15 Februari 2013

Astargfirullahal'azim...Kenapa!!?



Hmm..malas betul nak layan orang zaman sekarang.
Lagi bagus Hari Kiamat wujud daripada dunia ada.

 Kalau dunia pula dah tunggang-langgang, ikut pendapat sendiri..apa guna jadi orang ISLAM? Saya pun sering buat kesilapan pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, tapi saya pun selalu bertaubat. Makin ditegur, makin melawan. Macam mana kita tak jadi derhaka kepada mereka? Kalau kita beri pendapat, orang lain langsung tak nak percaya 100%. Macamlah dia tu para ulama (konon tau semua hadis). Mereka tak nak percaya kepada hadis Nabi sudah..mereka dapat dosa. Sedangkan Allah dah berkata hadis Nabi haruslah dipercayai. Hampir sakit dan terguris hati bila ada orang yang melawan hadis Nabi. Kita tegur ada kebaikannya. Harapan di dunia saya hanya satu je...iaitu semua umat Islam berbuat kebaikan dan meninggalkan larangan-Nya. Itu adalah harapan sebenar saya. Subhanallah. Ya Allah, beri pentunjuk pada mereka. Ingat tak masa Israel nak balas serangan roket kat Palestin? Allah membalas semula serangan itu dengan cara..roket tu menyerang kembali Israel. Itu tandanya ada para umat Islam yang mendoakannya. Maka, Allah memakbulkannya. Saya adalah tergolong juga.

 Zalimkah kita bila kita meninggikan suara? Kita tak zalim. tapi mereka yang zalim! Sebab mereka melawan dakwah kita! Apa yang kita sampaikan, mereka menegaskan pendapat mereka sendiri. Bila kita tegur betul-betul, cakap elok-elok tapi tak nak dengar juga, macam mana kita tak meninggi suara. Kita tegur bukan saja-saja tegur. Tegur ada kebaikan, ada orang tegur untuk keburukan? Ada? Ada? Takde,kan? Sudahlah..kalau tak nak dengar juga, itu masalah mereka. Kita tak nak tanggung. Ada 3 perkara cara untuk menegur iaitu tangan, lidah dan hati. Kalau tangan pun, tak mampu. Tegur dengan cara lisan (lidah). Tapi kalau lidah pun, masih tak mampu. Nampaknya dengan hati pula. Kalau hati pun, tak terima. Selemah-lemah kita, kita hanya mampu memohon pertolongan pada Allah SWT. Itu adalah cara terbaik dalam Islam.

 Hari ni saya rasa sedih dan terguris hati. Ahli keluarga (kecuali abah) saya degil benar nak dengar dakwah saya. Mula-mula, macam ni..
 Adik saya ni jenis degil. Tak nak dengar cakap kakaknya sendiri (saya). Siapakah dia? Dia tu..kalau tegur dengan cara tangan, lidah dan hati pun tak mahu. Cara apa lagi? Doa..? Lagilah..tak berkesan. Saya doakan untuk semua umat Islam. Tapi, mungkin sesetengah sahaja.. Adik saya nak tampal gambar yang bernyawa di dinding. Saya marah, tak boleh! Haram! Adik saya nak buat juga. Bila saya tak bagi gunting, dia jadi makin kurang ajar. Saya kata tak nak! Tak boleh! Itu tujuan saya untuk hindar dia buat demikian. Tapi, dia degil, sanggup tangan kecil dia tu memukul saya? Saya tak melawan pun. Dia lebih-lebih pula! Moga Allah beri balasan. Tiba-tiba je datang si ibu ni marah saya.. nak melindung kehendak si kecil tadi. Apa hak dia? Untuk menutup disebalik kesalahan semata-mata? Dia marah saya ni macam-macamlah. Dia kata gambar yang diprintkan (gambar bernyawa; manusia dan haiwan) tu kalau bukan tujuan untuk disembah boleh, dibenarkan. Oo..memadai je mulut dia berbicara,eh? Ulama mana kata ni? Hadis mana dia baca? Ada dia pernah buka laman web yang berkaitan agama? Ada? Buka resepi ada lah...Patutlah apa yang disampaikan semuanya salah! Hadis Nabi sendiri berkata bahawa para malaikat tidak akan masuk rumah yang mempunyai gambar (digantung dan disimpan), lukisan dan patung di dalam rumah. Cakap hadis mana yang dia sampaikan tu adalah diperbolehkan? Dia tuduh saya pasal Action Figure Boboiboy! Tujuan yang diperbolehkan adalah untuk mendidik anak yang kecil bagi mengajarnya tentang kasih sayang terhadap makhluk Allah. Itu memang hadisnya. Jadi, memang benarlah. Bukan saja-saja nak beli benda tu. Ada saya beli semata-mata untuk saya main? Saya serahkan pada adik saya. Dia sayang, dia selimutkan patung tu. Itu dah dikira mengajar dia tentang kasih sayang namanya. Si ibu tu tuduh pasal lukisan yang saya lukis. Adakah saya lukis untuk suka-suka? Bukan tujuan saya. Tujuan saya adalah berdakwah. Pernahkah saya lukis gambar yang tak menutup aurat? Pernahkah? Tak, kan? Saya selalu lukis gambar kaum Hawa yang menutup aurat. Saya kadang-kadang serahkan lukisan tu kepada kawan saya. Dia jadikan penunjuk Al-Quran. Lukisan tu seperti kaum Hawa sedang berdoa kepada Allah SWT dan tertera kata-kata," Berdoalah kepada Allah SWT". Itu berdakwah namanya. Yang si abang ni punyalah pendek akal sebab dia kata kartun Ana Muslim tu adalah lukisan haram. Ini bukan pendek akal namanya itu dipanggil manusia buta hati! Jelaslah bahawa maksud Ana Muslim itu adalah Saya seorang Muslim. Majalah tu semua berkaitan agama.  Apa ke benda manusia macam tu. Dia tu selalu kait-mengait dengan hal politik. Paling benci dengan bab tu. Dia kata saya ni macam PKR. Saya bukan golongan tu, saya adalah golongan penyebar dakwah hadis Nabi. Patutlah dalam hidup dan pelajaran tak pernah cemerlang. Lepas tu, kadang-kadang dicaci oleh ayahnya sendiri. Kesian..itulah lain kali jangan tuduh saya sesuka hati. Manusia buta hati kan suka ikut kata godaan syaitan. Lepas itu, saya tegas dengan nada rendah. Mereka hina saya dengan nada tinggi. Bila saya marah dengan nada tinggi. Dia kata saya..derhaka? Siapakah mereka yang begitu zalim untuk melabel saya sebagai derhaka. Saya tegur cara baik, mereka marah. Si ibu tu, setakat beli buku agama tapi tak pernah baca. Buat apa? Bagi saya lagi bagus, tapi tak.. makin sombong. Kalau saya tak habis, dia suruh pulangkan semula. Kalau nak khatamkan buku tu takpe juga. Saya tak mampu. Kalau ada 4 orang anak beranak pun macam manusia buta hati tentang Islam (kecuali abah) tak guna juga kalau kehidupan kita tak pernah dimurah rezeki, kan? Fikirlah.. Sanggup mereka mempertahankan hak sendiri. Ntah apa-apa taraf diri mereka tu. Saya rasa sebak dan menangis sendiri. Saya menangis mengingati Allah SWT. "Ya Allah, kenapalah mereka tu degil sangat, susah ke nak dengar dakwah saya tu? Susah, ke? Biarlah mereka benci kita, tapi Allah, Malaikat dan Nabi sayangkan kita. Sesungguhnya Allah murka pada mereka yang berbuat demikian. Lepas itu, timbul masalah antara mereka berempat. Adik saya gunting rambut sendiri, si ibu marah adik sebab buat sepah, si abang tak sempat solat Jumaat. Itulah balasannya. Buat apa saya nak menyibuk, itu mereka punya pasallah!
 Maka, hanya Allah SWT Maha Mengetahui dan Penyayang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...