Hai, korang! Hari ni sudah menjelang 31 Ogos. Apa azam korang untuk kemerdekaan tahun ini? Berazam nak mengharumkan nama negara kita? Atau.. menambahkan mutu berkualiti produk Malaysia ataupun sebagainya??
Azam Ikin
Ikin nak belajar sungguh-sungguh dulu, nak ambil jurusan Animasi dan Multimedia.. boleh
bekerjasama dengan Animonsta Studios, kan?
Ikin nak jadi generasi Malaysia yang berkemahiran IT!
GAMBAR MASA JAMUAN MERDEKA RAYA 2013!
Si Baju Coklat..
p/s Kalau mana gambar yang rotatenya terbalik, maka.. sila tengok gambar tu secara terbalik, ye? Malas edit rotate gambar tu.. Jangan pandang lama-lama kat 3 gambar tu (baju coklat, kuning dan merun). Terutamanya baju coklat! Nanti saya marah.. hahaha!!~
Apa khabar, semua? Mood bad / happy? Share dengan Ikin. Heheh.. Setiap orang mesti mempunyai target dan impian untuk dicapai, kan? Tak kiralah melibatkan wang ke.. otak ke, aaa..~ macam-macamlah. Dapatkah korang capai target atau impian tersebut? Ataupun hanya angan-angan sahaja..?
Tips Untuk Capai Target
1. Buat senarai terlebih dahulu *ini wajib!
2. Cuba capai satu target. Jika tidak boleh, rujuk senarai target semula.
3. Fikir secara mendalam, sama ada target kita.. adakah begitu mudah ataupun sukar?
4. Dahulukan target mudah, lakukan secara perlahan-lahan dan sabar.
5. Sekiranya target anda berjaya, anda 'tick' kan SELESAI!
6. Sekiranya juga anda tidak berjaya melakukannya. Anda perlu berusaha, berusaha dan berusaha lagi. Kerana.. usaha itu merupakan tangga kejayaan..! Kan, kan, kan?
Target Terbahagi kepada 3
1. Melibatkan kewangan
2. Melibatkan daya pemikiran dan minda (otak) seseorang
3. Melibatkan keupayaan seseorang
4. Ada lagi ke..?? Ha! Pandai-pandailah korang pikir sendiri..
Target Melibatkan Kewangan
Contohnya, korang nak beli sesuatu. Tapi, korang takde duit. Macam mana korang nak beli? Takkan korang cari ikhtiar dengan cara meminta-minta wang dengan ibubapa? Malu lah sikit.. Duit ibubapa untuk masa hadapan kita. Kalau nak beli tu, carilah jalan penyelesaian cara nak kumpul duit sedikit demi sedikit, lama-lama jadi gunung. Hahah!! Ubah pepatah sikit~ Dengan cara apa? Aha!! Tengok klip video khas daripada Yaya! (terbitan siri Apa Kata Yaya! oleh Animonsta Studios)..
Sila tonton.. untuk pengetahuan lanjut, ye?
Jadi.. rajin-rajinlah menyimpan duit saku. Tak susah pun, kumpul RM 1 untuk satu hari, kan? Nanti.. boleh beli barang guna duit sendiri.. tak perlu susahkan ibubapa kita. Ini untuk memupuk amalan berdikari korang.
Target Melibatkan Daya Pemikiran dan Minda (Otak) Seseorang
Hah?! Aha!! Apa target kita sebagai blogger? Nakkan banyak follower, kan? Nak design blog cantik-cantik, kan? Nak kita jadi blogger yang kreatif dan berimaginasi jauh, kan? Macam-macamlah yang kita nak.. betul tak? Jadi, tak susah pun. Korang ke cari inspirasi dan gabungkannya.. maka, korang akan dapatkan capai target korang, okay?
Target Melibatkan Keupayaan Seseorang
Seperti Dato' Lee Chong Wei, jaguh pemain badminton Malaysia kita tu..~ Beliau bertekad nak kalahkan Lin Dan iaitu pemain handal dari China. Beliau (Lee) akan berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti kegagalannya. Walaupun bukan rezekinya untuk memenangi pingat ataupun tidak, tetapi beliau tidak berputus asa. Olahraga bagi OKU ada. Walaupun mereka.. OKU, namun semangat mereka begitu kental untuk merangkul pingat-pingat yang membawa kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia. Siapa sangka? Itu adalah rezeki mereka.. (?) Kan? Jadi, kalau kalah dalam sukan ke.. acara ke.. atau sebagainya. Jangan cepat mengaku kalah. Kalau target atlet adalah ingin mengharumkan dan membanggakan nama negara, apatah lagi kita? Target atlet-atlet bukan mudah untuk mengapainya. Begitu mudah bagi kita, tetapi mereka begitu perit untuk berusaha. Berikan sokongan dan semangat! ^ω^
Apa kaitan tajuk akhir "Benda Lain Buat Masalah?!"
Hah! Sebab.. ada je tak menjadi, bila kita buat sesuatu. Macam nak marah, bengang, stress!! Dan nak pecah otak jadinya, kan? Hadapi semua itu. aarrghh! Tak boleh, kan? Macam Ikin juga.. target nak beli nombor henpon dah capai, cuma henpon (Yaya_Fang) Ikin tu menggila sekejap. Sekejap tu tak tau lah bila..? Melepaslah nak simpan lagu mp3. dalam henpon Ikin tu.. Menyesal tak kesudahannya..~ Mujurlah sabar.. kan? Hmm..
Berfikir sebelum bertindak. Utamakan langkah-langkah dengan cara bijak!
Hai, semua! Apa khabar.. sihat? Hah.. seperti dijanjikan dalam entri yang 4 hari lepas (29 Julai). Ikin dah janji yang Ikin nak tunjukkan kad raya yang Ikin design sendiri. Ikin minat dalam bidang kreativiti terutamanya dalam mengedit dan mendesign menggunakan Microsoft Word sahaja. Pada mulanya, Ikin tak terfikir nak buat kad raya sendiri tapi bila tengok kad raya dijual, rasa cemburu pula. Jadi apa kata, Ikin belajar buat sendiri, kan? Ibubapa Ikin lah yang menyokong dan mendorong Ikin untuk capai kejayaan dalam menyiapkan proses pembikinan kad raya sendiri. Nak tengok hasilnya? Lihat foto-foto di bawah, okay?
Kad raya berlatarkan warna ungu
Kad raya berlatarkan warna merah, merun, ungu, biru dan hijau
Ikin mula-mula buat kad raya sendiri tujuannya untuk hantar kat kawan-kawan tapi.. tak tahu nak bagi siapa? Baru seorang je yang Ikin dapat hantarkan kad raya kepada rakan sekelas Ikin iaitu Ahmad Nabil (adik comel). Lagi satu kat Izlyn Hazmira, tapi tak sempat siapkan. Jadi, terlepas nak hantar. Kiranya Ikin buat untuk suka-suka je. Tapi, pada masa tu juga, kawan-kawan sekelas Ikin serbu nak tengok kad raya yang Ikin buat. Diaorang sarankan supaya jual kad raya. Hahaha.. Pada mulanya, takde niat pun nak jual kad raya. Lepas itu, 2 orang kawan sekelas Ikin senyap-senyap tempah kad raya dengan Ikin. Buat bisnes, hohoho!!! Okay, jangan nak over sangat. 2 tempahan? Kena siapkan lah nampaknya, hari ini (2 Ogos 2013) terlewat pergi sekolah. Huhu.. mujurlah ada bacaan surah Yassin. Tergesa-gesa wo.. nak print kad raya semua tu. Ikin guna High Quality untuk printkan kesemua tempahan kad raya tu. Aduh, deh.. Bagi diaorang, lawa-lawa lah kiranya. Hakikatnya.. pada Ikin masih macam.. waaarrrghhh!!! Ada stroke putih. Kena minta tunjuk ajar dengan abah lah. Lepas itu, semuanya nak beli kad raya Ikin. Ikin cakaplah kad raya dah habis sebab ada orang dah buat tempahan. Diaorang terus tempah kad raya dengan Ikin. Banyaknya tempahan, oo!! Lebih kurang dekat 60 kot?? Hah?!! Tapi, inilah rezeki tak disangka-sangka daripada Allah, kan? Terima kasih, Ya Allah.. (bersyukur). Nampaknya kena senaraikan kat sinilah. Kena siapkan selepas minggu kedua raya. Setiap satu kad berharga RM 0.50. Maaf, tempahan hanya untuk dalam kalangan rakan sekolah je.
Senarai Tempahan
Nama Farhana Azhar
Pilihan Warna Merun (10) dan Ungu (7)
Gambar/kartun Upin & Ipin
Tag rakan RAHSIA
Jumlah 17 kad raya (RM 8.50)
Nama Ain Hidayah
Pilihan Warna Ungu (5) dan Biru (5)
Gambar/kartun Upin & Ipin dan Boboiboy (Berbeza-beza kad raya)
Extra Kad raya warna biru (1), letak tag nama rakan RAHSIA
Jumlah 10 kad raya (RM 5.00)
Nama Balqis Kashfi
Pilihan Warna Ungu (3), Hijau (3) dan Merun (7)
Gambar/kartun Upin & Ipin
Tag rakan RAHSIA
Jumlah 13 kad raya (RM6.50)
Nama Masturina Zulkefli
Pilihan Warna Merah Jambu (1), Ungu (4) dan Hijau (5)
Gambar/kartun Upin & Ipin
Tag rakan RAHSIA
Jumlah 10 kad raya (RM 5.00)
Nama Najwa Syuhada
Pilihan Warna Merah Jambu (1), Biru (2), Kuning (takde) [Biru-Ungu] dan Ungu (2)
Khat sebelah kiri (without stroke) dan khat sebelah kanan (with stroke-color)
Pelita Buluh versi kartun
(with stroke-color)
Gambar atau kartun
Animasi yang menyambut Hari Raya sahaja (with stroke-color)
Oklah, itu sahaja Ikin nak sampaikan dalam entri ni. Nanti, Ikin update tentang adik sebaya kesayangan Ikin. Itupun kalau sempat. Tak lama lagi nak raya, kan? Hoorey!!! Sukanya saya. Teringin nak makan lemang dan rendang daging. Urmm.. lapar pula. Hahaha.. puasa, puasa. Jumpa lagi! Assalamualaikum.. ^ω^ #smile