Erti / Hikmahnya
Bagi pendapat sayalah.. CINTA ni adalah perasaan kasih terhadap seseorang atau sesiapa sahaja. Kasih pada ibubapa, kasih kepada Rasulullah.. kasih pada alam sekitar, kasih sesama makhluk dan sebagainya. CINTA paling terpenting dan utama sekali adalah CINTA kepada Allah SWT, ye kawan-kawan sekalian..
Jangan Salahgunakan!
Manusia zaman sekarang.. terutamanya REMAJA! Kebanyakkannya menyalahgunakan CINTA yang sebenarnya. Sesetengah remaja sanggup bunuh diri kerana putus cinta? Hek eleh.. over bebenor remaja macam tu. Ingatkan kecewa dengan dosa-dosa lampau dia kepada-Nya.. Kalau dah bukan jodoh, tak yahlah nak buat perkara yang dimurkai Allah. Ada sesetengah mengatakan CINTA ITU KEJAM! Hey, mana ada kejamnya.. kalau kita pandai menghargainya dan menjaganya sebaik mungkin.. Maka, tiadalah apa-apa masalah dihadapi. Kalau CINTA kepada Allah SWT tu dikira kejam, ke? Renung-renungkanlah, ye..
Bila Ada Salah Fahaman
Bila sebut je pasal CINTA, apa bayangan dalam fikiran remaja.. hanyalah CINTA pada seseorang. Macam pakwe-makwe (terasa meluat pula menyebut perkataan ni). CINTA tu tak semestinya untuk sesama manusia je. CINTA kepada Allah, Rasulullah, Islam, Al-Quran, alam sekitar, haiwan dan banyak lagi yang berkaitan CINTA selain daripada sesama manusia, kan? Allah tak melarang kita untuk berkasih dengan sesama manusia.
Apabila kita dapat CINTA itu daripada Allah, kita patut meraihnya dengan sebaik mungkin bukan menaniayanya. Kita hargai setiap CINTA itu. Sebagai contoh, CINTA kepada Allah SWT paling best! Kalau kita betul-betul cintakan Allah, kita sepatutnya patuh perintah-Nya dan jauhi daripada larangan-Nya (ingat!!) . Kalau cintakan Rasulullah pula, kita kenalah amalkan sunnah Baginda.. setakat cakap,"Aku cintakan Nabi Muhammad..". Tapi, satu habuk sunnah pun, tak diamalkan langsung.. mana perginya CINTA beria-ria korang terhadap Rasulullah, ye.. dak? Kalau macam tu, saya pun nak buat. Cakap, "I LOVE PROPHET MUHAMMAD!", takyah amalkan apa-apa sunnah, kan? Harharhar..
Cinta Sesama Manusia
Cinta sebelum kahwin, jangan melebih-lebih..Cinta selepas kahwin, mestilah dilebih-lebihkan..
Hey, hey.. semua! *tersengih kejap. Betul kan perumpamaan di atas ni, kan? (eh, betul ke?). CINTA tanpa ikatan sah.. jangan beria-ria sangat, sampaikan berani nak berpegang-pegangan tangan bukan muhrim (terasa meluat lagi dengan agenda ni..). Apa ke best sangat dengan berpegang-pegang tangan orang bukan muhrim kita. Baik, saya pegang tangan ayah saya, lagi bagus.. Boleh salam tangan ayah saya setiap hari. Hehehe.. dapat pahala. Kalau cinta selepas berkahwin paling digalakkan. Tapi, kalau takde juga.. kiranya tak sehaluan dan tak sejiwa lah pasangan jodoh itu. Nama pun takdir Allah, kan? Bawa bersabar. Ada sesuatu yang lebih baik daripada itu..
CINTA ITU HARUSCOUPLE ITU HARAM
Perumpamaan lagi satu. Ini perumpaan daripada pendapat kawan rapat saya. Dia update status menerusi laman sosial Twitter dia,"Cinta itu harus, couple itu haram" (?). Cinta itu harus?!! Ikut pendapat saya.. cinta itu memang harus. Kalau takde cinta ibubapa terhadap anak, inilah zaman bala sedang berlaku. Kes pembuangan anak lah.. kes dera anak lah, membunuh anak pun ada?!! Zalim tahap Na'uzubillah namanya.. Astargfirullah al'adzim.. Kalau takde cinta ibubapa terhadap kita yang masih digelar anak ni, jahil lah kita tanpa didikan kasih sayang, ilmu agama, pendidikan dan sebagainya. Maka, kita pun haruslah membalas cinta dan pergorbanan ibubapa kita.
5 Tahun Saja - Haida
tonton jap lagu ni.. hahahaha!!
Maka, saya akhiri taip-menaip entri kali ini. Semoga kita bertemu pada kemudian hari! Insya-Allah, assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh.. Alhamdullillah..~
CINTA KEPADA ALLAH SWT PALING KEKAL ABADI!! (YAY!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan