3 Februari 2013

Tips: Rakan Laman Sosial? Perlukah waspada?


Eh? Rakan laman sosial ni perlukah kita berwaspada? Yup..
hanya yang bijak mengatasi keadaan sahaja dapat selesaikan masalah ini.

RAKAN LAMAN SOSIAL MULA KENALKAN DIRI

 Ayat paling mula-mula sekali sebelum talian chatting adalah "Hai!". Kita pun akan jawab, "Hai! Apa khabar?". Kalau mereka tak tanya korang mengenai nama, umur, tempat tinggal dan sebagainya..kita perlu tanya mereka. Sebab ini memudahkan perkenalan diri antara satu sama lain secara terperinci.Kalau tak, tak kenal, maka tak serasi. Hahaha.

TIPS SEJENAK DARIPADA BOBOIBOY ♥

 Pastikan korang berwaspada. Mengenalkan diri adalah perkara utama semasa chatting.


RAKAN LAMAN SOSIAL LUAHKAN PERASAAN CINTA???

 Wah,wah,wah! Macam tu pula..dalam facebook memang macam tu,ke? Okaylah..sukar betul nak tentukan jawapannya. Dalam otak, fikirkan pelajaran..dalam hati, fikirkan perasaan. Korang boleh jalinkan hubungan cinta..tapi korang pandai-pandailah bahagikan dua perkara iaitu pelajaran dan cinta. Bagi Ikin..hmm..It's not important for me! I always bored about that! Hahaha..apakah tindakan korang. Renung-renungkan. Pada mereka yang rasa perkara itu agak remeh-temeh,okay..teruskan fikir pasal pelajaran. Cintakan pada Allah dan Rasul-Nya adalah lebih baik! :3

TIPS SEJENAK DARIPADA BOBOIBOY ♥

 Haa..Boboiboy sarankan korang fikirkanlah pasal pelajaran dahulu. Cintakan pada ilmu! Ilmu tu cahaya pelita bagi kehidupan kita!!



 RAKAN LAMAN SOSIAL BERKATA KASAR

 Aikk..macam tu pula. Mungkin ada berkata dengan perkataan yang sangat negatif. Korang rasa pelik,tak? Tengok kat facebook..Fuiihhh! Memang baik sungguh kata-katanya tapi kalau kat Twitter. Ya Rabbi, hampir terbeliak mata menengoknya. Ayatnya bukan main kasarnya. Ada rakan rapat Ikin..Ikin sangka dia tak mahir cakap English, tengok kat tweets..MasyaAllah! Ayatnya melebihkan terer daripada Ikin. Tak sangka tau.. Ikin bukan memandang rendah pada kelemahan dia tapi..Ikin kagum tau! Tapi kenapa dia sanggup rahsiakan kemahiran speaking dia dari Ikin? Tapi takpe..Ikin sangat bersyukur!


TIPS SEJENAK DARIPADA BOBOIBOY ♥

 Boboiboy sarankan semasa korang chat atau tweets, korang perlu jaga kata-kata supaya mereka tidak tersinggung dengan percakapan korang.



RAKAN LAMAN SOSIAL SANGGUP HACK

 Apa kejadah..kalau sanggup hack akaun orang? Bukannya dapat pahala..makin dapat......dosa ada lah! Insaflah diri tu. Eeeii..jahat betul! Hack facebook/twitter semata-mata nak sakiti perasaan orang lain, baik korang pergi sungai..mengadap muka ke air sungai. Tengok rupa korang. Korang tu dah terlebih tak sedar diri namanya! Kalau hack untuk mendapat password akaun kita yang lupa, takpe juga.


TIPS SEJENAK DARIPADA BOBOIBOY ♥

 Boboiboy sarankan janganlah korang buat begitu. Perbuatan sebegitu akan dibenci oleh masyarakat sekeliling. Lain kali jangan buat lagi,tau!



RAKAN LAMAN SOSIAL YANG BAIK LAGI INDAH PERTUTURANNYA SUKAR DICARI?

 Ikin rasa itu adalah sukar untuk dijumpai. Semuanya kadang-kadang..aduyai..tak sangka pertuturan mereka sangat..tak boleh dikatakan. Sukar benar nak cari,kan? Carilah kat pelusuk dunia pun..pasti takkan jumpa. Setakat ni ada lah juga yang pertuturan sangat baik dan peramah. Ikin suka chat dengan dia walaupun dia jarang online. Dia lah orang selalu ucap salam,tanya khabar dan ucapkan kata-kata sopan. Ikin tak boleh bagitau..siapakah orangnya. Agak sukar..takut mereka tersinggung pula,kan?


TIPS SEJENAK DARIPADA BOBOIBOY ♥

 Boboiboy rasa memang agak sukar jugalah. Boboiboy rasa syukur sebab ada rakan yang pertuturannya sopan antaranya Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot. Spontan je kata-kata diaorang. Fang? Fang pun sama. Cuma dia tu masih jealous dengan Boboiboy je. Heheheh. Harap Fang sudi berkawan dengan Boboiboy.

RAKAN LAMAN SOSIAL YANG MERAHSIAKAN IDENTITI

 Well...Ikin memang suka rahsiakan identiti macam tak tunjukkan gambar muka sendiri. Identiti diri tak rahsiakan sebab nanti mereka tak tau. Sebab apa Ikin tak tunjukkan gambar diri Ikin? Sebab...ini boleh menimbulkan risiko besar.. Korang tau posing dengan buat muka baby face je..Tapi korang tak tau apa risiko sebenarnya.


TIPS SEJENAK DARIPADA BOBOIBOY ♥

 Heheh..korang perlu berwaspada..Boboiboy tak boleh selamatkan kalau terjadi apa-apa.



RAKAN LAMAN SOSIAL YANG SANGGUP MEMPERGUNAKAN?

 Wujud ke orang macam tu? Of course lah..Kebanyakkan lelaki kot (?) Sebab mereka mula-mula..

Chat  Memperkenalkan diri secara palsu (kejam betul!)  Berdakwah/meluahkan kata-kata cinta demi memikat hati  Bila dah terpikat  Berpura-pura tiada wang/mengajaknya keluar  Sanggup mengikut kata-katanya demi membahagiakannya  Pergi bank untuk mengeluarkan dan menyerahkan sejumlah wang banknya kepadanya /keluar minum  Mengajak singgah/pergi meninggalkannya kononnya ada urusan penting  Sampai rumahnya/telefon beberapa hari kerana tidak balik  Sedar tak sedar, dia diculik/ditipu semata-mata kenafsuannya


TIPS SEJENAK DARIPADA BOBOIBOY ♥

 NO RESPOND!



RAKAN LAMAN SOSIAL SENTIASA MENCERITAKAN HAL BURUK?

 Ada ke macam tu? Ikin tak taulah. NO REASON!


TIPS SEJENAK DARIPADA BOBOIBOY ♥

 NO RESPOND!

Rakan laman sosial..perlukah berwaspada? Ye..semestinya!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...