30 Oktober 2013

Busyyyyyyyyyyyy...~


 Tepuk dahi dan mengeluh tanda saya berasa menyesal dengan apa yang terjadi pada hari  ini ( 30/10/2013 ). Saya tahu yang saya ni berkelakuan over-acting dikatakan lah.. kot? Entahlah.. tapi, anda perlu mengawal emosi anda dengan sebaik mungkin. Jadi, saya agak nakal sedikit dengan golongan budak sekelas yang berperangai kanak-kanak yang ceria. Yang ceria lah mampu membuatkan saya menghilangkan segala kemarahan dan emosional saya.

 Back to the topic of my entry. Actually, I have make my own manuscript and it is in process to finish. So, I wanna say thanks to who have give the spirit to me. Ibu, abah.. thanks because for your motivation. I really proud when I have the parents who are never stop to make me always attempted it. Ya Allah, syukran jazilan.. Ya Allah!!~ Unspeakable gratitude for me. Thanks again, Ya Allah..~ Alhamdullillah.

 Nak kata busy nanti.. tak ada lah busy sangat. Tapi dikira busy juga lah sebab saya kan masih lagi seorang pelajar. Mestilah kan.. busy dengan manuskrip lah, tentang sekolah lah, itulah, inilah dan macam-macam lagi~ Inilah dinamakan dugaan Allah yang sangat hebat dan terbaik untuk saya. Wallahu`alam.


 Wallpaper S.A.H.A.B.A.T. 


Dari kiri : Syaq (S), Azie (A), Haneez (H), Aliff (A), Bakri (B), Alia (A) & Toi (T)

 Bila tengok cerita S.A.H.A.B.A.T. di Astro Ria (episod 26 & 27). Terutamanya watak Alia (Iezahdiyana), dia berubah sikap macam jadi garang.. marah-marah, angin satu badan sejak episod 26. Masa tu Alia (Iezahdiyana) dengan Syaq (Syarif SleeQ) naik tingkat atas sebab Alia nak jumpa dengan Bakri (Syukri Yahaya). Masa Alia nak masuk bilik Bakri, ternampaklah si Haneez ni bermesra dengan Bakri. Alia bengang lah tapi tak ada lah nak tengking depan Bakri. Sejak itulah, dia cepat mengamuk dengan semua orang terutamanya tentang Bakri walaupun Alia masih sayangkan Bakri.

 Bakri pun pelik juga, dia tanyalah kat Toi (Izzue Islam) kenapa Alia tiba-tiba berubah jadi garang macam singa. Toi sendiri pun tak tahu. Aliff dengan Toi pula asyik mengintip Syaq je. Diaorang nak intip perbualan telefon antara Syaq dan Alia. Tapi, Syaq sendiri pun kena marah dengan Alia juga apatah lagi dengan Bakri. Masa Alia chat face to face dengan Azie, Azie perasan reaksi Alia tu. Masam, marah-marah je.. Azie cuba tanya tapi Alia mengelak. Azie dapat tahu yang Alia tak boleh tipu diri dia. Jadi, Alia terpaksa bagitahu. Alia mintalah Azie berjanji supaya tak beritahu rahsia pada sesiapa. Azie berjanjilah, Alia mengamuk kat Azie sebab tak serius berjanji.

 Alia dah ceritalah kat Azie, Azie kata Alia salah tengok je tu... Alia tak percaya, dia nampak dengan mata, kepala Alia sendiri. Haneez bermesra dengan Bakri. Bakri tak nakkan Haneez pun. Dia minat kat Alia je. Disebabkan kedatangan Syaq ke rumah diaorang, Bakri bengang dulu sebab Syaq rapat dengan Alia, mereka berdua tu berkawan je. Bakri dah salah anggap. Bila dah lama tu, Haneez sibuk mencelah. Last-last, Syaq jadi mangsa pergolakkan antara Alia dengan Bakri. Haneez lah yang penyebab puncanya.

 Toi dengan Aliff (Aedy Ashraff) cuba intip gerak-geri Syaq melalui pita rakaman lebih kurang gitu lah.. Bakri pun tahu juga tentang misi intipan antara mereka berdua tu (Toi & Aliff) tapi malas nak ambil tahu, sebab Bakri kata macam budak-budak (Bakri berfikiran matang, kan?).. Lepas tu, Syaq baring lah kat atas katil. Mata dia melilau ke siling. Tiba-tiba, dia ternampak ada satu kamera terselit disebalik celah lampu dinding kat dalam bilik tidur Syaq. Syaq pun terasa pelik, dia ambillah kamera tu.

 Tengok-tengok.. memang betul, itulah kamera mengintip orang secara misteri. Syaq macam dapat agak yang semua tu adalah angkara daripada antara 4 orang tu. Sama ada Toi, Aliff, Bakri atau Haneez. Azie dengan Alia memang tak terlibat lah. Syaq dah kena garang dengan Alia. Buat apa Alia nak letak kamera tu. Kalau Azie, dia sibuk.. tak sempat nak jenguk kawan-kawan dia, cuma chat face to face je. Itupun dengan Alia je. Azie sendiri kena marah dengan Alia. Takkanlah Azie terlibat.

27 Oktober 2013

MASA SUDAH TAMAT!




THIS ENTRY HAD EXPIRED! SORRY..~

ミラ:私たちは、作曲家と歌手が必要です!
( Mira : Kami memerlukan komposer dan penyanyi! )

Kaifa halukum? (Apa khabar?) Korang yang ada bakat dalam pembuatan muzik ni, sudi tak.. nak jadi komposer dan penyanyi kami? Kalau tak sudi, takpe.. saya sentiasa menunggu..~ 


Keterangan lanjut :

Komposer adalah mencipta muzik atau lebih mudah difahami sebagai soundtrack.
Penyanyi adalah menyanyi lirik/lagu diiringi muzik atau tanpa muzik.

p/s : got it?


Someone has booking~
Komposer : Farahanim ( dalam misi percubaan. GOOD LUCK!!~ )
Penyanyi : My Melody-loid ( melody-vocal-android )

Notis! : Kemungkinan kita buat ni adalah untuk hiburan/suka-suka sahaja. Kalau ada pihak media muzik berkenan dengan lagu-lagu kami.. kan bagus? Betul, tak? Klik di sini . Kat situ ada lirik. Cubalah nyanyi dulu.. atau tunggu saya inform sebab saya sedang testing untuk voicebank bagi faham rentak lirik tu.. okay? Terima kasih kerana offerkan diri..~ I wish you good luck!


[ Contact me via mirafang@gmail.com ]


19 Oktober 2013

Blog Khusus Ikin?



Kaifa halukum (apa khabar semua)? Disebabkan Ikin malas
nak bebel lebih-lebih, jadi Ikin teruskan menaip entri hari ini..~

Klik gambar untuk tuju ke destinasi blog ini~

▶ Kalau nak tahu sangat kenapa Ikin tiba-tiba buat blog khusus. Check sendiri kat F.A.Q. tu.. Kalau nak tanya apa-apa soalan, tanya pada saya via Twitter ataupun komen di entri ini. Insya-Allah, saya akan menjawabnya dengan secepat mungkin.

▶ Oh, ya! Ikin pun sudah memulakan masuk episod-episod novel Ikin dan juga lirik lagu ciptaan Ikin sendiri. Boleh layan~ Hahahah... semoga usahaku sukses! Assalamualaikum dan ilal`liqoo (jumpa lagi)..!

10 Oktober 2013

Manuskrip dan Lirik..~



  
- Can you click it for me? -

Hai, semua! Ikin nak ceritakan sedikit.. Ikin taklah sepakar Fara yang pandai membuat brooch. Ikin taklah sepopular blogger iaitu Kak Hanis Zalikha (kakak Sarah Alisya, pelakon suara Yaya). Ikin taklah sehebat blogger-blogger yag lain dalam mem-promote-kan blog sendiri. Ikin.. orang yang biasa-biasa je. Ikin sekarang dalam proses menyiapkan manuskrip dalam masa dua bulan (start dari bulan September lagi).

Kalau ada masa, Insya-Allah.. Ikin akan update manuskrip tu. Tahu tak apa itu MANUSKRIP? Manuskrip ni macam lebih kepada novel. Trend MANUSKRIP Ikin punya versi remaja. Sekarang ni sudah mencecah 32 m/s . Lagi... lagi banyaklah..!!~ Ughhh.. so difficult to me. But it's not very difficult to try it, right? Just trying and try! Never give up..~

Nak tahu novel kisah apa? Haa.. sekarang tak boleh nak update. I'm using my abah's (father) laptop just now. My novel have save in my own S.D.Probe (laptop). So, susahlah nak masukkan muka surat novel-novel Ikin tu. Ikin takde pendrive lagi. Ikin belum beli lagi, tak terfikir nak beli.. hohohoh..~ Lagi pun laptop abah Ikin ada program. Ikin tak naklah mengganggu kerja-kerja terpenting abah Ikin.

Ikin pun sekarang mencipta lirik. Lirik terbaru, "Inilah Hari Jadi Untukmu". Lirik tu dalam S.D.Probe juga.. Tunggulah internet kat rumah Ikin tu okay, barulah Ikin masukkan.. ye? Lirik lagu ni khas untuk orang menyambut ulangtahun (birthday sesiapa je..). Ikin cipta lirik ni sebab esok (11/10/2013) adalah birthday kawan Ikin, Ahmad Nabil.

Kawan-kawan sekelas semua pakat suruh Ikin bawa tepung.. katanya nak baling tepung tu kat member yang sambut birthday esok. Memang kesianlah nanti. Ikin nak belanja dia makan tapi takut dia tak terima pelawaan Ikin pula. Terima kasih kepada ibu, abah.. dan semua yang dah pun memberi sokongan dan dorongan kepada Ikin. I love y`all, guys!!~  > . <  Syukran Ya Allah kerana telah beri semangat kental, ketabahan dan kesabaran untuk saya.

Cuti sekolah nanti.. Ikin nak siapkan manuskrip Ikin tu. Lagi 10-12 bab kot?
Korang pula? Cer lah cerita sikit. Jangan malu, jangan segan, bah!!~ Let's tell it!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...