai. Papazola ketawa terguling-guling dan menanya," Lawak apakah ini?!! Hahahaha..". Papazola mengatakan menitis air mata kebenaran dan mengesatnya dalam keadaan masih ketawa. Murid-murid kelas 5 Jujur turut ketawa. Ejo Jo menjadi hairan dan tertanya-tanya mengenai nama robot tempurnya. Ejo Jo memberitahu nama sebenar ringkasan Petai iaitu Perisai Tempur Angkasa-I.

Yaya masih mentertawa dan tidak mempedulikan penjelasan Ejo Jo. Probe juga turut tertawa. Probe mengganggap namanya je adalah pelik kerana Probe adalah problem namun nama robot tempur Ejo Jo adalah sangat aneh bagi mereka, sehinggakan mereka ketawa tanpa henti. Ejo Jo mula marah dan mengarahkan robot tempurnya untuk menyerang Probe. Probe ditumbuk dan terpelanting namun Probe segera menukarkan dirinya sebagai Super Probe. Robot tempur Ejo Jo mengeluarkan senjata berpeluru dan menembak ke arah Probe. Probe terpaksa melindungi dirinya kerana tidak dapat membalas serangan bertubi-tubi oleh robot tempur Ejo Jo.

Akhirnya, Probe berjaya mengeluarkan senjatanya namun robot tempur Ejo Jo menukarkan senjata lain untuk memusnahkan Super Probe. Lalu, serangan dilancarkan dengan pantas menyebabkan Probe tidak sempat mengelakkan dirinya. Super Probe mula rosak sedikit demi sedikit. Adu Du menjerit pada Probe kerana amat risau. Ejo Jo mahu hapuskan Adu Du. Adu Du cuba berselindung di belakang Boboiboy. Boboiboy melindungi Adu Du daripada Ejo Jo supaya Adu Du tidak akan diapa-apakan. Tiba-tiba, suara Probe masih kedengaran. Probe masih gagah mempertahankan Adu Du walaupun dirinya sudah rosak. Ejo Jo mengarahkan robot tempurnya untuk menghapuskan Super Probe sehingga musnah. Robot tempur Ejo Jo mengeluarkan tumbukan pada Super Probe.

Namun, tumbukan robot tempur Ejo Jo ditepis dan ditolak oleh Super Probe. Apabila Super Probe tidak berdaya untuk menentang, robot tempur Ejo Jo mengambil kesempatan untuk membalas serangan pantas. Adu Du menjerit pada Probe. Habis musnah komponen-komponen Super Probe. Boboiboy dan rakan-rakannya menjerit,"Probe!!!!!". Mereka berlima berlari ke arah Probe namun, serangan dari kapal angkasa menyebabkan mereka tidak boleh menyelamatkan Probe.

 Serangan daripada kapal angkasa Ejo Jo 
Disebabkan serangan itu, Boboiboy dan rakan-rakannya tertumpas seketika. Ejo Jo memberi amaran supaya tidak masuk campur dalam urusan Ejo Jo dan Probe. Boboiboy sesekali tidak membenarkan Ejo Jo untuk mengapa-apakan Probe. Robot tempur Ejo Jo mencampak Probe dengan kuat. Murid-murid kelas 5 Jujur takut dan terkejut apabila melihat kekalahan Probe. Ejo Jo dengan lagaknya menyuruh berterima kasih padanya kerana sudah menghapuskan Probe. Probe cuba berdayakan dirinya untuk terus melindung Adu Du.

Sambungan Sinopsis (akan diupdate)


Boboiboy Final Season 2 Part 2..
p/s: Ahad ini... Boboiboy Kuasa 3 telah bersedia untuk bertempur kali kedua dengan menggunakan kuasa Tahap Kedua iaitu kuasa terkuat daripada Petir, Angin & Tanah. Saksikan penghabisan Boboiboy Musim 2 pada 24 Mac!

:3 vote BOBOIBOY! 
Let's read sinopsis Episode 13 Season 2!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...