Saya sedih dan kecewa macam ni.. (Ni scene masa Probe musnah)
Tak sukanya!!! Mood oh mood.. kenapa mood saya ni terasa kecewa dan nak marah je? #Hidup_Tak_Selalu_Indah_Kerana_Dugaan_Sentiasa_Mendatang
Ya Allah, Engkau tabahkan hatiku.. Engkau cekalkan akal dan mindaku untuk menerima kematangan dugaan dalam hidupku ini. Sesungguhnya Engkau, Tuhanku Yang Maha Esa dan Yang Mengetahui dalam menguji sesuatu dugaan untuk hamba-Mu.. Sedih terasa pun masih bersisa di hati ini. Bila hamba-Mu ini menepis kesedihan dan kekecewaan ini, hamba-Mu ini terasa seperti mahu marah, Ya Allah. Ya Allah, Engkau redakanlah dan nyahkan segala hasutan perasaan mazmumah hamba-Mu ini..
Panjang ceritanya..
Ceritanya yang menyebabkan saya jadi macam ni memang panjang. Puncanya berlaku pada 9 jam yang lalu (sekarang dah pukul 10.10 pm, pandai-pandailah kira, ye?) bermula di sekolah dan terbawa-bawa ke rumah. Aaarrrggghh!! Saya ni seolah-olah pendek akal! Mudah sangat patah hati di pertengahan jalan. Namun, adanya hidupku sebagai seorang umat Islam.. saya berusaha kuat untuk menempuhi dugaan ini.
Aduhai.. sabor jelah (huehehehe..~). I'm can't be an 'emo' girl! Cannot, cannot, cannot.. I must persevere my heart! I need to be strong the spirit! You can do it, Ikin!! You can!! Y-E-S!! Sekarang ni.. takde sesiapa yang dapat tahu perkara sebenar dan cerita apa yang sebenarnya berlaku pada saya (punca mood saya). Saya kuat perahsia.. dan suka berahsia. Bila saya senyap dan mendiamkan diri.. Ada saja yang menanya pada saya. Tanya.. kenapa saya senyap semacam je? / Ada masalah dengan dia, ke? / Bergaduh dengan dia lah.. *macam-macam persoalan yang timbul* Bodyguard ke dia tu? Terima kasihlah sebab jadi bodyguard sementara saya tanpa gaji, ye?
Lirik Hati Ikin *edit sikit lirik Ombak Rindu*
Tuhan tolong lembutkan hati aku,
Untuk kuterima dugaan-Mu,
Kerna ku tak sanggup,
Kerna ku tak mampu,
Hidup tanpa ada dugaan-Mu,
Tuhan aku tahu banyak dosa ku,
Hanya pada-Mu.. jua ku memohon doa,
Namun hanya pada-Mu yang mampu buka,
Pintu taubat-Mu tuk hatiku,
Lirik Asal OST 'Ombak Rindu'
*Tuhan tolong lembutkan hati dia,
Untuk terima ku seadanya,
Kerna ku tak sanggup,
Kerna ku tak mampu,
Hidup tanpa dia di sisi ku,
Tuhan aku tahu banyak dosa ku,
Hanya ingat Kamu kala duka ku,
Namun hanya Kamu yang mampu membuka,
Pintu hatinya tuk cintaku,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan