"Kami ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri! Terbaik!!"
Huff! Huff! *tiup habuk kat blog* Alamak! Dah 10 hari terakhir Ramadan dah kita ni.. kawan-kawan. Persiapan kad raya tak siap lagi!! Ikin tak beli pun tapi buat sendiri. Barulah special. Ada dekat 20 kad raya. Tapi, tak tahu sangat nak bagi siapa? Projek terakhir Ikin ialah membuat kad raya. Hasil reka hias daripada Ikin. Waduhh!! Ulangkaji pun belum lagi untuk ujian antarabangsa bagi subjek Math dan Sains. Kalau baca, mesti bab Math paling lemah sebab kena hafal formula, kalau tak jawapan boleh tunggang-langgang. Alhamdullillah.. Ikin dan ibu Ikin masih dapat berpuasa penuh. Syukur pada-Mu, Ya Allah. Kawan-kawan dah hantar kad raya? Pada mereka yang belum lagi tu, boleh hantar melalui mesej talian ringkasan (SMS) sahaja, kan? Ikin nak minta maaf pada korang banyak-banyak sekiranya ada salah silap Ikin terhadap korang. Ikin nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA DAN HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN! Jumpa lagi kita dalam entri akan datang!*Taken fanArt by artist from DeviantArt
p/s InsyaAllah, nanti Ikin update gambar kad raya yang Ikin buat dan edit, tu.. ye?
2 ulasan:
ehehe..Alhamdulillah Fara dapat jawab semua soalan sains dalam PISA tuh..tapi malangnya math lah yang susah sangat..nak kira lama dan tak cukup masa.. nampaknya kita berdua sama lah Ikin..dah jarang update blog sampai dah bersawang. Doodle dari segmen Fara tempoh hari pun tak terbuat lagi sebab busy~ hhm...btw, Fara pun nak mintak maaf kalau ada tersilap dan salah faham ye? hehe tapi Fara harap persahabatan kita di alam maya ini akan berkekalan :)
bye dan Assalamualaikum~
@ Fara_Nym (Farahanim)
Ikin dapat jawab separuh je soalan Math. Sains, lagi 6% tak sempat siap. Ikin jarang update sebab tak sempat, sibuk dan malas nak ON kat laptop.. Ikin pun minta maaf atas salap silap Ikin selama kita berkawan di alam maya. Moga persahabatan kita di alam terus berkekalan sampai ke akhirat.
Catat Ulasan