15 Februari 2013

Sob! Sob! Syukran Ya Allah!


Haihh..leganya hatiku, Ya Allah.

 Saya rasa hidup ni dah tenang sikit. Hati oh hati. Amannya dikalau aku bersihkan engkau dengan ayat suci Al-Quran. Namun, jikalau aku tersilap baca, maka hatiku tidak suci. Sedihnya bila orang yang buat kesilapan telah memaafkan dengan cara kita mendera diri sendiri. Saya pernah buat. Saya dera diri sendiri dengan cara tahan lapar #ibarat puasa, tanpa sahur, kan? InsyaAllah, mereka akan risau tentang kesihatan kita. Mereka kan turut tangis jua. Percayalah. Sejauh mana mereka memarahi dan tidak mempedulikan kita, selemah-lemahnya..mereka akan menyesal akhirnya. Cuba anda sedari semula, mereka sering buat kesilapan besar, namun semasa nyawa hendak diambil Malaikat..mereka akan ucap sesalan jua. Mereka mengaku ada membuat kesilapan yang begitu hina dan keji.

 Maka, sejauh mana mereka boleh sorok kesalahan mereka? Sejauh mana? Mungkin ada sesetengah makhluk Allah hanya mampu mengadu kesilapan pada Allah SWT. Memang benar. Saya adalah golongan sebegitu. Percayalah.. Allah SWT juga adalah pendengar yang setia pada kita. Kalau berdoa, Allah akan memakbulkan. Kita mengadu pada Allah bahawa kita sering sakit dan sukar sujud dalam solat. Yakinlah bahawa Allah merancang untuk menyembuhkan penyakit hambaNya. Ingat kisah Kak Syamimi? Kalau tidak tahu cari tajuk ni, "Bermimipi Bertemu Rasullah SAW". InsyaAllah, akan jumpa entri tersebut.

 Moga Allah akan takdir sesuatu yang indah dan dipenuhi kebaikan. Kita merancang, Allah takdir. Sifat yakin adalah sifat Nabi. Saya yakin bahawa Allah hanya satu sahaja. Saya pun ada cinta juga. Cintaku tak pernah putus, tak pernah binasa, tak pernah dicaci, tak pernah kotorkan dan tak pernah dipermainkan. Cinta tersebut adalah AKU BENAR-BENAR IKHLAS MENCINTAI ALLAH SWT, NABI MUHAMMAD SAW, AL-QURAN DAN ISLAM.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...