29 Mei 2013

Kyaaaakk!! Hahaha..


- My Favourite Characters in Boboiboy - 


Tajuk entri tu bunyi lain macam je.. kan? >_o

 Ikin dah letak iklan Nuffnang dan ChurpChurp di dalam blog. Kenapa? Sebab.. kalau rezeki Ikin dapat pendapatan daripada kedua-dua tu, insya-Allah.. Ikin nak tambah koleksi-koleksi barangan Boboiboy. Dalam laci tu, penuh dengan macam-macam sampai tak muat nak letak barangan Boboiboy. Mujurlah.. ada laci adik Ikin. Ikin main masuk jelah dalam laci tu.. Wakakaka..

Barangan Boboiboy 

Barangan Boboiboy yang tersusun rapi dalam laci

Barangan Boboiboy yang disusun keluar dari laci

Majalah Komik Boboiboy (Perfect of All Issue!)

Set Alat Tulis + Buku Nota Kecil

Set Alat Tulis + Bekas Pensel (Non-HD)

Bekas Pensel ver. 4 Karakter Superhero

Buku Nota Kecil + Pensel Warna (Non-HD)

Buku Nota Besar + Buku Mewarna/Belajar

Buku Tulis Panjang (Buku Penulisan)

Fail ver. Boboiboy

Sketch Book ver. Boboiboy (Perrggghh!!)

Botol Minuman "Boboiboy Flavoured Fruit Drink"


dan yang paling penting sekali...

 
 
 
 

Action Figure Boboiboy Tanah!
*Maaf, tak sempat beli sebab dah habis stok..


Itulah kesemua barangan Boboiboy yang Ikin sedang gigih nak mengumpul. Bukan sesuatu yang senang. Ikin mengumpul duit saku sekolah dua minggu (Sehari, RM 2.00). Dapat bonus RM 20.00 masa jalan-jalan ke Kuala Lumpur. Huahaha.. Ikin akan simpan duit tu semata-mata nak beli barangan Boboiboy. Shopping untuk barangan Boboiboy je.. Itulah hobi Ikin. Suka mengumpul barangan kesukaan. Bila pergi Pasaraya TF Jerantut (ada jualan barangan Boboiboy), tengok-tengok.. Alamak!! Oh, tidak..nak habis dah.. Cepat-cepat ambil.. masa tu pulak ada pengumuman, "Kepada para pelanggan, pasaraya ini akan ditutup sebentar lagi. Sila pastikan anda...", tak sudi Ikin nak sambung pengumuman tu. Mengelabahnya mencari barangan Boboiboy.

Ah! Lantaklah...ambil jelah mana-mana. Kadang-kadang, otak selalu pesan kat Ikin,"Ambil yang rasa ia mencukupi..". Maksudnya, ambil satu dulu.. kalau buku nota tu dah ada 2 kat rumah. Belilah satu dulu. Nanti beli lagi, kan? Janji ada set penuh yang betul. Tak nak terlepas dengan barangan Boboiboy. Ikin ni kan PEMINAT FANATIK BOBOIBOY. Hahaha!! Cuma Action Figure je..belum dapat set penuh. Aaarrrgghhhh!! Tolonglah.. nanti kalau dah jualan Action Figure Boboiboy Halilintar dan Fang. Nanti..bertambahlah nilai perbelanjaan di situ. Kenalah usaha lebih.. sebab tu Ikin letak iklan Nuffnang dan ChurpChurp kat dalam blog ni. Ikin tak suka mengharapkan duit ibubapa kecuali duit saku yang Ikin berusaha kumpul.

Duit saku tu asal dari duit ibubapa, kan? Bapa kerja dan serahkan sedikit duit simpanan kepada ibu untuk kegunaan perbelanjaan sekolah anak-anak. Ibu pula memberi duit saku kepada anak buat perbelanjaan makan dan minum kat sekolah. Logiklah, kan? Jadi.. Ikin dah bingung dah. Haisshh.. tidak!!! Ikin nak beli lagi barangan Boboiboy!! *Heee..sedih, wo..* Ikin terasa.. s-s-siapakah gerangan yang cuba menghabiskan barangan Boboiboy. Janganlah habiskan.. mana lagi tempat yang Ikin nak beli melainkan situlah satu-satunya lokasi paling strategik. Berbulan-bulan menunggu barangan Boboiboy sampai ke negeri Pahang, barangan Boboiboy selalunya dijual kat Selangor je.. Ikin pun nak beli juga. Tapi, Alhamdullillah.. Dapat juga! Yay!!

26 Mei 2013

Tips: Cara Nak Buat Novel (my version)



 Boleh tak..klik sini, sini dan sini, kejap? 030
* Tunggu sampai habis loading, ok?

 
Kak Ain Maisarah, novelis idola di hati remaja....
Kenal, tak Akak Ain? Mesti lah, kan? Ikin pun baru tahu pasal ni. Ye, lah.. Novelis top di hati remaja. Ikin pula dapat tahu pun daripada Kak Fiqah dan Kak Nur. Hero Sri Bangsar.. tak silap Ikin lah. Ikin tengok FanArt Kak Nur kat DeviantArt. Susah tak, nak jadi novelis? Ada kalanya mesti susah nak buat muka surat yang mencecah beratus-ratus. Bagi Ikin, Ikin dah jinak dalam bidang penulisan. Cuma masa je tak mengizinkan sebab masa untuk luangkan Ikin jadi suntuk. Sibuk dengan kerja lah kiranya, kan? Hehe.. Apa? Tak tahu cara nak buat novel? Haa.. Ikin ajarkan, ye? Tapi, Ikin ajar korang guna cara Ikin.

  Idea Yang Logik

 Sebelum memulakan bab-bab novel, korang sediakan "Notepad" terlebih dahulu. Isikan kesemua maklumat macam watak, sinopsis dan macam-macam lah. Idea tu mesti logik dan ada kena-mengena dari awal bab hingga akhir bab. Jangan pula, awal cerita memang best dah... Dah kemuncak akhir cerita ni. Bila akhir bab, muncul kisah lain. Jadi jalan cerita awal bab tadi tergantung macam tu je, kan?


  Kuat Imaginasi

 Ha.. ni paling penting! Orang yang kuat imaginasi dan suka berkhayal je boleh mengolah cerita panjang-panjang, kan, kan, kan? Mana tau, masa korang buat kerja tu tetiba je korang mengelamun sesuatu. Hah! Dapat idea dan jalan cerita yang mantap. Bila orang baca novel kita, pembaca tu akan dapat membayangkan situasi melalui pembacaan novel tu, kan? Macam mana nak mengelamun supaya imaginasi kita jadi kuat dan kreatif? Jawapannya, kita kan suka berkhayal, macam fikirkan sesuatu. Ala... kita nak kenakan orang, kita pun fikirkan.. "Agak-agak.. dia marah ataupun menangis.. ". Kita pun terbayang macam mana dia menangis dan marah. Macam tulah maksudnya... Imaginasi Ikin ni memang dah semula jadi. Suka berangan dan berfikir jauh. Kehkehkeh!!


  Tema Novel

 Ha.. bab ni paling penting juga. Kalau kita nak buat novel, mestilah ada tema, kan? Janganlah main buat je tanpa ada tema. Pilihlah sekurang-kurangnya 3 tema sudah cukup. Tema novel Ikin berkaitan dengan aksi, kekeluargaan dan skuad siber (penyelamat dan band nyanyian). Sebab tu, watak-watak novel Ikin ada pakaian khas dan headphone lebih kurang macam Vocaloid lah... Ikin hanya akan gunakan sekali je yang novelnya bertemakan cinta. Lepas tu, barulah ada terbitan yang mengenai kisah silam lalu..(Kalaulah sempat siapkan segera. Hmm...)


  Pemilihan Hero & Heroin Novel

 This is my favourite topic! Ikin suka bab yang ni! Hero dan heroin dalam novel.. Ikin cuma gunakan OC-OC Ikin, OC-OC Kak Fiqah dan OC Fara. Jadi, kesemua OC-OC tadi tu ialah 15 OC! Huahahaha!! Banyak, kan? Tak pun, sikit je.. Tapi, watak utamanya Elyssa Cahaya dan Aris Azhar (Cahaya). Nak tengok biodata mereka? Klik sini.. jangan lupa, klik butang pink-bulat (Pilih mana-mana 5 butang pink-bulat tu). Hero dan heroin mesti ada kena-mengena dengan setiap bab. Jangan abaikan watak hero dan heroin korang dalam setiap bab novel. Maksudnya, mesti ada watak hero dan juga heroin korang tu, tau..(wajib!).


  Pengunaan Ayat

 Ikin suka guna nama watak dan kata ganti nama. Kebiasaannya, Ikin guna lebih kepada nama watak. Sebab.. nanti takut korang tak boleh nak bezakan. Ni dialog siapa.. Siapa nama orang tu? Jadi, pembaca tu akan bingung dan keliru. Nak guna kata ganti nama memang boleh. Hanya untuk mengambarkan dia seorang je.

 Contoh (mengelirukan) : Rizq baru sahaja selesai bersarapan manakala, Syaz menyudahkan tugasannya di bilik bacaan. Setelah, Kak Eki penat mengemas di dapur, dia terus memanggilnya untuk menolongnya mengangkat barang-barang. *Hah?! Memanggilnya? Siapa? Rizq ke Syaz? Atau...dia sendiri?*

 Contoh (memahami) : Rizq baru sahaja selesai bersarapan manakala, Syaz menyudahkan tugasannya di bilik bacaan. Setelah, Kak Eki penat mengemas di dapur, dia terus memanggil Syaz untuk menolong Kak Eki mengangkat barang-barang. *Oo..cakaplah "Syaz". Secret bebenor...huehuehue*


  Rangkap Novel

 Cuba baca balik mana-mana novel *Ikin tahu, korang akan terjah novel Kak Ain Maisarah dulu, kan? Huahaha..Tepuk tangan sikit..". Rangkap dia tak akan berpanjang-panjang berjela-jela macam karangan yang korang pernah buat tu, kan? Pendek je sebenarnya. Macam ni..

 SCROLL KE BAWAH! =v=
CONTOH 

      Kalisa yang berada di situ, tergelak kecil apabila dia mendengar kepetahan kata-kata Cahaya. Lalu, Kalisa mendekati Cahaya. Cahaya tersentap. Cahaya memandang Kalisa. Kalisa tersenyum ria. Cahaya turut membalas senyuman tersebut. Cahaya terasa hatinya lega. Manakala, Syaz mengeluh lega kerana keadaan sudah aman dan tenang.

      "Adik, maafkan Akak ye? Kalau Kak Kalisa tak perasan yang ada orang sedang ketuk pintu. Sebab ada orang pasang lagu kuat-kuat jadi.. Akak pun ikut sama dengar lagu tu..", pujuk Kak Kalisa.

      "Siapa yang pasang lagu kuat-kuat?", Cahaya menyoal.

      "Abang Syaz lah... Siapa lagi, kan?", Kak Kalisa menuding jari ke arah Syaz menunjukkan Syaz yang bersalah.

      "Abang!!! Sudah-sudahlah tu!! Kata janji tak buat lagi! Abang tipu! Saje nak lukakan hati Cahaya, kan? Abang langsung tak endahkan Cahaya! Taulah Cahaya ni budak kecil! Tak matang! Abang boleh buat tak peduli je!", Cahaya mula menangis dan meninggalkan bilik itu dengan serta-merta.

      Apabila mendengar bunyi tangisan yang kuat, Rin dan Mutiara yang baru keluar dari bilik bacaan segera bergegas. Bunyi tangisan itu semakin lama, semakin hilang entah ke mana. Rin tercari-cari suara tangisan itu. Mutiara memandang ke arah Syaz dan Kalisa. Syaz seperti menundukkan kepala seolah-olah dia telah melakukan kesilapan.
Faham, tak? Baca betul, betul, tau. Jangan cakap, "Betul, betul lah ni..".
Haishh.. sempat lagi main-main, ye? Ishh, ishh.. ishh.. tak patut, tak patut...


  Bab-bab dalam novel

 Apa? Bab-bab? Apa ke benda tu? Tak faham, ke? Meh, tengok kat sini.. Nampak, tak.. yang ada tulis bab 1, bab 2.. dan lain-lain? Hah.. itulah bab-babnya..

=v= Sekarang apa lagi? Jomlah kita mulakan!! Yay..

24 Mei 2013

11 Things About Me



"Now, Boboiboy & Fang are befriend"


Few Rules To Be Followed 

 Post This Rules
 Write 11 Things About Yourself
 Answer the question the tagger set to you
 Create 11 new question for those you want to tag
 Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post
 You not allowed to tag back .


Extra Rule (Agree/Disagree)

 Follow me | HERE


11 Things About Myself 


"My Favourite Characters"

 Peminat tegar animasi Boboiboy dan minat juga pada Kagamine Rin & Kagamine Len
    (Vocaloid) sejak mendengar lagu Re-Birthday di blog Kak Fiqah.
 Minat sangat dengan barangan Boboiboy dan Sasha
 Suka berimaginasi dan melukis kartun
 Tak suka bergaya dan make up sebab ia sesuatu yang sangat merimaskan bagi Ikin
 Pandai mendesign terutamanya bahagian Photoshop
 Suka berblogging, melukis, menulis dan menaip novel
 Benci K-Pop, Gangnam, artis barat dan bukan asal beragama Islam *nyampah..
 Rimas dan tak suka duduk di asrama walaupun dah sekolah menengah
 Suka makan "Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak" *fanatik sangat!
 Malas nak cas bateri henpon bila dah habis guna
 Sentiasa jaga adab dan akhlak mulia walaupun Ikin ni gadis yang simple

Actually berlambak lagi mengenai diri saya. Heheh..


Comel Eh, Kak Yura ada buat soalan jugalah. Ikin pun joinlah. Hahahaha..
-----------------------------------------------------------------------------------------------

 Andai Rasulullah s.a.w ada di hadapan awak ,apa yang awak nak kata kepada baginda?
- "Izinkan aku untuk melihat wajahmu, wahai Rasulullah. Izinkan aku untuk mempelajari banyak sunnah untuk kesenangan umatmu pada di dunia ini. Izinkan aku untuk contohi akhlakmu walaupun sukar untuk mengikut jejak langkahmu. Aku hanya ingin jadi umatmu yang paling terbaik dan mulia di sisi agama Islam" T_T

 Apa anime atau kartun pertama awak semasa kecil ?
- Anime? Saya tak berapa minat sangat anime-anime ni . Waktu kecil dulu, saya ni jenis hyper dan tak endahkan kartun untuk dijadikan sebagai tontonan. Jadi, Ikin mula tonton kartun sejak usia 5 hingga 7 tahun, Ikin suka tonton kartun "Pocoyo" yang comel-comel tu. Ingat, tak? *Lepas usia dah cecah 12 tahun, Ikin mula minat pada Boboiboy. Minat sangat-sangat (fanatik)!! 030

 Suka makan belacan tak ?
- Belacan? Wakakaka.. tak suka langsung. Ikin cuma minat tempoyak je. >3<

 Apa tragedi yang berlaku ke atas diri awak yg sampai sekarang awak tak boleh lupakannya?
- Ada, ke? Jap..ye (fikir). Ada! Dulu, dia ni cuma rakan baik Ikin je (bdk laki 1). Tapi, bila dapat tahu yang dia ni macam minat kat Ikin sebab ada lagi satu rakan baik Ikin (bdk laki 2) dia rampas pen Ikin. Ikin ni kejarlah sebab nak rampas balik pen tu. Bila Ikin terpandang lirikan mata rakan baik Ikin (bdk laki 1), dia seolah-olah cemburu. Sehingga darjah 6, dia masih berkawan dengan Ikin tapi dia dah macam kawan rapat dan suka sangat sakat dan kenakan Ikin. Tapi, sekarang.. kita dah berpisah. Adakah dia ingat akan persahabatan antara saya dan dia? Adakah dia betul-betul ada menyimpan sesuatu perasaan misteri selama Ikin berkawan dengan dia (bdk laki 1), itu Ikin tak pasti.. follow

 Awak paling geli dengan apa?
- Benda paling keji dan menjijikan yang boleh membuatkan meremang bulu roma Ikin menaik. Eeeeiii.. -o-

 Awak ada tak menghidap sebarang penyakit ?
- Ada. Penyakit ni lah paling misteri dalam hidup Ikin. Penyakit tu macam ni..seluruh badan Ikin rasa sakit sangat-sangat bila nak bangun dan tegakkan badan. Seolah-olah, tulang badan Ikin jadi keras sampai tak boleh bangkit walapun hanya mengangkat kepala sahaja. Takde selera nak makan *tapi dipaksa makan untuk sembuh. Lepas itu, tak boleh mandi cuma lap-lap badan je selagi penyakit misteri tu tak sembuh. Ikin tahu penyakit itulah merupakan anugerah dan kurniaan Allah berikan pada Ikin. Tetapi, Ikin tetap berdoa supaya sembuhkan penyakit itu dengan izin-Nya untuk meneruskan ibadah terhadapnya. Alhamdullillah, Allah telah sembuhkan dan sepantas kilas Ikin terasa terlepas dari beban yang merana. Jika benarlah itu adalah dugaan untuk Ikin. Ikin redha. Ikin nak Allah je sembuhkan Ikin. Sampai sekarang, Ikin tak tahu apa nama penyakit tu dan puncanya tersebut.u~u

- Penyakit paling kekal pada diri Ikin sekarang ialah hidung berdarah. "It's normal disease to me..". Ikin mengalami penyakit ni sejak kecil lagi tapi tak pasti lah bila mula kena. Bukan sejak lahir, ye.. Sebab itu, Ikin lebih kepada duduk rumah. Sebabnya (1) Ikin akan dapat penyakit sampingan iaitu hidung berdarah dan (2) Ikin tak berapa suka dengan bersosial macam jalan-jalan, lepak-lepak dan pergi keluar secara bebas tanpa tuju hala yang sebenar. Perkara ni paling merimaskan bagi Ikin dalam dunia. Kecuali lah nak santai ke nak beli barang, ke.. kan? ^0^"

 Awak rasa apa kelebihan yang selalu ada pada orang gemuk ?
- Gemuk ? Kelebihan yang Ikin suka anggap orang sebegitu sebagai seorang yang peramah dan senyumannya lebih tembam ala-ala manja gitu..~ :)

 Awak rasa Malaysia sepatutnya contohi negara apa ?
- Contohilah Mekah (wajib dicontohi) dan negara sendiri (Malaysia). Kenapa perlu contohi negara orang lain, sedangkan negara sendiri boleh meningkatkan perpaduan dan saling beramah mesra sesama bangsa? Mekah wajib dicontohi. Tengoklah, negara mereka, aman dan damai je.. dari segi pergaulan sesama mereka takde pun pergaduhan atau permusuhan. Mereka lebih pentingkan maruah kaum Hawa dan undang-undang ketat sebab tu kat Mekah takde kes pencurian atau pembunuhan. Ibarat "berani buat, terima padah", kan? >_o

 Apa keburukan k-pop ?
- Gedik! Gila buat pembedahan plastik. Selalu sangat baca dalam surat akhbar. Kalau muka tu dianugerahkan muka tidak comel, terima jelah hakikatnya! Tak payahlah nak ubah muka tu jadi superb cute pulak! Lagi satu, diaorang ni macam gay (lelaki) tau, jelas wajah kehodohan bila buat muka perempuan dari segi fesyen, pengayaan rambut dan pakaian padahal dia sendiri lelaki. Tak percaya..perhati betul-betul pada mana-mana artis K-Pop. Betul, tak? marah

 Pernah tak sakit hati dengan seorang blogger ?
- Wakakakaka. Saya tak suka sakitkan hati oranglah. Yang pasti, saya pernah disakiti oleh 3 orang yang tidak diketahui identitinya. >_~

*Berlaku atas salah faham dengan saya dan melepaskan geram pada mangsa utama saya iaitu SHOUTBOX kesayangan saya.

 Suka berangan dalam bilik air tak?
- Suka? Tak lah. Dulu je pernah.. Sekarang ni, berkhayal macam tengah mandi hujan lebat mencurah-curah kadang-kadang siap buat drama dalam bilik air masa mandi tu. Wakakaka..=v=

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ok.. jadi soalan daripada Ikin ialah... OAO

Soalan 

1. Andai awak ditakdirkan untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Apakah perasaan awak masa tu?
2. Awak pernah mengalami sindrom atau penyakit misteri, tak?
3. Pernah tak dihina atau maki-hamun dengan sesiapa ataupun seorang blogger?
4. Siapa yang awak sayang sangat-sangat?
5. Kalau awak dapat tiket perlancongan percuma, awak akan pergi melancong ke mana?
6. Andai ada seseorang sedang meminati awak, apa awak akan lakukan?
7. Awak suka shopping atau jalan-jalan?
8. Apa awak akan lakukan sekiranya ada seseorang tumpahkan minuman pada baju kesayangan awak?
9. Dulu, pernah tak diejek atau disakat oleh seseorang masa sekolah rendah dan sekolah menengah?
10. Awak cerewet tak semasa memilih barang?
11. Awak paling suka bidang apa dan nak sambung belajar di mana? *ceritalah sikit..


Tag-tag 


 Nak join jawab soalan juga? Jomlah!! Ikin sentiasa tunggu! =v=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...