13 Mac 2013

Kenali tentang Ikin!



Ok.. kita akan update blog mengenai biodata Ikin!:3
Perkenalan ini dapat mengenali tentang Ikin dengan lebih dekat lagi.

BIODATA ASAS
 Seorang insan yang kepakaran tentang IT telah dilahirkan pada 13 April 1999. Dia diberi nama dengan cukup indah oleh insan tercintanya (ibubapa) iaitu Amirah Asyiqin. Mesra disapa sebagai Amira, Asyiqin atau Ikin. Ikin merupakan kakak sulung perempuan dan anak ketiga dalam empat adik-beradiknya. Ikin merupakan seorang insan yang mempunyai sifat dan sikap antaranya pelupa, mesra, sukakan kanak-kanak, periang, suka bersyukur, insan yang pentingkan agama dan pencinta segala makhluk. Ikin telah berjaya menamatkan di Sekolah Kebangsaan Temin, Jerantut dan terus melanjutkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Temin yang berdekatan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut (PPD).

WAKTU PERSEKOLAHAN 
 Ikin telah berjawat sebagai pengawas PSS, setiausaha 2C dan penolong formen KH3. Tumpuan utama adalah belajar dengan prihatin. Sekiranya tidak prihatin ataupun peka terhadap proses pengajaran, Ikin akan membaca isi kandungan buku teks. Ikin akan kaji tentang persoalan pembelajaran tersebut. Ikin amat gemar subjek Sejarah, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni, Sains, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Jasmani. Ikin lebih suka menjawab soalan berkaitan jawapan yang diberi olehnya sendiri. Ikin juga lebih selesa duduk di tempat sendiri tanpa sebarang percakapan. Ini dapat melatihnya supaya apabila dirinya keseorangan, dia tidak akan merasakan kesunyian dan sepi pun. Apabila guru bermatapelajaran tidak dapat masuk ke kelas disebabkan sibuk atau sakit, Ikin akan menghabiskan masa dengan melukis.

MASA YANG TERLUANG 
 Waktu terluang Ikin kebiasaannya adalah selepas waktu persekolahan dan hujung minggu. Ikin menghadap depan laptop atau henpon untuk tenangkan tension. Kadang-kala sering membaca majalah atau komik ataupun novel yang dibelinya secara berulang kali. Ikin akan membahagikan masa dengan mempraktikkan intonasi suara watak karakter Yaya, Papazola, Ejo Jo dan Tok Aba dengan lebih jelas dan semirip. Ini dapat melatihkan kita sekiranya bantuan suara pelakon diperlukan (?). Pembacaan dialog secara berulang dapat menguji sejauh mana tahap daya ingatan kita. Setakat ini, daya ingatan Ikin masih sederhana kuat. Sifat pelupa disebabkan oleh pemakanan asam dan jeruk sejak usia 10 tahun lagi. Kini, Ikin kurang mengamalkan makanan asam dan jeruk kerana risikonya adalah besar.

RAHSIA DAN IDENTITI 
 Rahsia tetap rahsia! . Identiti mengenai Ikin adalah Ikin merupakan pengongsi info Animonsta Studios. Kebenaran untuk meneruskan pergongsian info tersebut telah disahkan oleh editor/ pengasas Animonsta Studios Sdn. Bhd. iaitu En. Nizam Razak. Ikin juga adalah peminat fanatik terhadap animasi Boboiboy Musim 1 dan 2. Dia amat minat karakter Boboiboy, Fang dan Yaya.

URUSAN MASA 
 Ikin sangat sibuk dengan masanya. Tetapi baginya dia tidak pernah buat apa-apa jadual kerana dia tidak sukakan melakukan aktivti dan rutin yang sama dan terlalu terkawal. Dia suka melakukan aktiviti mengikut perasaan dan moodnya sahaja. Dia lebih gemar menghabiskan masa di dalam rumah tanpa melakukan sebarang senaman fizikal untuk mengelak daripada mengalami penyakit sampingan kemudian hari. Masa dibahagikan untuk mempraktikkan intonasi suara watak karakter Yaya, Papazola, Ejo Jo dan Tok Aba dengan mengajuk dialog dalam Majalah Komik Boboiboy.

BAKAT TERPENDAM 
 Berkebolehan melakonkan suara watak karakter Yaya, Papazola, Ejo Jo dan Tok
 Mahir design dalam sesuatu perkara
 Daya minda kreatif dan IT
 Melukis
 Menulis dengan tulisan yang kemas dan teratur
p/s: macam-macam lagi bakat terpendam Ikin!:3

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...